SURVEILLANCE AUDIT SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015 KMPh
BAGI TAHUN 2022
 

Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) telah menjalani proses Surveillance Audit secara remote audit pada 10 & 11 November 2022 dengan jayanya oleh Auditor SIRIM QAS International Sdn. Bhd yang sangat berpengalaman iatu Pn. Hajah Mariam binti Mohamed Zin. Ini adalah kali kedua penglibatan beliau dalam proses pengauditan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) KMPh iaitu yang sebelum ini pada tahun 2020.

KMPh melakarkan satu lagi sejarah dengan tahun kempat, berturut-turut dengan dapatan Tiada OFI (Opportunity for Improvement) dan Tiada NCR (Non-Conformity Report) pada proses audit.  Tahniah dan syabas buat semua warga KMPh. 

Pihak pengurusan tertinggi KMPh terutama Pn. Latiza A Latif, pengarah KMPh merakamkan ucapan TAHNIAH DAN TERIMA KASIH tidak terhingga khususnya kepada Team JK MS ISO kolej yang diketuai oleh Pn. Wan Zai Azlin binti Wan Aziz, Team JK Dokumentasi yang diketuai oleh Pn. Rusydah binti Usry, Team JK Pelan Transformasi KMPh yang diketuai oleh Pn. Yuniza binti Mohamed, Team Pengurusan Risiko yang diketuai oleh En. Ab Rahim bin Che Ibrahim@Shariff, manakala Team Audit Dalaman yang diketuai oleh En. Zulhairi bin Ahmad dan semua pensyarah serta staf yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Audit Pemantauan SIRIM bagi tahun 2022.

Semoga proses audit yang dijalankan memberi manfaat kepada organisasi seterusnya harapan agar semua warga dapat berganding bahu dengan lebih utuh lagi di pada masa akan datang dengan sama-sama menambahbaik Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) secara berterusan.

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/