PROGRAM ACCELERATING EXCELLENCE
Program ACCELERATING EXCELLENCE: KMPh Top Management Meet & Greet with PNGS 4.0 PSPM 1 2023/2024 adalah satu program di mana Barisan Pengurusan Tertinggi KMPh bertemu mata dengan pelajar sasaran PNGS 4.0 PSPM 1 & ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) telah dilaksanakan dengan jayanya pada 18 Oktober 2023. Program ini melibatkan 256 pelajar dan bertempat di Dewan Mini Oxford, Kolej Matrikulasi Pahang.
Pertemuan ini bertujuan untuk memberikan suntikan semangat dan motivasi kepada pelajar sasaran bahawa mereka adalah pelajar harapan kolej dan merupakan pelajar yang berpotensi besar untuk menggapai kejayaan yang cemerlang dalam PSPM 1 nanti. Selain itu, mereka juga mendengar amanat dari Pengarah kolej tentang visi dan misi kolej serta peranan mereka untuk membantu Bahagian Matrikulasi meletakkan program matrikulasi setaraf dengan program–program asasi lain yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan sekarang ini. Sasaran KPI 56% bagi peratus pelajar Program Matrikulasi mencapai PNGS 3.50 dan ke atas dalam PSPM 1 perlu dicapai seperti yang telah termaktub dalam Pelan Transfomasi Program Matrikulasi KPM 2021 – 2025 dan merekalah di antara pelajar harapan yang akan memastikan KPI itu tercapai. Program ini mencatatkan kehadiran seramai 241 orang peserta dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar yang hadir.
Karnival Sains KMPh 2023
Karnival Sains KMPh 2023 telah berlangsung dengan jayanya bermula 7 Oktober sehingga 21 Oktober 2023 dengan tema Membudayakan Sains Teknologi, Alam Lestari. Pelbagai pertandingan telah dianjurkan bagi tujuan pelajar menerokai sains dan teknologi dengan lebih mendalam.
Berikut adalah acara & pertandingan yang diadakan sepanjang Karnival Sains berlangsung:
7/10/2023 : Pertandingan roket & Parachute
17/10/2023 : Pertandingan Kuiz Sains
17-19/10/2023 : Pertandingan Inovasi Pelajar
20/10/2023 : Malam Lestari Seni Sains
21/10/2023 : Pameran Inovasi Pelajar & Pensyarah
Karnival Sains ini mendapat sambutan yang hangat daripada para pelajar walaupun dalam masa yang sama mereka agak sibuk dengan pelajaran dan aktiviti lain. Mereka dapat menonjolkan kreativiti masing-masing terutamanya dalam pertandingan inovasi dan juga Malam Lestari Seni Sains. Kerjasama daripada semua pensyarah jabatan sains yang padu juga telah memastikan program ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.
Program seperti ini perlu diadakan pada setiap sesi bagi memberikan kelainan kepada pelajar selain daripada menumpukan bidang akademik semata-mata, mereka juga dapat berkreativiti dan meneroka bidang sains dan teknologi dengan lebih mendalam.
Karnival Sains 23
aa.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Karnival_Sains_23/aa.jpg
aad.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Karnival_Sains_23/aad.jpg
bb.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Karnival_Sains_23/bb.jpg
cc.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Karnival_Sains_23/cc.jpg
cd.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Karnival_Sains_23/cd.jpg
cds.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Karnival_Sains_23/cds.jpg
fg.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Karnival_Sains_23/fg.jpg
jk.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Karnival_Sains_23/jk.jpg
pp.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Karnival_Sains_23/pp.jpg
qw.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Karnival_Sains_23/qw.jpg
ssa.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Karnival_Sains_23/ssa.jpg
tt.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Karnival_Sains_23/tt.jpg
PROGRAM HARI TERBUKA
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG TAHUN 2023
Program Hari Terbuka Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) 2023 telah diadakan dengan jayanya pada 20-21 Oktober 2023. Objektif Hari Terbuka KMPh 2023 adalah untuk mempromosi dan mendekati masyarakat luar dalam menyebarkan maklumat tentang Program Matrikulasi KPM. Hari Terbuka KMPh 2023 yang berskala besar dan mesra masyarakat mampu menarik minat dan memberi impak yang tinggi kepada orang ramai melalui penglibatan secara aktif dalam aktiviti yang dianjurkan secara tidak langsung meningkatkan enrolmen permohonan pelajar ke Program Matrikulasi KPM.
Hari Terbuka KMPh 2023 merupakan gabungan dari empat karnival besar iaitu Karnival Akademik, Karnival kokurikulum, Karnival Sains dan Karnival Keusahawanan. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan sepanjang program ini. Antaranya ialah pameran dari jabatan akademik KMPh, pameran dari agensi kerajaan dan luar, pelbagai jenis gerai jualan, pertandingan pidato, robomatik, pertandingan memancing, pertandingan orienteering, slow pitch soft ball , woodball, colour war, supa dupa, persembahan dari kumpulan Anak Kayan, persembahan Malam Lestari Seni Sains, pelancaran buku, jalinan strategik dengan agensi luar, dan pelbagai aktiviti menarik lagi.
Majlis Penutupan Hari Terbuka KMPh 2023 telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Yusof bin Samad, Timbalan Pengarah Sektor Akademik Bahagian Matrikulasi KPM. Diharapkan program ini mampu memberi impak positif kepada pelajar dan ibubapa di luar sana untuk menjadikan KMPh pilihan utama untuk melanjutkan pelajaran bagi lepasan SPM.
PROGRAM THE EXPERTS : EDUCATIONAL LEADERSHIP
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG TAHUN 2023
Program “The Experts : Educational Leadership” telah diadakan dengan jayanya pada 19 Oktober 2023 di bawah anjuran Jawatankuasa Pemikir Strategik Kolej Matrikulasi Pahang. Program ini melibatkan 67 orang peserta yang terdiri daripada Pensyarah gred DG52 dan DG54, serta penceramah jemputan, Dr Sukor bin Beram, Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial, Kolej Matrikulasi, Perak.
Melalui program ini, peserta mendapat pendedahan mengenai asas pengurusan dan kepimpinan serta kemahiran- kemahiran yang penting sebagai pengurus dan pemimpin sesebuah organisasi, pengurusan kurikulum dan peranannya sebagai pemimpin instruksional serta kemahiran tentang pengurusan dalam pendidikan.
Bersesuaian dengan peranan sebagai peneraju perubahan dan pemikir strategik di dalam sesebuah organisasi, diharapkan program ini mampu memberi impak positif kepada peserta dalam menjamin kehendak dan keperluan organisasi dapat dicapai.
PROMOSI PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEPADA MURID ASLI DI NEGERI PAHANG
Skuad Promosi Kolej Matrikulasi Pahang melaksanakan tanggungjawab sosial mereka hari ini di Program Seminar Potensi Cemerlang Program Pendidikan Murid Asli (PEDULI) anjuran Yayasan Pahang, Bangunan Karantina, Maahad Tahfiz Neger Pahang. Slot kali ini di hadiri oleh 32 orang pelajar orang asli yang cemerlang daripada beberapa buah sekolah di sekitar Daerah Rompin Pahang. Penerangan berkaitan Program Matrikulasi ini disampaikan oleh Tn Hj Suhaimi Bin Ismail Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar 2 dan En Nasrul Isyam Bin Abdul Hamid, Ketua Unit Pangajian Am Matrikulasi, Kolej Matrikulasi Pahang. Ini adalah sebahagian inisiatif Pihak Bahagian Matrikulasi KPM menyantuni pelajar orang asli bagi memberi pendedahan menyambung pelajaran ke Program Matrikulasi, untuk mengubah destinasi hidup mereka melalui pelajaran.
#ProgramMatrikulasi
#matrikulaspilihanutama
#yayasanpahang
#peduliyayasanpahang
#orangasliorangkita
Program Commaths Fest 2023 anjuran Jabatan Matematik telah dilaksanakan dengan jayanya pada 23 September 2023. Program ini melibatkan 800 orang pelajar dan bertempat di bilik tutoran, dewan kuliah, makmal komputer dan Dewan Mat Kilau .
Program ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam mengintegrasikan Matematik dan Sains Komputer dalam proses penyelesaian masalah secara berkesan. Ia telah membuka peluang kepada pelajar untuk meneroka ilmu Matematik dan Sains Komputer di luar bilik darjah melalui pertandingan dan permainan. Antara aktiviti-aktiviti menarik tersebut adalah Running Math, Rubic King, Senpai Sudoku, 60s Video Challenge, e-Poster, Compute Conquest, Egg Parachute, Master Maths 2023 dan e-Football Tournament. Bagi memeriahkan lagi program, aktiviti teka berat kacang untuk pensyarah serta aktiviti mewarna bagi anak-anak pensyarah juga turut diadakan.
Program ini juga telah mendapat impak yang positif dengan adanya integrasi antara Matematik dan Sains Komputer dalam kehidupan seharian kerana telah membantu pelajar bagi mengurangkan keresahan berkenaan kursus Matematik dan Sains Komputer melalui aktiviti-aktiviti santai di luar bilik darjah dan secara tidak langsung dapat menarik dan memupuk minat pelajar terhadap kursus-kursus ini di samping melatih pelajar meletakkan Matematik dan Sains Komputer sebahagian daripada proses fikir dalam aktiviti yang dilaksanakan.