Jawatankuasa R&D Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) berusaha meningkatkan kemahiran pensyarah dalam penyelidikan pendidikan dalam usaha memperkasakan profesionalisme pensyarah serta pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui penghasilan kertas laporan penyelidikan yang berkualiti. Justeru itu, Jawatankuasa ini telah menganjurkan Bengkel Pengenalan Kaedah Penyelidikan Asas  yang diadakan pada 22 Ogos 2020 bertempat di DKK3, KMPh yang telah dihadiri seramai 40 orang pensyarah akademik Kolej Matrikulasi Pahang yang ingin meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam memilih reka bentuk dan kaedah penyelidikan yang tepat dan sesuai dengan topik/bidang yang hendak dikaji. Para peserta telah diberikan input oleh penceramah luar iaitu Dr. Muhammad Ashraf bin Fauri@ Fauzi dan Dr. Zetty Ain Kamaruzzaman, pensyarah Fakulti Pengurusan Industri, Universiti Malaysia Pahang (UMP). Bengkel yang berlangsung pada hari sabtu  dari pukul 8.30 pagi – 4.30 petang memberikan impak terhadap pensyarah untuk lebih berkeyakinan dalam menjalankan penyelidikan masing-masing dan menghasilkan pelaporan penyelidikan yang berkualiti yang menepati ciri-ciri penyelidikan yang digariskan oleh Bahagian Matrikulasi, KPM.

 

KEBANGGAAN KMPh

PENERIMA APC 2022

AKTIVITI KOLEJ

ARTIKEL POPULAR

Majlis Jamuan Jalinan Budaya 2024 KMPh

Majlis Jamuan Jalinan Budaya 2024 KMPh Kolej Matri [ ... ]

BENGKEL PELAPORAN PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITIES (PLC) 2024

BENGKEL PELAPORAN PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITIES [ ... ]

Majlis Jamuan Jalinan Budaya

MAJLIS JAMUAN JALINAN BUDAYA      [ ... ]

kadRaya2024

Physics un Carnival 2024

  Physics Fun Carnival 2024 KMPh ini dilaksanak [ ... ]

MINI SIMPOSIUM(PAL) 2023/2024

MINI SIMPOSIUM PEER-ASSISTED LEARNING (PAL)
KOLEJ MA [ ... ]

Artikel Lain

 


NOTIS SEBUT HARGA

Makluman Semasa

 ___________________________
 
 
______________________________
 
 
 

JK PERWAKILAN PELAJAR SESI 2023/2024

WACANA ILMU

LOKASI

Koordinat :

3.717621,103.0743347

Hubungi Kami

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/