Physics Fun Carnival 2024 KMPh ini dilaksanakan sebagai usaha untuk memberi peluang kepada pelajar Kolej Matrikulasi Pahang yang mempunyai kreativiti dan daya reka cipta dalam bidang sains dan teknologi untuk mengembangkan bakat mereka. Physic’s Fun Carnival 2024 KMPh terdiri daripada 5 kategori pertandingan iaitu pertandingan Infografik Fizik, pertandingan sajak, puisi dan lagu Fizik, pertandingan video Tik Tok Fizik, Physics STEAM Challenge 1.0 2024 dan Physics e-comic Challenge.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk dan melahirkan pelajar-pelajar yang berfikiran kreatif secara saintifik dan berinovasi. Selain itu, pertandingan ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu dan pengalaman menerusi pengaplikasian teori-teori dan hukum yang dipelajari daripada subjek Fizik. Antara objektif Physic’s Fun Carnival 2024 KMPh adalah :

1) Memberi pendedahan di kalangan pelajar mengenai hubungan konsep Fizik yang dipelajari dalam kelas dalam kehidupan harian.

2) Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kemahiran menganalisis, kemahiran manipulatif serta konsep dalam fizik menggunakan teknologi digital.

3) Mencetuskan minat, budaya rekacipta dan berdaya saing di kalangan pelajar KMPh. Semoga penganjuran Physics Fun Carnival ini memberi impak dan yang positif. Terima kasih kepada semua yang terlibat secra langsung atau tidak langsung.

KEBANGGAAN KMPh

PENERIMA APC 2022

AKTIVITI KOLEJ

ARTIKEL POPULAR

Majlis Jamuan Jalinan Budaya 2024 KMPh

Majlis Jamuan Jalinan Budaya 2024 KMPh Kolej Matri [ ... ]

Artikel Lain

 


NOTIS SEBUT HARGA

Makluman Semasa

 ___________________________
 
 
______________________________
 
 
 

JK PERWAKILAN PELAJAR SESI 2023/2024

WACANA ILMU

LOKASI

Koordinat :

3.717621,103.0743347

Hubungi Kami

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/