MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK PSPM 2 SESI 2022/2023 dan PSPM 1 SESI 2023/2024
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
SESI 2023/2024
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik PSPM 2 Sesi 2022/2023 dan PSPM 1 Sesi 2023/2024 telah diadakan pada hari Khamis, 7 Mac 2024 di bawah anjuran Jawatankuasa Pemikir Strategik, KMPh. Anugerah ini telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah KMPh, Encik Noorhisam bin Samsuddin.
Objektif utama majlis ini adalah untuk memberi penghargaan kepada pensyarah, unit dan jabatan yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang di dalam PSPM 2 Sesi 2022/2023 dan PSPM 1 Sesi 2023/2024. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi motivasi dan perangsang kepada semua pensyarah untuk berusaha dengan lebih gigih untuk memperolehi keputusan yang lebih baik dalam PSPM 2 Sesi 2023/2024 nanti.
Sebanyak 323 anugerah telah berjaya disampaikan mengikut kategori iaitu Anugerah Indeks Pencapaian Prestasi Akademik (IPPA) Tertinggi, Anugerah IPPA Gemilang, Anugerah IPPA Terbilang, Anugerah Peratusan Tertinggi Band 4.5 dan ke atas MUET sesi 3/2023, Anugerah Khas, Anugerah Unit Melepasi Min BMKPM. Anugerah Berlian Kursus Gemilang dan Terbilang dan Anugerah Jabatan Terbaik untuk setiap sesi tersebut.
Majlis ini telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Kerjasama yang amat baik ditunjukkan oleh jawatankuasa pengelola serta semua pensyarah. Majlis ini diharapkan dapat memberikan menyuntik semangat kepada semua pensyarah untuk memberikan prestasi yang terbaik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar dalam PSPM 2 Sesi 2023/2024 yang akan datang.
anugerah kecemerlangan 2024
a.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/anugerah_24/a.jpg
b.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/anugerah_24/b.jpg
c.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/anugerah_24/c.jpg
d.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/anugerah_24/d.jpg
e.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/anugerah_24/e.jpg
f.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/anugerah_24/f.jpg
g.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/anugerah_24/g.jpg
h.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/anugerah_24/h.jpg
i.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/anugerah_24/i.jpg
j.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/anugerah_24/j.jpg
k.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/anugerah_24/k.jpg
l.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/anugerah_24/l.jpg
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR (PSPM 1)
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
SESI 2023/2024
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (PSPM 1) ini adalah di bawah anjuran Jawatankuasa Program Kecemerlangan Akademik yang diadakan pada hari Jumaat, 1 Mac 2024. Program ini melibatkan 604 penerima anugerah PNGS 4.0. Anugerah ini telah disampaikan oleh Pengarah KMPh, Pn Latiza Binti A Latif.
Objektif utama majlis ini adalah sebagai penghargaan kepada pelajar – pelajar yang telah memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam PSPM 1. Majlis ini dilaksanakan adalah untuk menyuntik semangat kepada pelajar – pelajar yang cemerlang ini untuk terus berusaha memberikan komitmen dan fokus dalam semester 2 agar dapat mengekalkan kecemerlangan di dalam PSPM 2. Selain itu, majlis ini diharapkan dapat memberi motivasi dan perangsang kepada pelajar-pelajar lain untuk berusaha lebih gigih bagi mendapat keputusan yang lebih baik di dalam PSPM 2 nanti.
Majlis ini telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Kerjasama yang amat baik ditunjukkan oleh jawatankuasa pengelola serta para pelajar. Diharap program ini dapat memberikan impak yang berkesan kepada para pelajar dalam pembelajaran sepanjang semester 2 dan dapat membaiki keputusan yang lebih baik dalam PSPM 2 akan datang.
KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 2024
Maklumat lanjut sila layari :
https://sites.google.com/view/karnivalpendkerjayakmph/pengenalan
PROGRAM-PROGRAM JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 2023
Lawatan Penanda Aras MPP SMK Astana bersama JPP KMPh
Buat julung-julung kalinya, pihak Kolej Matrikulasi Pahang telah menerima kunjungan mesra dari pelajar- pelajar dan guru-guru Kolej Tingkatan 6 Astana dalam Lawatan Penanda Aras MPP SMK Astana bersama JPP KMPh pada 28 Oktober 2023 yang lalu. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada MPP Kolej Tingkatan 6 Astana bagaimana proses pemilihan ahli MPP diadakan dan perkongsian berkaitan dengan tanggungjawab MPP. Ia juga bertujuan untuk melatih dan melahirkan pemimpin-pemimpin yang mempunyai jati diri, semangat kerja berpasukan dan asertif diri yang tinggi. Justeru, pihak kolej merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pn Nor Hazura binti Mohd (PP HEP 1) dan 20 orang barisan JPP KMPh yang telah menzahirkan kepimpinan mereka dan memimpin program ini dengan baik dengan pelbagai aktiviti yang bersesuaian kepada 54 calon MPP Astana 2023/2024 bagi mengasah bakat kepimpinan dalam diri peserta yang terlibat.
Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Peringkat Kebangsaan
Penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) disetiap Kolej Matrikulasi KMP dan Kolej MARA adalah selaras dengan Akta 174 bahagian III, seksyen 7 Akta Institusi – Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976. Sehubungan dengan itu, pemilihan JPP adalah tertakluk kepada perlembagaan JPP kolej Matrikulasi KPM dan Peraturan dan Prosedur Pilihanraya Kolej-kolej Matrikulasi KPM. Bagi memantapkan kepimpinan JPP, satu Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar peringkat Kebangsaan telah diadakan di Kolej Matrikulasi Melaka pada 19 – 21 Oktober 2023 melibatkan semua JPP di 15 buah kolej Matrikulasi di Malaysia.
Kursus ini bertujuan untuk Memberi kefahaman dan kesedaran kepada setiap ahli JPP tentang peranan dan tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan sebagai seorang pemimpin pelajar di Kolej Matrikulasi Pahang. Selain itu, kursus ini diharapkan dapat melatih, memupuk dan membina personaliti diri pemimpin pelajar yang boleh dicontohi oleh pelajar lain. Kursus ini wajar diteruskan bagi memastikan JPP mampu memikul tanggungjawab dan menjalankan tugas mereka dengan berkesan seperti yang dijelaskan dalam akta 174 jadual III Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dan Buku Perlembagaan JPP Kolej Matrikulasi KPM.
Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Pahang
Pada 28 September 2023 bertempat di Dewan SUKPA Kuantan telah diadakan Sambutan Maulidul Rasul dan Pertandingan Perarakan serta Sepanduk peringkat Negeri Pahang. Sambutan ini melibatkan 42 Kontigen dari seluruh daerah Pahang yang melibatkan pelbagai agensi. Tidak ketinggalan, buat pertama kalinya, Kolej matrikulasi Pahang turut menyertai sambutan ini yang melibatkan 40 orang pelajar muslim terdiri daripada JPP KMPh dan ICOM (JK Masjid Al Muttaqin). Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang terlibat kerana dapat membawa balik sijil penghargaan (saguhati) berjumpah RM500.00.
Program Jalinan Mesra JPP KMPP bersama JPP KMPh
Pada 3- 5 November 2023 yang lalu, Kolej matrikulasi Pahang telah menerima kunjungan kasih dari Kolej Pulau Pinang dalam satu Program Jalinan Mesra JPP KMPP bersama JPP KMPh. Program ini diadakan bagi merapatkan ukhuwah antara JPP KMPP dengan JPP KMPh disamping memberi ruang kepada kedua-dua JPP bertukar idea dan pandangan berkenaan aktiviti yang bersesuaian di kolej masing-masing. Selain itu, JPP KMPP turut dibawa berjalan-jalan sekitar Kuantan seperti di Menara 188 dan tokong Cina Indera Mahkota bagi melihat keindahan bandar Kuantan.
Jalinan23
Jalinan6.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/AktitivitKolej/HEP_Aktiviti/Jalinan6.jpeg
Jalinan2.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/AktitivitKolej/HEP_Aktiviti/Jalinan2.jpeg
Jalinan3.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/AktitivitKolej/HEP_Aktiviti/Jalinan3.jpeg
Jalinan1.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/AktitivitKolej/HEP_Aktiviti/Jalinan1.jpeg
Jalinan5.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/AktitivitKolej/HEP_Aktiviti/Jalinan5.jpeg
Jalinan4.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/AktitivitKolej/HEP_Aktiviti/Jalinan4.jpeg
RIANG RIA MERDEKA RAYA
Riang Ria Merdeka Raya merupakan salah satu program yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sempena Bulan Kemerdekaan tahun 2023. Program ini telah diadakan pada 19 – 20 September 2023 di Dewan Mat Kilau yang terbuka kepada semua pelajar KMPh. Melalui program ini pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti Merdeka Got talent, pertandingan lagu-lagu patriotik, drama pendek, tarian tradisional dan malam tayangan Filem Hikayat Merong Mahawangsa. Diharapkan program sebegini dapat melahirkan pelajar yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan pelajar.
Merdekaraya23
Merdeka3.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/AktitivitKolej/HEP_Aktiviti/Merdeka3.jpeg
Merdeka1.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/AktitivitKolej/HEP_Aktiviti/Merdeka1.jpeg
Merdeka2.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/AktitivitKolej/HEP_Aktiviti/Merdeka2.jpeg
Merdeka4.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/AktitivitKolej/HEP_Aktiviti/Merdeka4.jpeg
Merdeka5.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/AktitivitKolej/HEP_Aktiviti/Merdeka5.jpeg
Solidariti bersama Palestin
Palestin3
Palestin1.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/AktitivitKolej/HEP_Aktiviti/Palestin1.jpeg
Palestin10.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/AktitivitKolej/HEP_Aktiviti/Palestin10.jpeg
Palestin2.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/AktitivitKolej/HEP_Aktiviti/Palestin2.jpeg
Palestin4.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/AktitivitKolej/HEP_Aktiviti/Palestin4.jpeg
Palestin3.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/AktitivitKolej/HEP_Aktiviti/Palestin3.jpeg
Palestin5.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/AktitivitKolej/HEP_Aktiviti/Palestin5.jpeg
Palestin6.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/AktitivitKolej/HEP_Aktiviti/Palestin6.jpeg
Palestin7.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/AktitivitKolej/HEP_Aktiviti/Palestin7.jpeg
Palestin8.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/AktitivitKolej/HEP_Aktiviti/Palestin8.jpeg
Palestin9.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/AktitivitKolej/HEP_Aktiviti/Palestin9.jpeg
Serangan Yahudi terhadap Palestin sedang hangat diperkatakan diseluruh dunia. Satu isu kekejaman yang nyata terhadap saudara seislam di bumi anbiya Palestin. Malaysia adalah salah satu negera yang mengutuk kekejaman ini dan menyeru seluruh negara turut menyokong usaha ini. Justeru, bermula 29 Oktober 2023 sehingga 3 November, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggalakkan penganjuran Minggu Solidarity Palestin ini di semua institusi pendidikan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia termasuklah sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institusi pendidikan guru seluruh negara. Atas kesedaran ini, Kolej Matrikulasi Pahang turut mengadakan Solidariti bersama Palestin pada 31 Oktober 2023 melibatkan semua pelajar. Tujuan minggu solidariti ini adalah untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang nilai-nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi kemanusian, keamanan, keharmonian dan kedamaian sejagat. Melalui usaha ini juga, pihak kolej turut melancarkan “tabung prihatin Palestin” bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang ingin menyumbang bagi memenuhi keperluan mendesak terhadap wilayah Gaza yang terkesan teruk akibat serangan rejim Israel ke atas Wilayah Gaza
100 PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI PAHANG TERUJA MENGHADIRI BENGKEL ASAS MENULIS PUISI
Gambang 13 Januari 2024 8.30 pagi. Program sulung dianjurkan dalam tahun baru bagi mengembangkan lagi kegiatan sastera di kalangan pelapis muda di Negeri Pahang ini. Maka telah diadakan bengkel asas menulis puisi yang disampaikan oleh Puan Siti Zulaikha Binti Adam ( Zulaikha Adam) yang baru-baru ini menerima hadiah utama karya sastera bagi kategori Cerpen Remaja Hadiah Sastera Darul Iman Kali Keenam (HASDI) 2023.
Penceramah juga merupakan Pengerak Sekreteriat Penulis Muda Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) satu sayap baharu yang ditubuhkan oleh Dewan Persuratan Melayu Pahang bagi mendekati golongan dan kelompok anak muda yang berminat dalam sastera dan juga persuratan di negeri Pahang Darulmakmur.
Matlamat bengkel ini adalah untuk mendekatkan anak muda dengan sastera sekaligus mengangkat darjat penggunaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar Kolej Matrikulasi KPM. Pelajar diajar teknik menulis sajak dengan menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Ini akan menambahkan kecintaan anak muda pelapis negara bagi mendepani wadah kepimpinan negara pada masa hadapan terhadap Bahasa Melayu. Semoga hasrat membentuk masyarakat yang madani dapat dibentuk melalui bengkel ini.
Seramai 100 orang pelajar hadir sejak awal pagi menyeratai bengkel ini dan memberi tindak balas yang positif, sentiasa memberi respon yang memberangsangkan sepanjang perbengkelan diadakan. Menurut Peyelaras Program En Nasrul Isyam Bin Abdul Hamid, Penolong Setiausaha Dewan Persuratan Melayu Pahang Sesi 23/25, berkata, “ Bengkel ini akan dilebarluaskan ke sekolah dan institut pengajian tinggi di dalam negeri Pahang, bersama sokongan dan dokongan bahawa sastera dan persuratan tidak akan mati, selagi kita membuka ruang dan peluang kepada anak muda mendekati sastera dan persuratan”. Program anjuran Unit Pengajian Am, Jabatan Sastera dan Ikhtisas, Kolej Matrikulasi Pahang ini juga disenergikan dengan kerjasama Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), Majlis Belia Daerah Kuantan (MBD Kuantan) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS Pahang) bagi mengembleng tenaga yang lebih stategik. Semoga program ini menjadi pencetus dan pemula kepada lonjakan saujana persuratan sastera di negeri Pahang Darulmakmur.
Di akhir bengkel peserta akan diminta menghasilkan sebuah sajak, kemudian hasil sajak tersebut akan di terbitkan dengan kerjasama Sekreteriat Penulis Muda DPMP melalui sumbangan percetakan daripada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Negeri Pahang (GPMS Pahang).
Turut hadir memberi semangat kepada peserta sehingga tamat bengkel, En Ahmad Bin Noh, Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial Kolej Matrikulasi Pahang, Prof. Emeritius Dato' Dr. Hj. Mohd Mansor bin Abdullah, Presiden Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) dan En Mohd Zharif Bin A Rahim, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuantan yang menaja makan dan minum peserta serta elaun penceramah.