kursus tot
IMG_0175.PNG
IMG_0177.PNG
IMG_0178.PNG
IMG_0179.PNG
IMG_0181.PNG
IMG_0197-2.PNG
Kursus peringkat kebangsaan ini telah diadakan pada 24 - 26 September 2021. Urusetia kursus adalah pegawai dan pensyarah dari Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.
Kursus 3 hari dengan 8 slot pengisian dimulai dengan sesi “ice breaking”, diikuti dengan taklimat pengenalan PAL. Kursus ini yang melibatkan 10 buah kolej iaitu KMP, KMPP, KMPk, KMS, KMNS, KMM, KMPh, KMKPh, KMSw dan KML. Peserta KMPh terdiri daripada 19 PAL leaders, 1 orang JPP dan 5 pensyarah pembimbing. Peserta kursus telah didedahkan dengan kaedah pelaksanaan PAL, ciri-ciri ‘smart PAL Leaders’ dan kemahiran mengendalikan sesi PAL dengan berkesan. Di akhir sesi pelajar membuat rumusan bagaimana mereka akan melaksanakan PAL di kolej nanti.
Dalam sesi tersebut, satu pertandingan video ‘Tik Tok’ berkenaan ‘SMART PAL LEADERS’ telah diadakan, kumpulan KMPh 1 (10 peserta) dianggotai Chong Jia Xin, Koh Wei Li, Iarina Syamimi, Subethera, Chong Chui Jia, Nawrah Samira, Lim Jie Jing,
Foo Ying Xi, Won Jia Yu, Phang Jie Ru telah mendapat tempat pertama. Mana kala peserta KMPh Ahmad Danish Hakim menjadi salah seorang dari 3 peserta yang membuat rumusan di hari terakhir kursus PAL yang perasmian penutupan dilakukan oleh Puan Nor’aini Mohammad , Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Insaniah dan Ko Kurikulum Sektor pembangunan pelajar . Kesemua 20 peserta KMPh yang mengikuti kursus TOT ini akan pula melaksanakan kursus ‘in-house training’ untuk kesemua PAL leaders KMPh yang dilantik pada awal sesi ini seramai 72 orang.
Keputusan Karnival Kemerdekaan 2021 - Pusat Sumber
Ucapan-Penghargaan.jpg
Doodle-Merdeka.jpg
https://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Pusat_sumber/karnival-kemerdekaan-2021/Doodle-Merdeka.jpg
Fotografi-Kemerdekaan-Kakitangan.jpg
Fotografi-Memerdekaan-Pelajar.jpg
Kuiz-Jawi-Merdeka-Kakitangan.jpg
Kuiz-Jawi-Merdeka-Pelajar.jpg
Teka-Bilangan-Muka-Surat.jpg
Teka-Silangkata.jpg
https://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Pusat_sumber/karnival-kemerdekaan-2021/Teka-Silangkata.jpg
Deklamasi-Puisi.jpg
https://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Pusat_sumber/karnival-kemerdekaan-2021/Deklamasi-Puisi.jpg
Tahniah Kepada Semua Pemenang!
Karnival Kemerdekaan 2021 - Pusat Sumber
03-karnival-kemerdekaan-2021.jpeg
04-karnival-kemerdekaan-2021.jpeg
05-karnival-kemerdekaan-2021.jpeg
02-karnival-kemerdekaan-2021.jpeg
06-karnival-kemerdekaan-2021.jpeg
01-karnival-kemerdekaan-2021.jpeg
07-karnival-kemerdekaan-2021.jpeg
Ayuh para Pelajar KMPh
Sempena bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia Pusat Sumber mengadakan KARNIVAL KEMERDEKAAN secara dalam talian bermula 1 - 16 SEPTEMBER 2021.
JOM RAMAI-RAMAI KITA SERTAI
Doodle Kemerdekaan
https://shorturl.at/txOTX
Kuiz Jawi Merdeka
https://bit.ly/KUIZJAWIMERDEKA
Teka Bilangan Muka Surat Buku
https://shorturl.at/adfp9
Pertandingan Fotografi Kemerdekaan
http://shorturl.at/fvwIS
Pertandingan Video Pendek Deklamasi Puisi Bertemakan Kemerdekaan
https://me-qr.com/1965911
Pertandingan Silang Kata Merdeka
https://shorturl.at/glyO0
HADIAH MENARIK MENANTI ANDA BAGI YANG MENANG
Jangan lupa LIKE AND FOLLOW
FB: Pusat Sumber KMPh
https://www.facebook.com/psKMPh
Keputusan Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2021/2022
Pilihanraya bagi memilih ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi sesi 2021/2022 telah diadakan pada 11 September 2021 melalui undian yang diadakan secara online. Seramai 55 calon telah bertanding bagi merebut 20 tempat dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi ini. Tahniah kepada yang menang, dan diharap dapat menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang.
Let's MUET : MUET Preparatory Workshop
Kolej Matrikulasi Pahang telah bekerjasama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Maran untuk menjayakan bengkel 'Let's MUET: MUET Preratory Workshop' pada 21 Ogos 2021 dari 9.00 hingga 11.00 pagi. Bengkel tersebut adalah bertujuan memberikan pendedahan mengenai format semasa kertas 'Speaking', 'Listening', 'Reading' dan 'Writing' peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) dan diselaraskan oleh Puan Ainunazli Binti Abdul Rahman, pensyarah Subject-Matter-Expert (SME) Unit Bahasa Inggeris. Penceramah jemputan bagi bengkel tersebut adalah Encik Mohd Khairi Bin Razali, seorang guru dari SMK Maran yang mempunyai pengalaman luas mengenai pengajaran dan pembelajaran MUET. Pn Rozlin Suhaida Binti Rosli dari Unit Bahasa Inggeris, KMPh telah menggalas peranan sebagai moderator sepanjang bengkel berlangsung. Bengkel yang diadakan melalui platform Youtube Live, Digital Learning, Kolej Matrikulasi Pahang telah berjaya menarik penyertaan lebih 700 pelajar, guru serta pensyarah dari kolej matrikulasi KPM dan institusi pendidikan lain seperti sekolah, kolej dan universiti awam. Jumlah views terkini telah mencecah sehingga 6248 dan ini merupakan satu usaha kolaborasi cemerlang bersama institusi luar yang akan cuba dilaksanakan setiap tahun. Pelajar dan warga pendidik boleh mengakses pautan YouTube https://youtu.be/9lg95LpfOhY untuk lebih banyak maklumat berkaitan format MUET baharu.
Program JSICakna & JSICares
Fastabiqulkhairat, Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial KMPh, En Muhamad Izham bin Zakaria bersama dengan En Nasrul Isyam Bin Abdul Hamid, Ketua Unit Pengajian Am Matrikulasi turut bersama En Onn Ibrahim Bin Othman, berkolaborasi dengan NGO ECJCARES yang diwakili oleh En Nizam menyampaikan sebuah laptop kepada Pelajar Semester Satu Jurusan Perakaunan Wan Nurfatini Bin Wan Norzaini di Taman Tunas Mahkota Permai, Kuantan. Terima kasih kepada Ecjcares. Ini juga merupakan sebahagian daripada Program #JSICakna #JSICares dimana kita cuba membantu dan mengenal pasti pelajar yang memerlukan bantuan sokongan dari sudut motivasi dan juga keperluan peralatan sepanjang PdPr. Program #JSICakna #JSICares ini juga turut mengalukan warga JSI dan KMPh untuk turut sama menyumbang sama ada dalam bentuk kewangan atau gajet/peralatan PdPr bagi tujuan membantu pelajar JSI khususnya dan KMPh secara amnya, yang betul-betul memerlukan. Selain itu JSI juga sudi berkolaborasi dengan mana-mana individu atau NGO yang berminat menyumbang sama ada dalam bentuk wang ringgit atau gajet bagi tujuan PdPr. Kepada yang berminat boleh hubungi Ustazah Rohimah Bint Zakaria di talian 019 3743685