KMPh Caring Outlet
KMPh Caring Outlet adalah sebuah bilik operasi untuk menempatkan barangan Food Bank dan Caring Boutique. Penubuhan butik untuk mengumpul pakaian terpakai yang boleh disalurkan kepada pelajar adalah idea bernas yang dilontarkan oleh YBerusaha En. Ahmad Tajuddin bin Gezai, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang.
Sumbangan makanan kering untuk pelajar yang memerlukan adalah gabungan idea dari JK College of Distinction (COD) yang kini dikenali sebagai JK Pemikir Strategik. Selain daripada berfungsi sebagai pusat sehenti untuk pelajar yang memerlukan, KMPh Caring Outlet turut membina modal insan dengan melatih pelajar sukarelawan dalam mengendalikan aktiviti yang dijalankan.
Semoga usaha sekecil ini dapat memberikan manfaat kepada semua pelajar.
Pelajar Matrikulasi MerayakanTahun Baru Cina di Kolej Matrikulasi Pahang
bantuanCNY
chp2.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Chinapress/chp2.jpg
chp3.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Chinapress/chp3.jpg
chp1.png
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Chinapress/chp1.png
ch6.jpg
chp4.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Chinapress/chp4.jpg
chp5.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Chinapress/chp5.jpg
Seramai 130 orang pelajar Cina secara sukarela duduk di kolej matrikulasi Pahang untuk menyambut Tahun baru Cina demi Keselamatan dan memutuskan rantaian convid 19. Pengawai pembangunan kampung baru Kuantan Chay Tong Seng telah melawat kolej Matrikulasi Pahang dan memberi sumbangan limau dan air kotak untuk pelajar Cina merayai di kolej. Pemberian di terima oleh 4 wakil pelajar bersama pengarah KMPh En Tajuddin Bin Gezai.
#KitaJagaKita
#StaySave
#KMPhdihati
KMPh terima Pengiktirafan dan Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015
Buat kesekian kalinya, sekali lagi KMPh telah menerima pengiktirafan dan Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 daripada pihak SIRIM QAS. International Sdn. Bhd. bagi tempoh Feb 2021 sehingga Feb 2024.
Sekalung ucapan tahniah dan terima Kasih atas kerjasama semua pihak terutama Pengurusan Tertinggi, JK yg terlibat dan juga semua warga KMPh atas kerjasama padu dalam proses pengauditan yang lalu. Tahniah KMPh.
Pengarah KMPh, Tuan Ahmad Tajuddin bin Gezai mengucapkan Tahniah dan terima kasih kepada semua terutama kepada warga kerja MS ISO KMPh di atas segala usaha yg telah dicurahkan bagi menjayakan pensijilan semula pada kali ini. Beliau berharap semoga KMPh dapat memberikan perkhidmatan yg berkualiti selaras dgn pencapaian ini.
Pelajar Kolej Matrikulasi Pahang terkesan banjir menerima bantuan
Baru- baru ini melalui Unit Hal Ehwal Pelajar telah membuat bancian terhadap pelajar dimana rumah mereka terkesan oleh bencana banjir. 35 orang pelajar telah menyatakan rumah mereka terkesan oleh bencana banjir. Pihak HEP telah menerima sumbangan bantuan berbentuk barang makanan dan kewangan daripada YB. Dato' Abd Rahim bin Muda, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang merangkap Ahli Undangan Dewan Negeri (Adun Lepar).Turut serta memberi sumbangan ialah Badan NGO, Pn Atina Ahmad, Pengerusi Wanita Islam Cawangan Mahkota Putra , yang memberi sumbangan makan tengahari , Peralatan keperluan diri bagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan serta wang saku, kepada kumpulan pelajar KMPh yang terkesan oleh banjir. Terima kasih, kepada semua yang menyumbang.
#KolejMatrikulasiPahangPrihatin
#kitajagakitaAllahjagakita
#FastabiqulKhairat
#matrikulasidihati
#JomMasukMatrik
Program Dapur Infaq mendapat tajaan dari Kerajaan Negeri Pahang
Program dapur Infaq yang dijalankan oleh Kolej Matrikulasi Pahang telah mendapat suntikan dana berjumlan RM50050.00 daripada kerajaan Negeri Pahang hari ini. Sumbangan telah di sampaikan YAB Menteri Besar Pahang sendiri kepada Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang di Pejabat Menteri Besar. Program ini disasarkan kepada pelajar matrikulasi dari golongan B40.
Terima kasih YAB Menteri Besar Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang atas sumbangan yang diberikan. Semoga program Dapur Infaq Pelajar B40 ini, serba sedikit menjadi faktor pemangkin, membantu para pelajar untuk memastikan mendapat keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang bagi mengubah nasib keluarga dan destinasi anak bangsa.
KOLOKIUM PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITIES (PLC) BMKPM 2020
Kolokium PLC BMKPM 2020 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 21.11.2020 sehingga 22.11.2020 yang lalu. Sebanyak 5 kumpulan yang telah terpilih untuk mewakili KMPh ke Peringkat Kolokium PLC BMKPM 2020 iaitu sebanyak 4 pembentangan lisan dan 1 pembentangan poster. Bagi pembentangan lisan senarai kumpulan adalah seperti yang berikut;
Manakala senarai kumpulan bagi pembentangan poster adalah;
Sebanyak 2 kumpulan berjaya meraih kemenangan melalui pembentangan lisan iaitu Kumpulan Pn. Hezelin Elayana Bt Shaian (K), Pn Wan Zai Azlin Bt Wan Aziz, Yusniza Bt Yusof dan Pn. Tg Tg. Zuniza Bt Tg. Yahya Shah yang meraih anugerah emas dan Kumpulan En. Asnirul Azrulhaini Bin Ahmad (K), Cik Siti Aishah Mohaini Binti Mohak, Pn. Mili Malina Binti Mohamed dan En. Ahmad Saipudin Othman yang berjaya meraih pingat Perak.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kumpulan yang berjaya mewakili KMPh ke Kolokium PLC BMKPM Tahun 2020.