SEMBANG SANTAI PENGURUSAN KMPh BERSAMA PELAJAR PNGK 4.00 (PSPM 1)
JK Kecemerlangan Akademik Kolej Matrikulasi Pahang telah mengadakan Program Sembang Santai Pengurusan KMPh Bersama Pelajar PNGK 4.00 (PSPM 1) pada 8 April 2022. Seramai 411 daripada 434 orang pelajar yang mendapat PNGK 4.00 dalam PSPM I telah menyertai program ini yang dilaksanakan secara dalam talian iaitu menggunakan medium Google Meet. Turut bersama menyertai program ini adalah barisan ketua-ketua jabatan dan juga pensyarah daripada ahli JK Kecemerlangan Akademik Kolej Matrikulasi Pahang. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar bagi menghadapi PSPM II akan datang. Program ini dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin oleh En Mohammad Syahrul. Puan Latiza bt A. Latif selaku Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada anak-anak pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan PNGK 4.00 dalam PSPM I yang lalu. Puan Pengarah juga turut mengingatkan pelajar akan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar supaya mereka tidak lalai. Puan Pengarah turut memberi kata-kata nasihat dan semangat buat para pelajar supaya mereka dapat mengekalkan keputusan cemerlang dalam PSPM II akan datang. Semoga program ini dapat membangkitkan semangat pelajar untuk terus berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam PSPM II akan datang.