Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 (16-17 NOVEMBER 2023)
Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) telah menjalani proses Audit Pensijilan Semula pada 16 & 17 November 2023 dengan jayanya oleh Auditor SIRIM QAS International Sdn. Bhd yang sangat berpengalaman iatu Dr. Roslina binti Sailan, En. Muhammad Nazmie bin Mohd Nasir & En. Shah bin Mat Said.
KMPh melakarkan satu lagi sejarah mengekalkan Sijil MS ISO 9001:2015 untuk kali ke 3. KMPh menerima OFI (Opportunity for Improvement) dan Tiada NCR (Non-Conformity Report) pada proses audit kali ini.
Tahniah dan syabas buat semua warga KMPh.
Pihak pengurusan tertinggi KMPh terutama Pn. Latiza A Latif, pengarah KMPh merakamkan ucapan TAHNIAH DAN TERIMA KASIH tidak terhingga khususnya kepada Team JK MS ISO kolej yang diketuai oleh Pn. Wan Zai Azlin binti Wan Aziz, Team JK Dokumentasi yang diketuai oleh Pn. Rusydah binti Usry, Team JK Pelan Transformasi KMPh yang diketuai oleh Pn. Yuniza binti Mohamed, Team Pengurusan Risiko yang diketuai oleh En. Ab Rahim bin Che Ibrahim@Shariff, manakala Team Audit Dalaman yang diketuai oleh En. Zulhairi bin Ahmad termasuk barisan Ketua Jabatan yang sangat komited memberi sokonngan turut serta sepanjang proses audit dan semua pensyarah & staf yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Audit Pemantauan SIRIM bagi tahun 2023.
Semoga proses audit yang dijalankan memberi manfaat kepada organisasi seterusnya harapan agar semua warga dapat berganding bahu dengan lebih utuh lagi di pada masa akan datang dengan sama-sama menambahbaik Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) secara berterusan.