Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 tahun 2024
auditDalaman2024
IMG_48761.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Audit/auditDalam2024/IMG_48761.jpg
IMG_48851.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Audit/auditDalam2024/IMG_48851.jpg
IMG_48901.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Audit/auditDalam2024/IMG_48901.jpg
IMG_48791.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Audit/auditDalam2024/IMG_48791.jpg
Kolej Matrikulasi Pahang sedang mengadakan audit dalaman bagi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2015.
Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman telah dilakukan pada 12 Ogos 2024 bertempat di Dewan Kuliah Besar 1. Proses audit berlangsung dari 12 Ogos-23 Ogos 2024.
Audit dalaman dilakukan bagi memenuhi keperluan MS ISO 9001-2015 sblm audit sebenar yang akan dilakukan oleh pihak SIRIM.
Mesyuarat Penutupan Audit Dalam pula akan diadakan pada 23 Ogos 2024.
Majlis Jamuan Jalinan Budaya 2024 KMPh
Kolej Matrikulasi Pahang telah mengadakan Majlis Jamuan Jalinan Budaya pada 17 April 2024 bermula 2.30 pm sehingga 5.00 pm, bersempena sambutan hari raya dalam kalangan pelajar Kolej Matrikulasi Pahang.
Majlis telah berlangsung dengan meriah serta diceriakan oleh persembahan dari para pelajar yang berbakat. Pertandingan Khemah Tercantik juga telah diadakan, di mana pemenang telah diungguli oleh Blok C2.
Majlis tamat pada jam 5.00 petang seusai ucapan Puan Pengarah dan penyampaian hadiah oleh Timbalan Pengarah kepada pemenang.
Jamuan Raya Pelajar
A.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Jamuan_Raya24/A.jpg
b.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Jamuan_Raya24/b.jpg
c.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Jamuan_Raya24/c.jpg
d.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Jamuan_Raya24/d.jpg
e.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Jamuan_Raya24/e.jpg
f.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Jamuan_Raya24/f.jpg
g.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Jamuan_Raya24/g.jpg
i.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Jamuan_Raya24/i.jpg
j.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Jamuan_Raya24/j.jpg
k.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Jamuan_Raya24/k.jpg
l.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Jamuan_Raya24/l.jpg
h.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Jamuan_Raya24/h.jpg
Metode Pembayaran | Kelebihan | Kekurangan |
---|---|---|
Dana | Cepat dan mudah | Batas deposit rendah |
Transfer Bank | Aman dan luas | Proses lebih lama |
E-wallet | Praktis dan cepat | Terkadang ada biaya tambahan |
BENGKEL PELAPORAN PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITIES (PLC), 2024 KMPh
Bengkel Pelaporan Professional Learning Communities (PLC) telah dilaksanakan pada 20 April 2024 (Sabtu) di Kolej Matrikulasi Pahang. Sebanyak 24 kertas laporan telah dibentangkan iaitu 10 laporan Lesson Study (LS), 9 laporan Teaching Sharing Session (TSS), 3 laporan Peer Coaching (PC) dan 2 laporan Video Critique (VC). Pembentangan laporan tersebut telah dinilai oleh 3 orang juri iaitu Pn. Shariza binti Zainudi, Pn. Wan Zai Azlin binti Wan Aziz dan Ustaz Ismail bin Jusoh, pensyarah kanan Kolej Matrikulasi Pahang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam pelaksanaan Professional Learning Communities. Sebanyak 10 laporan yang terpilih di peringkat kolej akan dihantar ke Bahagian Matrikulasi, KPM untuk dinilai sekali lagi dan dipilih, seterusnya dibentangkan dalam Konvensyen Peyelidikan, PLC dan Inovasi iaitu KONPPI-4 bagi tahun 2024 yang akan dilaksanakan pada 18-20 Ogos 2024. Tema bagi konvesyen KONPPI-4 pada tahun ini ialah ‘Melestari Inovasi Dalam Merealisasi Pendidikan Masa Hadapan’. Pihak Kolej Matrikulasi Pahang mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang terlibat dalam bengkel ini dan semoga berjaya terpilih dalam pembentangan KONPPI-4 nanti. Diharapkan juga agar perkongsian PLC dapat meningkatkan kualiti pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar.
Bengkel PLC 2024
a.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Plc_24/a.jpg
b.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Plc_24/b.jpg
c.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Plc_24/c.jpg
d.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Plc_24/d.jpg
e.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Plc_24/e.jpg
f.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Plc_24/f.jpg
g.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Plc_24/g.jpg
h.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Plc_24/h.jpg
i.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Plc_24/i.jpg
j.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Plc_24/j.jpg
k.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Plc_24/k.jpg
l.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Plc_24/l.jpg
m.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Plc_24/m.jpg
n.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Plc_24/n.jpg
o.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Plc_24/o.jpg
p.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Plc_24/p.jpg
MAJLIS JAMUAN JALINAN BUDAYA
Alamak!!! Raya lagi..tema sambutan hari raya dalam Majlis Jamuan Jalinan Budaya 2024 memeriahkan suasana Kolej Matrikulasi Pahang pada 19 April 2024 yang lalu yang melibatkan semua pelajar KMPh bersama pihak pengurusan KMPh. Majlis Jamuan Jalinan Budaya sesi 2023/2024 ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan antara pelajar berlainanan kaum dan agama, mengeratkan ukhuwah antara pelajar dengan pelajar dan antara pelajar dengan kakitangan warga kolej umumnya. Nyata program ini telah berjaya direalisasikan bersesuaian dengan moto kolej ‘Kreatif, Madani, Progresif dan Harmoni’. Melalui program ini, bukan setakat sambutan raya semata-mata, namun pelbagai pertandingan seperti Rumah Raya Tercantik, Pertandingan Pelbagai Juadah, Pertandingan Foto Raya Kelas Tercantik dan Pertandingan Selfie dan Welfie Raya diadakan bagi menzahirkan kebersamaan setiap blok kediaman mewarnai rumah raya masing-masing disamping turut diadakan cabutan bertuah duit raya. Kesimpulannya, program seperti ini adalah satu cara bagi merealisasikan misi dan visi Kolej Matrikulasi Pahang.
MINI SIMPOSIUM PEER-ASSISTED LEARNING (PAL)
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
SESI 2023/2024
Mini Simposium Peer-Assisted Learning (PAL) telah dilaksanakan pada 8 Mac 2024(Jumaat) bertempat di Kolej Matrikulasi Pahang. Program ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan akademik pelajar dalam suasana pembelajaran yang lebih berfokus.Selain itu,ia juga sebagai satu platform perkongsian berkenaan amalan terbaik sesi perkongsian PAL. Melalui program ini,kita akan diperlihatkan bagaimana PAL leaders membangunkan kemahiran insaniah melalui perancangan, penganjuran, pengurusan masa dan hubungan komunikasi sesama rakan-rakan pelajar. Di simposium ini, setiap peserta yang terdiri dari PAL leaders dapat berkongsi idea dan pandangan berkenaan kaedah bimbingan tunjuk ajar dan teknik-teknik yang membantu mereka menangani dan seterusnya melancarkan penyampaian perkongsian dalam satu-satu perbincangan. Program ini memberi ruang pelajar untuk membuat jalinan jaringan dengan pelajar lain yang membantu mereka kelak dalam membantu komuniti di peringkat Universiti.