Aktiviti “Sembang Santai Tapi Sampai” merupakan salah satu aktiviti dalam Program WALK, TALK & HEAL yang dianjurkan oleh Unit Psikologi & Kaunseling. Aktiviti ini dilaksanakan dalam suasana santai dan mesra bagi memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara terbuka bersama kaunselor, pensyarah dan pegawai perubatan. Melalui perkongsian dan perbualan secara tidak formal, pelajar diberikan ruang untuk mendapatkan pandangan serta maklumat berkaitan pengurusan emosi, tekanan akademik, kesejahteraan diri dan sumber bantuan yang terdapat di KMPh. Pendekatan ini diharapkan dapat mendekatkan pelajar dengan warga yang boleh memberikan sokongan serta mengurangkan persepsi negatif atau stigma terhadap mendapatkan bantuan.