Unit Hal Ehwal Pelajar
NOR HAZURA BINTI MOHD
Maklumat Unit Hal Ehwal Pelajar
Unit Hal Ehwal Pelajar merupakan salah satu unit di KMPh yang memberi perkhidmatan secara langsung kepada pelajar. Unit HEP dibarisi oleh 2 orang pegawai dan 2 orang staf sokongan di dalam membantu menguruskan segala hal yang berkaitan dengan pelajar. Unit Hal Ehwal Pelajar sentiasa berazam akan terus menyampaikan perkhidmatan terbaik dan mencipta kecemerlangan melalui peneraju kecemerlangan dalam mendokong pembangunan modal insan.
Berikut adalah fungsi Unit Hal Ehwal Pelajar iaitu :
a) Menguruskan masalah disiplin pelajar
• Bertindak sebagai urusetia tatatertib pelajar yang memantau disiplin dan perlakuan sosial pelajar
b) Menguruskan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
• Memantau dan mengawalselia badan induk pelajar iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta kelab dan persatuan yang ditubuhkan oleh pelajar.
c) Menguruskan perkhidmatan pelajar
• Mengendali Minggu Pendaftaran Pelajar Baharu
• Mengurus proses permohonan kemasukan ke kolej
• Mengurus pendaftaran pelajar
• Menguruskan lapor diri pelajar
• Menyimpan dan mengemaskini rekod (fail peribadi pelajar) dan data pelajar
• Menguruskan permohonan pelajar seperti pertukaran program, pertukaran, penangguhan program dan pemberhentian pengajian.
• Menguruskan kad matriks pelajar
d) Menguruskan kebajikan pelajar
• Menguruskan pinjaman dan bantuan pelajar
• Menguruskan perlindungan insuran kepada pelajar
• Menguruskan rawatan kepada pelajar yang memerlukan bantuan
- Memastikan proses pendaftaran pelajar berjalan dengan lancar dan semua pelajar mendapat bilik penginapan pada hari yang sama.
- Membina jatidiri pelajar yang selaras dengan matlamat dan falsafah Pendidikan kebangsaan agar menjadi pelapis profesional bumiputra dan pemimpin masa depan.
- Memastikan setiap pelajar dapat menjalani kehidupan yang selesa dan harmonis dalam proses mencapai kecemerlangan akademik.
Memastikan kebajikan dan perkhidmatan kepada pelajar memangkinkan peningkatan nilai diri pelajar melalui program-program yang dirancang
Melahirkan pelajar yang baik sahsiah, tinggi akal budi, selari dengan kecemerlangan akademiknya.
Kebajikan Anda Keutamaan Kami
Organisasi Unit Hal Ehwal Pelajar
NOR HAZURA BINTI MOHD
Penolong Pengarah HEP 1
Emel :
MOHD SUHAIMI BIN ISMAIL
Penolong Pengarah HEP 2
Emel :
NORIZAN BINTI ISMAIL
Pembantu Khidmat Am (H1)
Emel :
HASLIZA BINTI HAMID
Pembantu Khidmat Am (H1)
Emel :