MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK PSPM 2 SESI 2022/2023 dan PSPM 1 SESI 2023/2024
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
SESI 2023/2024

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik PSPM 2 Sesi 2022/2023 dan PSPM 1 Sesi 2023/2024 telah diadakan pada hari Khamis, 7 Mac 2024 di bawah anjuran Jawatankuasa Pemikir Strategik, KMPh. Anugerah ini telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah KMPh, Encik Noorhisam bin Samsuddin.

Objektif utama majlis ini adalah untuk memberi penghargaan kepada pensyarah, unit dan jabatan yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang di dalam PSPM 2 Sesi 2022/2023 dan PSPM 1 Sesi 2023/2024. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi motivasi dan perangsang kepada semua pensyarah untuk berusaha dengan lebih gigih untuk memperolehi keputusan yang lebih baik dalam PSPM 2 Sesi 2023/2024 nanti.

Sebanyak 323 anugerah telah berjaya disampaikan mengikut kategori iaitu Anugerah Indeks Pencapaian Prestasi Akademik (IPPA) Tertinggi, Anugerah IPPA Gemilang, Anugerah IPPA Terbilang, Anugerah Peratusan Tertinggi Band 4.5 dan ke atas MUET sesi 3/2023, Anugerah Khas, Anugerah Unit Melepasi Min BMKPM. Anugerah Berlian Kursus Gemilang dan Terbilang dan Anugerah Jabatan Terbaik untuk setiap sesi tersebut.

Majlis ini telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Kerjasama yang amat baik ditunjukkan oleh jawatankuasa pengelola serta semua pensyarah. Majlis ini diharapkan dapat memberikan menyuntik semangat kepada semua pensyarah untuk memberikan prestasi yang terbaik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar dalam PSPM 2 Sesi 2023/2024 yang akan datang.

 

KEBANGGAAN KMPh

PENERIMA APC 2022

AKTIVITI KOLEJ

ARTIKEL POPULAR

Majlis Jamuan Jalinan Budaya 2024 KMPh

Majlis Jamuan Jalinan Budaya 2024 KMPh Kolej Matri [ ... ]

Artikel Lain

 


NOTIS SEBUT HARGA

Makluman Semasa

 ___________________________
 
 
______________________________
 
 
 

JK PERWAKILAN PELAJAR SESI 2023/2024

WACANA ILMU

LOKASI

Koordinat :

3.717621,103.0743347

Hubungi Kami

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/