MAJLIS JAMUAN JALINAN BUDAYA

 

 

Alamak!!! Raya lagi..tema sambutan hari raya dalam Majlis Jamuan Jalinan Budaya 2024 memeriahkan suasana Kolej Matrikulasi Pahang pada 19 April 2024 yang lalu yang melibatkan semua pelajar KMPh bersama pihak pengurusan KMPh. Majlis Jamuan Jalinan Budaya  sesi 2023/2024 ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan antara pelajar berlainanan kaum dan agama, mengeratkan ukhuwah antara pelajar dengan pelajar dan antara pelajar dengan kakitangan warga kolej umumnya. Nyata program ini telah berjaya direalisasikan bersesuaian dengan moto kolej ‘Kreatif, Madani, Progresif dan Harmoni’. Melalui program ini, bukan setakat sambutan raya semata-mata, namun pelbagai pertandingan seperti Rumah Raya Tercantik, Pertandingan Pelbagai Juadah, Pertandingan Foto Raya Kelas Tercantik dan Pertandingan Selfie dan Welfie Raya diadakan bagi menzahirkan kebersamaan setiap blok kediaman mewarnai rumah raya masing-masing disamping turut diadakan cabutan bertuah duit raya. Kesimpulannya, program seperti ini adalah satu cara bagi merealisasikan misi dan visi Kolej Matrikulasi Pahang.

KEBANGGAAN KMPh

PENERIMA APC 2022

AKTIVITI KOLEJ

ARTIKEL POPULAR

Majlis Jamuan Jalinan Budaya 2024 KMPh

Majlis Jamuan Jalinan Budaya 2024 KMPh Kolej Matri [ ... ]

Artikel Lain

 


NOTIS SEBUT HARGA

Makluman Semasa

 ___________________________
 
 
______________________________
 
 
 

JK PERWAKILAN PELAJAR SESI 2023/2024

WACANA ILMU

LOKASI

Koordinat :

3.717621,103.0743347

Hubungi Kami

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/