Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Ko-Akademik telah berlangsung pada 13 Mei 2022 bertempat di Dewan Mat Kilau, Kolej Matrikulasi Pahang adalah anjuran Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik. Majlis ini diadakan untuk menaikkan semangat pelajar cemerlang untuk menghadapi Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Semester 2 dan meraikan kejayaan pelajar-pelajar yang mendapat PNGK 4.00 dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Semester 1. Majlis ini juga turut memberi penghargaan kepada pelajar yang meraih kejayaan dalam pertandingan melibatkan aktiviti ko-akademik.

Majlis dimulakan pada pukul 2.15 petang dengan sesi motivasi yang telah disampaikan oleh 2 orang Kaunselor KMPh iaitu Puan Nurhusna binti Bahrin dan Puan Kamarozita binti Kamarudin. Pelbagai tips belajar dan teknik menjawab peperiksaan telah dikongsikan dalam sesi ini dan pelajar kelihatan begitu bersemangat dalam memberikan reaksi semasa sesi motivasi ini.

Pengarah KMPh, Puan Latiza A. Latif telah menyertai majlis pada pukul 3.10 petang bersama Timbalan Pengarah dan Ketua-ketua Jabatan. Beliau memberikan ucapan alu-aluan dengan mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah dan mengharapkan agar pelajar terus berusaha untuk mencapai kejayaan dalam PSPM Semester 2 nanti.

Penyampaian anugerah dimulakan pada pukul 3.30 petang. Seramai 433 orang pelajar dengan PNGK 4.00 dalam PSPM Semester 1 yang mendapat anugerah kecemerlangan akademik yang terdiri daripada 240 orang pelajar Jurusan Sains Hayat, 57 orang pelajar Jurusan Sains Fizikal, 11 orang pelajar Jurusan Sains Komputer dan 125 orang pelajar Jurusan Perakaunan. 94 orang pelajar pula menerima anugerah ko-akademik berdasarkan kejayaan dalam pelbagai pertandingan anjuran pihak luar seperti Clash of Mathematicians, Karnival Matematik dan Sains Komputer, Pembangunan Aplikasi dan Permainan Internet of Things (IoT) Robomatics Soccerbot, Pertandingan Cyberhunt (Perakaunan) MECar 2023, Pertandingan Action MECar 2022, Matriculation Entrepreneurship Carnival 2022 (MECar 2022), MASTECC Matriculation STEM Comic Challenge 2021,  Stematric Innovative Challenge:Home-Based Experiment (STEMEXP 2022), MASCAR 2021 dan EDGII 2021.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu rasmi KMPh, Peneraju Kecemerlangan serta lagu Sekolahku Sejahtera dan sesi bergambar beramai-ramai bersama Pengurusan Kolej dan penerima anugerah. Semoga majlis ini dapat menyuntik semangat pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih supaya dapat mencapai kejayaan dalam PSPM Semester 2 nanti.

 

 

KEBANGGAAN KMPh

PENERIMA APC 2022

AKTIVITI KOLEJ

ARTIKEL POPULAR

Majlis Jamuan Jalinan Budaya 2024 KMPh

Majlis Jamuan Jalinan Budaya 2024 KMPh Kolej Matri [ ... ]

BENGKEL PELAPORAN PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITIES (PLC) 2024

BENGKEL PELAPORAN PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITIES [ ... ]

Majlis Jamuan Jalinan Budaya

MAJLIS JAMUAN JALINAN BUDAYA      [ ... ]

kadRaya2024

Physics un Carnival 2024

  Physics Fun Carnival 2024 KMPh ini dilaksanak [ ... ]

MINI SIMPOSIUM(PAL) 2023/2024

MINI SIMPOSIUM PEER-ASSISTED LEARNING (PAL)
KOLEJ MA [ ... ]

Artikel Lain

 


NOTIS SEBUT HARGA

Makluman Semasa

 ___________________________
 
 
______________________________
 
 
 

JK PERWAKILAN PELAJAR SESI 2023/2024

WACANA ILMU

LOKASI

Koordinat :

3.717621,103.0743347

Hubungi Kami

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/