Bengkel Juru Audit Dalaman dan Pemurnian Dokumen Manual Sistem Pengurusan Kualiti (MSPK) 

 

 

 

 

 

 

Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) telah mengadakan Bengkel Juru Audit Dalaman dan Pemurnian Dokumen Manual Sistem Pengurusan Kualiti (MSPK) pada 25 dan 26 Februari 2022. Bengkel yang dihadiri oleh 70 orang peserta iaitu 38 orang auditor lama termasuk 20 orang auditor yang baru dilantik. Turut bersama menyertai bengkel ini adalah barisan ketua-ketua jabatan, ketua-ketua koordinator dan pihak yang terlibat secara langsung dengan proses pengauditan Standard MS ISO 9001:2015 iaitu antaranya Pegawai Eksekutif Kanan, Ketua Pustakawan, Ketua Pembantu Tadbir dan wakil daripada Jawatankuasa Pelan Strategik. Objektif penganjuran adalah untuk memantapkan kemahiran proses pengauditan MS ISO 9001:2015 dalam kalangan Juru Audit Dalaman KMPh dan juga untuk menambahbaik dokumen MSPK KMPh. Dalam usaha mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) bagi mengawal penularan wabak COVID-19, bengkel ini telah diadakan dengan jayanya secara hibrid buat julung kali. Pihak Kolej dengan berbesar hati menerima kehadiran Ybrs Dr Hj Shahanif bin Hj Hassan yang merupakan Senior Auditor SIRIM dari Kolej Matrikulasi Pulau Pinang sebagai penceramah bagi mengemudi pengisian ilmu sepanjang dua hari program ini diadakan. Pihak penganjur, Jawatankuasa Audit Dalaman kolej juga dengan tangan yang terbuka luas menerima serta mengucapkan tahniah kepada semua peserta terutamanya auditor baharu atas kesudian menyertai pasukan ini dan lulus dalam ujian yang diadakan pada akhir kursus. Dengan berakhirnya bengkel ini, diharapkan ilmu yang dipelajari akan menjadi panduan kepada semua juruaudit termasuk JK Induk SPK dalam menjalankan proses audit dalaman bagi membantu pemantauan pematuhan piawaian MS ISO 9001: 2015 dalam kalangan warga KMPh dan dijadikan penanda aras bagi kolej Matrikulasi yang lain.

KEBANGGAAN KMPh

PENERIMA APC 2022

AKTIVITI KOLEJ

ARTIKEL POPULAR

Majlis Jamuan Jalinan Budaya 2024 KMPh

Majlis Jamuan Jalinan Budaya 2024 KMPh Kolej Matri [ ... ]

BENGKEL PELAPORAN PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITIES (PLC) 2024

BENGKEL PELAPORAN PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITIES [ ... ]

Majlis Jamuan Jalinan Budaya

MAJLIS JAMUAN JALINAN BUDAYA      [ ... ]

kadRaya2024

Physics un Carnival 2024

  Physics Fun Carnival 2024 KMPh ini dilaksanak [ ... ]

MINI SIMPOSIUM(PAL) 2023/2024

MINI SIMPOSIUM PEER-ASSISTED LEARNING (PAL)
KOLEJ MA [ ... ]

Artikel Lain

 


NOTIS SEBUT HARGA

Makluman Semasa

 ___________________________
 
 
______________________________
 
 
 

JK PERWAKILAN PELAJAR SESI 2023/2024

WACANA ILMU

LOKASI

Koordinat :

3.717621,103.0743347

Hubungi Kami

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/