100 PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI PAHANG TERUJA MENGHADIRI BENGKEL ASAS MENULIS PUISI
Gambang 13 Januari 2024 8.30 pagi. Program sulung dianjurkan dalam tahun baru bagi mengembangkan lagi kegiatan sastera di kalangan pelapis muda di Negeri Pahang ini. Maka telah diadakan bengkel asas menulis puisi yang disampaikan oleh Puan Siti Zulaikha Binti Adam ( Zulaikha Adam) yang baru-baru ini menerima hadiah utama karya sastera bagi kategori Cerpen Remaja Hadiah Sastera Darul Iman Kali Keenam (HASDI) 2023.
Penceramah juga merupakan Pengerak Sekreteriat Penulis Muda Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) satu sayap baharu yang ditubuhkan oleh Dewan Persuratan Melayu Pahang bagi mendekati golongan dan kelompok anak muda yang berminat dalam sastera dan juga persuratan di negeri Pahang Darulmakmur.
Matlamat bengkel ini adalah untuk mendekatkan anak muda dengan sastera sekaligus mengangkat darjat penggunaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar Kolej Matrikulasi KPM. Pelajar diajar teknik menulis sajak dengan menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Ini akan menambahkan kecintaan anak muda pelapis negara bagi mendepani wadah kepimpinan negara pada masa hadapan terhadap Bahasa Melayu. Semoga hasrat membentuk masyarakat yang madani dapat dibentuk melalui bengkel ini.
Seramai 100 orang pelajar hadir sejak awal pagi menyeratai bengkel ini dan memberi tindak balas yang positif, sentiasa memberi respon yang memberangsangkan sepanjang perbengkelan diadakan. Menurut Peyelaras Program En Nasrul Isyam Bin Abdul Hamid, Penolong Setiausaha Dewan Persuratan Melayu Pahang Sesi 23/25, berkata, “ Bengkel ini akan dilebarluaskan ke sekolah dan institut pengajian tinggi di dalam negeri Pahang, bersama sokongan dan dokongan bahawa sastera dan persuratan tidak akan mati, selagi kita membuka ruang dan peluang kepada anak muda mendekati sastera dan persuratan”. Program anjuran Unit Pengajian Am, Jabatan Sastera dan Ikhtisas, Kolej Matrikulasi Pahang ini juga disenergikan dengan kerjasama Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), Majlis Belia Daerah Kuantan (MBD Kuantan) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS Pahang) bagi mengembleng tenaga yang lebih stategik. Semoga program ini menjadi pencetus dan pemula kepada lonjakan saujana persuratan sastera di negeri Pahang Darulmakmur.
Di akhir bengkel peserta akan diminta menghasilkan sebuah sajak, kemudian hasil sajak tersebut akan di terbitkan dengan kerjasama Sekreteriat Penulis Muda DPMP melalui sumbangan percetakan daripada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Negeri Pahang (GPMS Pahang).
Turut hadir memberi semangat kepada peserta sehingga tamat bengkel, En Ahmad Bin Noh, Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial Kolej Matrikulasi Pahang, Prof. Emeritius Dato' Dr. Hj. Mohd Mansor bin Abdullah, Presiden Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) dan En Mohd Zharif Bin A Rahim, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuantan yang menaja makan dan minum peserta serta elaun penceramah.