LAWATAN TAPAK BAGI PROJEK RMK 12
OLEH JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
Pada 13 Ogos 2024 yang lalu satu pasukan dari Jabatan Kerja Raya Malaysia telah hadir ke Kolej Matrikulasi Pahang untuk membuat lawatan tapak bagi Projek Pembinaan Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung, Bilik Kebal dan Lain – Lain Kemudahan serta Kerja – Kerja Menaik Taraf Bangunan di Kolej Matrikulasi Pahang bermula dari jam 11.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Lawatan tapak ini bertujuan untuk menyemak dan mengenal pasti skop kerja menaik taraf dan baharu berdasarkan brif yang dikemukakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi ketersediaan penyediaan laporan untuk bengkel memuktamadkan skop dan kos kelak. Lawatan tapak oleh pasukan Jabatan Kerja Raya berakhir mengikut perancangan yang telah ditetapkan dan mencapai objektif yang disasarkan.
1. Tawaran Sebut Harga Perkhidmatan Dobi ( 22/7/2024)
2. Tawaran Sebut Harga Sewaan Mini Market (25/7/2024)
3. Tawaran Sebut Harga Kafeteria (25/7/2024)