BENGKEL PELAPORAN PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITIES (PLC), 2024 KMPh

Bengkel Pelaporan Professional Learning Communities (PLC) telah dilaksanakan pada 20 April 2024 (Sabtu) di Kolej Matrikulasi Pahang. Sebanyak 24 kertas laporan telah dibentangkan iaitu 10 laporan Lesson Study (LS), 9 laporan Teaching Sharing Session (TSS), 3 laporan Peer Coaching (PC) dan 2 laporan Video Critique (VC). Pembentangan laporan tersebut telah dinilai oleh 3 orang juri iaitu Pn. Shariza binti Zainudi, Pn. Wan Zai Azlin binti Wan Aziz dan Ustaz Ismail bin Jusoh, pensyarah kanan Kolej Matrikulasi Pahang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam pelaksanaan Professional Learning Communities. Sebanyak 10 laporan yang terpilih di peringkat kolej akan dihantar ke Bahagian Matrikulasi, KPM untuk dinilai sekali lagi dan dipilih, seterusnya dibentangkan dalam Konvensyen Peyelidikan, PLC dan Inovasi iaitu KONPPI-4 bagi tahun 2024 yang akan dilaksanakan pada 18-20 Ogos 2024. Tema bagi konvesyen KONPPI-4 pada tahun ini ialah ‘Melestari Inovasi Dalam Merealisasi Pendidikan Masa Hadapan’. Pihak Kolej Matrikulasi Pahang mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang terlibat dalam bengkel ini dan semoga berjaya terpilih dalam pembentangan KONPPI-4 nanti. Diharapkan juga agar perkongsian PLC dapat meningkatkan kualiti pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar. 

KEBANGGAAN KMPh

PENERIMA APC 2022

AKTIVITI KOLEJ

ARTIKEL POPULAR

Majlis Jamuan Jalinan Budaya 2024 KMPh

Majlis Jamuan Jalinan Budaya 2024 KMPh Kolej Matri [ ... ]

Artikel Lain

 


NOTIS SEBUT HARGA

Makluman Semasa

 ___________________________
 
 
______________________________
 
 
 

JK PERWAKILAN PELAJAR SESI 2023/2024

WACANA ILMU

LOKASI

Koordinat :

3.717621,103.0743347

Hubungi Kami

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/