MENGGAPAI PLATINUM NAKHODA PENYELIDIK
konppi2024
konppi1.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/konppi2024/konppi1.jpeg
konppi3.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/konppi2024/konppi3.jpeg
konppi7.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/konppi2024/konppi7.jpeg
konppi5.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/konppi2024/konppi5.jpeg
konppi4.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/konppi2024/konppi4.jpeg
konppi2.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/konppi2024/konppi2.jpeg
Kecemerlangan dan kegemilangan sesebuah institusi adalah berteraskan keutuhan warganya dalam membangunkan dan mengadaptasikan budaya penyelidikan dan inovasi. Percambahan idea-idea kreatif dan kritis menjadi tapak semaian ke arah kemandiran institusi. Suntikan dan dorongan daripada semua pihak terutamanya pengurusan atasan untuk berinovasi wajib digiatkan dalam skala yang besar dan secara konsisten. Bimbingan menjadi asas kepada percambahan idea-idea baru. Galakan insaniah mampu mendukung penyelidikan dan inovasi ke arah global. Hasilnya dapat dilihat melalui kematangan para penyelidik menoktahkannya untuk tontonan umum melalui pembentangan di persidangan, seminar atau bengkel di peringkat institusi, kebangsaan dan yang lebih memberangsangkan di persada antarabangsa.
Kolej Matrikulasi Pahang dengan sapaan rasmi, KMPh di bawah pimpinan Pengarahnya, Puan Latiza Binti A Latif, sebagai penaung dan pendokong transformasi pendidikan matrikulasi telah mengorak langkah drastik dalam pembangunan dan penyelidikan. Iltizam dan keazaman beliau dalam memartabatkan bidang penyelidikan, PLC (Komuniti Pembelajaran Profesional), inovasi dan KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif) sejak beliau mengambil alih pucuk pengurusan telah merancakkan semangat para pensyarah dan pelajar matrikulasi. Perancangan yang bersistematik dan berimpak tinggi telah membawa KMPh sebagai salah satu permata dalam dunia penyelidikan dan inovasi yang terulung di negara kita.
KMPh sebagai salah satu insitusi terulung di bawah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyertai Konvensyen Penyelidikan, Komuniti Pembelajaran Professional (PLC) dan Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia) Kali Ke Keempat 2024 (KonPPI-4). Konvensyen kali ini telah diriwayatkan kepada Kolej Matrikulasi Melaka sebagai tuan rumah dan telah berlangsung di A’Famosa Resort, Melaka dari 18 hingga 20 Ogos 2024 dengan kerjasama Yayasan Guru Tun Hussien Onn (YGTHO). Melestarikan Inovasi Dalam Merealisasi Pendidikan Masa Hadapan menjadi tema yang jelas merumuskan akan, keunggulan inovasi dalam menjana wadah budaya inovasi dalam setiap pendidik yakni penyelidik.
En. Mohamad Azeli bin Abdul Latif, Pengarah Kolej Matrikulasi Melaka telah merasmikan konvensyen kali ini. Yang Berbahagia Prof. Dato Muhammad Taufik bin Mohd Noor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Islam Malaysia telah menyampaikan ucaptama dengan tajuk Kelestarian Inovasi : Membina Masa Depan Pendidikan Yang Berdaya Maju manakala YBrs Tuan Zainal Bin Abas, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) telah berdiskusi tentang Cabaran Dalam Merealisasikan Pendidikan Masa Hadapan seterusnya menutup rasmi dan menyampaikan hadiah berupa wang tunai dan sijil kepada para pemenang .
Para Pensyarah dan pelajar KMPh telah menyahut cabaran Puan Pengarah dengan 22 kertas laporan telah terpilih untuk mengambil bahagian dalam pelbagai kategori. Ia terdiri daripada sepuluh kategori penyelidikan, lima kategori novasi, empat pada kategori Komuniti Pembelajaran Professional (PLC) dan tiga penyertaan dalam kategori Kumpulan Inovatif dan kreatif (KIK). KMPh juga turut menghantar dua pasukan pelajar, sebagai penyelidik perintis terutamanya dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuretraan dan Matematik) bagi membentangkan bahan penyelidikan mereka.
Harapan menggunung menawan kilauan pingat digenggam oleh para penyelidik kolej telah membuahkan hasil. KMPh telah berjaya membawa pulang sebuah pingat platinum, dua pingat perak, satu pingat gangsa dan dua hadiah saguhati dalam pelbagai kategori yang disertai. Satu pencapaian yang amat membanggakan buat warga KMPh.
KMPh dengan iringan doa telah berjaya merangkul pingat Platinum iaitu tahap tertinggi dalam penganugerahan pingat dalam konvensyen kali ini. Pasukan yang diketuai oleh Pn. Nur Zulaika Binti Adam Musa dan dibantu oleh Cik. Normala Binti Mohd Yusof, Pn. Nur Fadhila Binti Che Kamaludin, Pn. Intan Zurina Binti Ahmad dan En. Ahmad Rizal Bin Nor Mohamad. Mereka telah dinobatkan dengan wang tunai sebanyak RM 1000 dan Sijil Pemenang. Pasukan PLC ini telah menghasilkan kajian yang berjudul “The Beaks Battle” bagi subtopik Natural Selection. Satu kajian komprehensif yang mengabung jalinkan kecerdasan pintar dengan amalan pengajaran abad Ke-21.
Kecemerlangan ini turut dirasai apabila pasukan PLC iaitu kumpulan ChemQueen diumumkan sebagai pemenang pingat perak manakala satu lagi kumpulan Dynamic Vanguard mewakili kategori KIK turut menerima pingat perak bagi kategori KIK. Malahan kita juga berjaya membawa pulang satu pingat gangsa dan dua hadiah saguhati. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan.
Tiada kejayaan tanpa usaha dan kajian secara berterusan. Usaha gigih para KMPh dan sokongan tanpa noktah oleh Puan Pengarah dan barisan pengurusan atasan telah berjaya mengharumkan nama KMPh. Kejayaan ini bukan sahaja mendamparkan lautan pengetahuan malahan mampu melahirkan para penyelidik yang tersohor demi kecemerlangan dan kemakmuran pendidikan negara tercinta ini. Ayuh kita terus mencuit pemikiran kita secara kolobratif dalam melakar sejarah baru dalam bidang penyelidikan. Penyelidikan asas pembangunan ummah Madani yang kreatif dan inovatif.
https://online.anyflip.com/fzvjx/cytt/mobile/index.html
Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 Tahun 2024
Kolej Matrikulasi Pahang telah berjaya mengadakan Audit dalaman bagi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2015. Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman telah dilakukan pada 12 Ogos 2024.
Proses audit berlangsung dari 12 Ogos-23 Ogos 2024. Audit dalaman dilakukan bagi memenuhi keperluan MS ISO 9001-2015 sebelum audit sebenar yang akan dilakukan pihak SIRIM.
Setelah hampir dua minggu menjalankan audit , terdapat 7 peluang penambahbaikan (OFI) dan tiada ketidakakuran (NCR) ditemui bagi semua proses yg diaudit.
Mesyuarat Penutupan Audit Dalam pula telah diadakan pada 23 Ogos 2024. Kesemua warga kolej telah memberi komitmen dan kerjasama yang amat baik bagi menjayakan aktiviti ini.
Proses audit telah dilakukan oleh 40 org juruaudit dalaman kolej yang berpengalaman.
LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN,PENGENDALIAN PERALATAN MEMADAM API DAN LATIHAN KEBAKARAN
Program Latihan Mengosongkan Bangunan, Pengendalian Peralatan Memadam Api dan Latihan Kebakaran (fire drill) dibawah anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan, Kolej Matrikulasi Pahang telah dilaksanakan pada 26 Ogos 2024 (Isnin), jam 9.00 sehingga 12.00 tengahari yang melibatkan sasaran semua staf di bangunan pentadbiran. Tempat berkumpul semasa kecemasan berlaku adalah di dataran kawad. Penceramah yang terlibat bagi program ini adalah seramai 2 orang pegawai bomba. Program ini wajib diadakan setiap sesi pengajian bagi memberi pendedahan kepada kakitangan dan pelajar - pelajar Kolej Matrikulasi Pahang memandangkan pelajar-pelajar disini berbeza setiap sesi. Sehubungan itu ceramah keselamatan dan latihan kebakaran akan diadakan bagi memenuhi peraturan bangunan yang ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan dalam merancang dan persiapan di kalangan warga Kolej Matrikulasi Pahang bersedia dalam menghadapi situasi kecemasan yang sebenarnya sekiranya berlaku kebakaran ataupun situasi kecemasan serta mencapai objektif yang disasarkan.
UNLOCK YOUR POTENTIAL
OLEH JAWATANKUASA PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
Pada 17 Ogos 2024 yang lalu jawatankuasa Program Kecemerlangan Akademik telah mengadakan satu program yang dinamakan Unlock your potential yang melibatkan 100 orang pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. Program ini dijalankan untuk memberi kesedaran intrinsik kepada para pelajar bahawa mereka mempunyai potensi yang tinggi untuk berjaya. Selain itu juga program ini untuk meningkatkan motivasi dan kesedaran kepada pelajar dalam bidang akademik .Program ini telah dirasmikan oleh Puan Pengarah iaitu Pn Latiza bt A Latif. Pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang aktiviti ini berlangsung.
Program Commaths Fest 2024 anjuran Jabatan Matematik Kolej Matrikulasi Pahang telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Sabtu 17 Ogos 2024. Program ini bertujuan membuka peluang kepada pelajar untuk meneroka ilmu Matematik dan Sains Komputer di luar kelas melalui pertandingan dan permainan di samping melatih pelajar bekerja secara berkumpulan dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Sebanyak 10 aktiviti menarik telah disediakan dan mendapat penyertaan kira-kira 800 orang pelajar dengan dibantu oleh 85 orang sukarelawan yang terdiri daripada para pelajar KMPh. Aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan pada hari tersebut termasuk Running Math, Master Math, Rubic Cube, PaperJetz, Sudoku, TA Race-The Amazing Race,Young Programmer,Code It! Competitiondan e-SPORT. Terdapat satu permainan tambahan iaitu Extra Games yang disediakan khas untuk pelajar-pelajar yang walk-in dan ingin cabar kemampuan diri. Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Program Commaths Fest 2024 telah disempurnakan oleh Puan Latiza Binti A.Latif Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang pada jam 12.00 tengahari.
LAWATAN TAPAK BAGI PROJEK RMK 12
OLEH JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
Pada 13 Ogos 2024 yang lalu satu pasukan dari Jabatan Kerja Raya Malaysia telah hadir ke Kolej Matrikulasi Pahang untuk membuat lawatan tapak bagi Projek Pembinaan Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung, Bilik Kebal dan Lain – Lain Kemudahan serta Kerja – Kerja Menaik Taraf Bangunan di Kolej Matrikulasi Pahang bermula dari jam 11.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Lawatan tapak ini bertujuan untuk menyemak dan mengenal pasti skop kerja menaik taraf dan baharu berdasarkan brif yang dikemukakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi ketersediaan penyediaan laporan untuk bengkel memuktamadkan skop dan kos kelak. Lawatan tapak oleh pasukan Jabatan Kerja Raya berakhir mengikut perancangan yang telah ditetapkan dan mencapai objektif yang disasarkan.