Skip to main content

Unit Pusat Sumber

Unit Pusat Sumber

MUHAMMAD RIZAL BIN FAISAL

KETUA UNIT PUSAT SUMBER
Perkhidmatan kami

Perkhidmatan Sirkulasi (Pinjaman & Pemulangan)

Keahlian & Pendaftaran

Keahlian adalah terbuka kepada pensyarah, kakitangan, dan pelajar Kolej Matrikulasi Pahang sahaja. Semua warga kolej didaftarkan secara automatik sebagai ahli Pusat Sumber. Kad matrik pelajar wajib digunakan bagi setiap urusan pinjaman, pemulangan, akses internet, dan kemudahan lain.

Peraturan Pinjaman (Koleksi Rak Terbuka)

Kategori Pengguna Had Pinjaman Tempoh Masa
Pelajar 4 Buah Buku 2 Minggu
Kelab Pusat Sumber (KEPS) 6 Buah Buku 3 Minggu
Pensyarah & Staf 8 Buah Buku 4 Minggu
  • Bahan Rujukan & Terbitan Bersiri

    Bahan-bahan rujukan seperti terbitan bersiri, akhbar, majalah, dan buletin hanya boleh digunakan di dalam pusat sumber sahaja. Peminjaman bahan rujukan tertentu hanya dibenarkan dengan kelulusan khas daripada Pustakawan.

  • Pembaharuan Pinjaman & Tempahan (OPAC)

    Pembaharuan pinjaman boleh dibuat sebanyak 2 kali berturut-turut terus di kaunter sirkulasi atau secara digital melalui sistem web OPAC.

    Semua pengguna boleh membuat tempahan sekiranya bahan yang diperlukan sedang dipinjam oleh pengguna lain. Pengguna perlu menyemak status bahan secara berkala. Buku yang ditempah akan diletakkan semula ke rak terbuka sekiranya tidak dituntut dalam tempoh 5 hari dari tarikh notis dikeluarkan.

  • Kadar Denda & Kehilangan Buku

    Denda Kelewatan: Pemulangan lewat akan dikenakan denda sebanyak RM0.20 sehari bagi setiap buah buku.

    Kes Kematian / Kehilangan: Sekiranya berlaku kehilangan buku, pengguna bertanggungjawab sepenuhnya untuk membayar harga asal buku tersebut berserta bayaran kos pengurusan bernilai RM10.00 bagi setiap unit.

Organisasi Unit Pusat Sumber

MUHAMMAD RIZAL BIN FAISAL

Pustakawan
Emel : Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.

FARAH NURLIYANA BINTI AHMAD AL MUNAWAR

Penolong Pustakawan
Emel : Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.

AZRI BIN ABD RAJID

Pembantu Pustakawan
Emel : Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.

ARNI BINTI AZIZ

Pembantu Pustakawan
Emel : Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.

NOR RASYIDAH BINTI AB RAZAK

Pembantu Pustakawan
Emel : Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.

NURUL HAFIZA BINTI ABDUL GHANI

Pembantu Pustakawan
Emel : Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.

YUSNI BINTI YUSOP

Pembantu Pustakawan
Emel : Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.