Skip to main content

Unit Peperiksaan

Unit Peperiksaan

Pengenalan Unit Peperiksaan

Profil Unit Peperiksaan Matrikulasi

Unit Peperiksaan merupakan sebuah Unit Sokongan Akademik yang bernaung dan bertanggungjawab di bawah pengurusan Timbalan Pengarah Akademik dan Pengarah Kolej. Bagi sesebuah kolej matrikulasi, Unit Peperiksaan adalah unit yang dipertanggungjawabkan untuk merancang, mengurus dan melaksanakan segala aktiviti yang berkaitan dengan penyelarasan dan mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti peperiksaan dan persijilan serta penilaian pelajar berpandukan kepada garis panduan dan peraturan penilaian yang telah ditetapkan.

Unit ini diamanahkan untuk memastikan segala aspek berkaitan dengan memberi panduan mengenai pembelajaran, penilaian, pengawalan dan perjalanan peperiksaan terutamanya kepada pelajar. Selain dari fungsi utamanya mengeluarkan keputusan penilaian kepada pelajar hasil dari keputusan Jawatankuasa Peperiksaan Matrikulasi, unit ini juga bertanggungjawab mengedarkan Sijil Matrikulasi kepada pelajar yang telah mendapat status Lulus Penuh dan telah mendapat kelulusan dari Lembaga Penganugerahan Sijil Matrikulasi, KPM.

Tugas Utama Unit

Antara tugas utama yang dikendalikan secara berkala oleh Unit Peperiksaan termasuklah:

Pendaftaran Kursus
Pendaftaran Peperiksaan Pelajar

Organisasi Unit Peperiksaan

ZAKARIA BIN BUSTAMIN

Pegawai Peperiksaan
Emel : Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.

MOHAMMAD HELMI BIN SULAIMAN

Pegawai Peperiksaan
Emel : Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.