Unit Psikologi & Kaunseling
MAJLIS RESTU ILMU & SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA PSPM SEMESTER I & III 2026

Majlis Restu Iimu dan Solat Hajat Perdana Sempena Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Semester | dan Ill Tahun 2026 telah diadakan pada 23 Oktober 2026. Program ini telah dianjurkan sebagai inisiatif untuk memberikan sokongan kerohanian, emosi dan moral kepada para pelajar menjelang peperiksaan.
Program ini melibatkan penyertaan pelajar, pensyarah dan ibu bapa sebagai tanda sokongan serta keprihatinan terhadap perjalanan akademik dan kesejahteraan pelajar. Pengisian majlis merangkumi solat hajat, doa serta sesi memohon restu dan keberkatan ilmu daripada para pensyarah dan ibu bapa.
Penganjuran majlis
ini bertujuan menyemai keyakinan,
membina ketenangan jiwa dan menyuntik semangat kepada para pelajar agar lebih bersedia menghadapi peperiksaan.
Selain itu, program ini turut menjadi wadah untuk menghargai jasa dan pengorbanan pensyarah serta ibu bapa yang sentiasa memberikan bimbingan, sokongan dan dorongan kepada para pelajar.