Skip to main content

Berita

  Unit Psikologi & Kaunseling

KEM KEPIMPINAN PELAJAR JABATAN PENGURUSAN PELAJAR (JPP, PRD, BLOK KEDIAMAN)


KEM KEPIMPINAN PELAJAR JABATAN PENGURUSAN PELAJAR

Kem kepimpinan Jabatan Pengurusan Pelajar ini telah dijalankan pada 21 November 2026 pada hari Sabtu melibatkan 20 orang Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), 35 orang Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) dan 64 orang Jawatankuasa Blok Kediaman. Program ini dilaksanakan sebagai platform untuk memperkukuh kompetensi kepimpinan, meningkatkan kemahiran komunikasi serta membina semangat kerjasama dalam kalangan pemimpin pelajar. Selain itu, program ini memberi peluang kepada para peserta untuk meningkatkan keyakinan diri, mengembangkan potensi kepimpinan dan memahami peranan serta tanggungjawab masing-masing dalam membantu pihak kolej mengurus kebajikan, disiplin dan kesejahteraan pelajar. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya  Aktiviti dan slot Ice Breaking, Kepimpinan Berwibawa, Organisasi Sejahtera dan Takwim, Pengurusan dan Pengendalian Program, Antara Kepentingan Peribadi dan Tanggungjawab Profesional, Jejak Jati Diri Seorang Pemimpin JPP serta Refleksi dan Rumusan. Alhamdulillah, semua aktiviti berjalan dengan lancar.  Semoga segala aktiviti yang dilaksanakan mendapat manfaat kepada semua pelajar yang terlibat.