LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID CALON SPM SMK CLIFFORD
Pada 14 Januari 2023,seramai 63 orang pelajar dari SMK Clifford telah menyertai lawatan sambil belajar ke Kolej Matrikulasi Pahang.Lawatan ini juga disertai oleh 7 orang guru pengiring yang terdiri daripada Ketua Bidang, Guru Bimbingan, Guru Kaunseling dand Guru Mata Pelajaran. Lawatan yang bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan aktiviti-aktiviti pelajar matrikulasi serta mendapat informasi berkenaan kursus-kursus serta kemudahan yang terdapat di Kolej Matrikulasi. Para pelajar telah dibawa melawat sekitar kawasan Kolej Matrikulasi, Dewan Kuliah, Perpustakaan, Makmal, Bilik Tutoran dan Asrama pelajar.
Taklimat telah disampaikan oleh Tn.Hj. Suhaimi bin Ismail , Penolong Pengarah HEP dan En. Nasrul Isyam bin Abd Hamid, Ketua Unit Pengajian Am.
#MatrikulasiDihatiku
#matrikulasi1stchoice
#KolejMatrikulasiPahang
#pamkmph
#bahagianmatrikulasikpm
MUET Preparatory Workshop 2.0
MUET Preparatory Workshop 2.0 adalah satu program kolaborasi di antara Kolej Matrikulasi Pahang, SMK Keladi, Kedah, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah dan Kolej Matrikulasi Kedah yang telah diadakan pada 27 Ogos 2022 dan dihadiri oleh 2000 pelajar Kolej Matrikulasi Pahang, pelajar program matrikulasi di seluruh Malaysia, pelajar Universiti yang akan menduduki peperiksaan MUET dan pelajar Tingkatan 6 secara di dalam talian menggunakan medium Youtube Live. Penyelaras bengkel tersebut adalah Puan Ainunazli Abdul Rahman, Subject Matter Expert (SME) Unit Bahasa Inggeris, Kolej Matrikulasi Pahang dengan dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa yang dilantik. Bengkel tersebut disampaikan oleh penceramah jemputan, Puan Hajah Aishah Binti Othman dari SMK Keladi, Kulim, Kedah. Pengisian bengkel tersebut telah memberi manfaat kepada pelajar Kolej Matrikulasi Pahang, pelajar program matrikulasi di seluruh Malaysia, pelajar Universiti yang akan menduduki peperiksaan MUET dan pelajar Tingkatan 6 mengenai silibus dan format baharu peperiksaan MUET. Ianya juga dapat membantu pelajar membina kefahaman dan kemahiran tentang teknik menjawab soalan peperiksaan MUET serta memberi pendedahan secara “hands on” mengenai skema pemarkahan dan teknik mencapai minimum Band 4 bagi peperiksaan MUET.
BENGKEL PENULISAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN (RESEARCH PROPOSAL WRITING WORKSHOP)
BENGKEL PENULISAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN (RESEARCH PROPOSAL WRITING WORKSHOP)
RP_17.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Research_Proposal_Workshop/RP_17.jpeg
RP_2.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Research_Proposal_Workshop/RP_2.jpeg
RP_6.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Research_Proposal_Workshop/RP_6.jpeg
RP_4.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Research_Proposal_Workshop/RP_4.jpeg
RP_5.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Research_Proposal_Workshop/RP_5.jpeg
RP_8.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Research_Proposal_Workshop/RP_8.jpeg
RP_9.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Research_Proposal_Workshop/RP_9.jpeg
RP_14.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Research_Proposal_Workshop/RP_14.jpeg
RP_10.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Research_Proposal_Workshop/RP_10.jpeg
RP_15.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Research_Proposal_Workshop/RP_15.jpeg
RP_12.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Research_Proposal_Workshop/RP_12.jpeg
RP_16.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Research_Proposal_Workshop/RP_16.jpeg
RP_13.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Research_Proposal_Workshop/RP_13.jpeg
RP_1.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Research_Proposal_Workshop/RP_1.jpeg
RP_11.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Research_Proposal_Workshop/RP_11.jpeg
RP_3.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Research_Proposal_Workshop/RP_3.jpeg
Kad_jemputan.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Research_Proposal_Workshop/Kad_jemputan.jpg
RP_7.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Research_Proposal_Workshop/RP_7.jpeg
Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) telah menjalani proses Surveillance Audit secara remote audit pada 10 & 11 November 2022 dengan jayanya oleh Auditor SIRIM QAS International Sdn. Bhd yang sangat berpengalaman iatu Pn. Hajah Mariam binti Mohamed Zin. Ini adalah kali kedua penglibatan beliau dalam proses pengauditan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) KMPh iaitu yang sebelum ini pada tahun 2020.
KMPh melakarkan satu lagi sejarah dengan tahun kempat, berturut-turut dengan dapatan Tiada OFI (Opportunity for Improvement) dan Tiada NCR (Non-Conformity Report) pada proses audit. Tahniah dan syabas buat semua warga KMPh.
Pihak pengurusan tertinggi KMPh terutama Pn. Latiza A Latif, pengarah KMPh merakamkan ucapan TAHNIAH DAN TERIMA KASIH tidak terhingga khususnya kepada Team JK MS ISO kolej yang diketuai oleh Pn. Wan Zai Azlin binti Wan Aziz, Team JK Dokumentasi yang diketuai oleh Pn. Rusydah binti Usry, Team JK Pelan Transformasi KMPh yang diketuai oleh Pn. Yuniza binti Mohamed, Team Pengurusan Risiko yang diketuai oleh En. Ab Rahim bin Che Ibrahim@Shariff, manakala Team Audit Dalaman yang diketuai oleh En. Zulhairi bin Ahmad dan semua pensyarah serta staf yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Audit Pemantauan SIRIM bagi tahun 2022.
Semoga proses audit yang dijalankan memberi manfaat kepada organisasi seterusnya harapan agar semua warga dapat berganding bahu dengan lebih utuh lagi di pada masa akan datang dengan sama-sama menambahbaik Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) secara berterusan.
PROGRAM AGIHAN PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA
Seramai 1046 pelajar di KMPh telah menerima perantisiswa pada hari ini, 3 November 2022. PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan satu inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertujuan membantu pembelajaran secara maya atau hibrid untuk kelangsungan pendidikan ketika fasa peralihan endemik ini. Seramai 300 lagi pelajar KMPh dalam proses rayuan dan akan menerima bagi fasa 2 nanti.
Majlis penyampaian PerantiSiswa disempurnakan oleh Puan Latiza binti A Latif, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang. Beliau sempat berpesan agar Pelajar bersyukur dan berterima kasih serta menggunakan PerantiSiswa sepenuhnya. Pelajar juga diingatkan tidak menjual PerantiSiswa yang diterima semata-mata untuk mendapatkan wang dengan mudah.
PROGRAM SENTUHAN HATI
Untuk makluman semua, program ini dicetuskan adalah untuk:
1️⃣ membantu pelajar–pelajar yang lemah dalam akademik mampu meningkatkan prestasi mereka
2️⃣ memastikan mereka lulus dalam semua kursus yang diambil dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi 1 (PSPM 1).
Anjuran:
JK Program Kecemerlangan Akademik (JKPKA)