KURSUS LITERASI UNDANG-UNDANG KPM 2023

Pada 13 Oktober 2023, Unit Jawatankuasa Latihan Pembangunan Staf (LPS) KMPh telah melaksanakan satu kursus iaitu Kursus Literasi Undang-undang KPM. Kursus ini telah diadakan di Dewan Mini Oxford (DMO) KMPh pada jam 2.30 hingga 4.30 petang. Para peserta terdiri daripada 213 pensyarah akademik dan 65 orang staf sokongan . Penceramah adalah mantan Timbalan Pengarah KMPh iaitu En .Mohd Azeli bin Abdul Latif.

Objektif kursus adalah untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada warga KMPh tentang perlunya perlindungan undang–undang kepada mereka jika berlakunya sebarang isu kesalahan tata tertib sepanjang berkhidmat di sektor pendidikan . Rentetan daripada pelbagai isu yang wujud dalam dunia pendidikan masa kini menyebabkan semua pensyarah dan staf perlu mengetahui undang–undang bagi mengelakkan sebarang tindakan dikenakan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Oleh itu adalah penting untuk semua warga KMPh melengkapi diri dengan pengetahuan undang- undang agar dapat bertindak jika berlaku sebarang isu yang melibatkan diri dan juga pelajar . Kursus ini telah dilaksanakan dengan baik serta mencapai objektif yang diharapkan oleh pihak penganjur

 

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/