1. Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu

telah dikemaskini pada 7 Julai 2024)

2. Panduan Pendaftaran Dalam Talian

telah dikemaskini pada 5 Julai 2024)

3. Carta Alir Pendaftaran

( telah dikemaskini pada 5 Julai 2024)

4. Jadual Minggu Pendaftaran Pelajar Baharu (MPPB)

telah dikemaskini pada 7 Julai  2024)

5. Kadar Yuran Pengajian

6. Cara Pembayaran

7. Dokumen Peribadi Pelajar

8. Surat Aku Janji Pelajar 

( telah dikemaskini pada 25 Jun 2024)

9. Borang Perjanjian

10. Panduan Mengisi Borang Perjanjian dan Pembiayaan

11. Panduan Mematikan Setem

12. Senarai Keperluan Barang

13.Pautan Telegram KMPh

14. Panduan Sistem Ereport

15. Tatacara Penarikan Diri dari Program Matrikulasi

16.Buku Peraturan Pelajar Matrikulasi 

(telah dikemaskini pada 23 Jun 2024)

17. Soalan-soalan lazim dan jawapan 

18. Kalendar Akademi Sesi 2024/2025

 

 

 

 

                                               

 

 

DAFTAR

(Pendaftaran atas talian bagi panggilan kedua bermula 8.00 malam 5 Julai 2024 sehingga 11.59 malam 11 Julai 2024)

 

 

 

 

 

 

PROGRAM-PROGRAM JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 2023

Lawatan Penanda Aras MPP SMK Astana bersama JPP KMPh

 

            Buat julung-julung kalinya, pihak Kolej Matrikulasi Pahang telah menerima kunjungan mesra dari pelajar- pelajar dan guru-guru Kolej Tingkatan 6 Astana dalam Lawatan Penanda Aras MPP SMK Astana bersama JPP KMPh pada 28 Oktober 2023 yang lalu. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada MPP Kolej Tingkatan 6 Astana bagaimana proses pemilihan ahli MPP diadakan dan perkongsian berkaitan dengan tanggungjawab MPP. Ia juga bertujuan untuk melatih dan melahirkan pemimpin-pemimpin yang mempunyai jati diri, semangat kerja berpasukan dan asertif diri yang tinggi. Justeru, pihak kolej merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pn Nor Hazura binti Mohd (PP HEP 1) dan 20 orang barisan JPP KMPh yang telah menzahirkan kepimpinan mereka dan memimpin program ini dengan baik dengan pelbagai aktiviti yang bersesuaian kepada 54 calon MPP Astana  2023/2024 bagi mengasah bakat kepimpinan dalam diri peserta yang terlibat. 

Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Peringkat Kebangsaan

 

Penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) disetiap Kolej Matrikulasi KMP dan Kolej MARA adalah selaras dengan Akta 174 bahagian III, seksyen 7 Akta Institusi – Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976. Sehubungan dengan itu, pemilihan JPP adalah tertakluk kepada perlembagaan JPP kolej Matrikulasi KPM dan Peraturan dan Prosedur Pilihanraya Kolej-kolej Matrikulasi KPM. Bagi memantapkan kepimpinan JPP, satu Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar peringkat Kebangsaan telah diadakan di Kolej Matrikulasi Melaka pada 19 – 21 Oktober 2023 melibatkan semua JPP di 15 buah kolej Matrikulasi di Malaysia. 

Kursus ini bertujuan untuk Memberi kefahaman dan kesedaran kepada setiap ahli JPP tentang peranan dan tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan sebagai seorang pemimpin pelajar di Kolej Matrikulasi Pahang. Selain itu, kursus ini diharapkan dapat melatih, memupuk dan membina personaliti diri pemimpin pelajar yang boleh dicontohi oleh pelajar lain. Kursus ini wajar diteruskan bagi memastikan JPP mampu memikul tanggungjawab dan menjalankan tugas mereka dengan berkesan seperti yang dijelaskan dalam akta 174 jadual III Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dan Buku Perlembagaan JPP Kolej Matrikulasi KPM.

Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Pahang

 

 

            Pada 28 September 2023 bertempat di  Dewan SUKPA Kuantan telah diadakan Sambutan Maulidul Rasul dan Pertandingan Perarakan serta Sepanduk peringkat Negeri Pahang. Sambutan ini melibatkan 42 Kontigen dari seluruh daerah Pahang yang melibatkan pelbagai agensi. Tidak ketinggalan, buat pertama kalinya, Kolej matrikulasi Pahang turut menyertai sambutan ini yang melibatkan 40 orang pelajar muslim terdiri daripada JPP KMPh dan ICOM (JK Masjid Al Muttaqin). Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang terlibat kerana dapat membawa balik sijil penghargaan (saguhati) berjumpah RM500.00.

Program Jalinan Mesra JPP KMPP bersama JPP KMPh

 

            Pada 3- 5 November 2023 yang lalu, Kolej matrikulasi Pahang telah menerima kunjungan kasih dari Kolej Pulau Pinang dalam satu Program Jalinan Mesra JPP KMPP bersama JPP KMPh. Program ini diadakan bagi merapatkan ukhuwah antara JPP KMPP dengan JPP KMPh disamping memberi ruang kepada kedua-dua JPP bertukar idea dan pandangan  berkenaan aktiviti yang bersesuaian di kolej masing-masing. Selain itu, JPP KMPP turut dibawa berjalan-jalan sekitar Kuantan seperti di Menara 188 dan tokong Cina Indera Mahkota bagi melihat keindahan bandar Kuantan.

 

RIANG RIA MERDEKA RAYA

 

Riang Ria Merdeka Raya merupakan salah satu program yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sempena Bulan Kemerdekaan tahun 2023. Program ini telah diadakan pada 19 – 20 September 2023 di Dewan Mat Kilau yang terbuka kepada semua pelajar KMPh. Melalui program ini pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti Merdeka Got talent, pertandingan lagu-lagu patriotik, drama pendek, tarian tradisional dan  malam tayangan Filem Hikayat Merong Mahawangsa. Diharapkan program sebegini dapat melahirkan pelajar yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan pelajar. 

 

Solidariti bersama Palestin

 

Serangan Yahudi terhadap Palestin sedang hangat diperkatakan diseluruh dunia. Satu isu kekejaman yang nyata terhadap saudara seislam di bumi anbiya Palestin. Malaysia adalah salah satu negera yang mengutuk kekejaman ini dan menyeru seluruh negara turut menyokong usaha ini. Justeru, bermula 29 Oktober 2023 sehingga 3 November, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggalakkan penganjuran Minggu Solidarity Palestin ini di semua institusi pendidikan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia termasuklah sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institusi pendidikan guru seluruh negara.  Atas kesedaran ini, Kolej Matrikulasi Pahang turut mengadakan Solidariti bersama Palestin pada 31 Oktober 2023 melibatkan semua pelajar. Tujuan minggu solidariti ini adalah untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang  nilai-nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi kemanusian, keamanan, keharmonian dan kedamaian sejagat.  Melalui usaha ini juga, pihak kolej turut melancarkan “tabung prihatin Palestin” bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang ingin menyumbang bagi memenuhi keperluan mendesak terhadap wilayah Gaza yang terkesan teruk akibat serangan rejim Israel ke atas Wilayah Gaza

 

KEBANGGAAN KMPh

PENERIMA APC 2022

AKTIVITI KOLEJ

ARTIKEL POPULAR

Majlis Jamuan Jalinan Budaya 2024 KMPh

Majlis Jamuan Jalinan Budaya 2024 KMPh Kolej Matri [ ... ]

Artikel Lain

 


NOTIS SEBUT HARGA

Makluman Semasa

 ___________________________
 
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PROGRAM MATRIKULASI
SESI 2024/2025 (Panggilan Kedua)
 
TARIKH : 12 JULAI 2024 (Jumaat)
MASA : 8.30 pagi - 1.00 petang
           
______________________________
 
SESI  AGIHAN PERALATAN 
 
TARIKH : 12 Julai 2024
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
 
______________________________
 
 
 
 
 
 

JK PERWAKILAN PELAJAR SESI 2023/2024

WACANA ILMU

LOKASI

Koordinat :

3.717621,103.0743347

Hubungi Kami

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/