- Details
-
Last Updated: 13 November 2021
-
Hits: 11814
Lawatan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
12 Nov 2021- Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) berbesar hati menerima lawatan YBrs. Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan).
YBrs. Dr telah diberi taklimat tentang operasi KMPh semasa, dan pematuhan terhadap SOP yang sedang berkuatkuasa.
YBrs. Dr juga sempat melihat kemudahan yang disediakan di kampus ini, dan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara hibrid yang diamalkan di kolej matrikulasi dan turut mengikuti salah satu sesi PdP hibrid dan mencuba sendiri kemudahan di mini studio digital yang disediakan. Peralatan di studio mini ini adalah sumbangan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO), di mana beliau turut menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah.
Terima kasih atas kesudian YBrs. Dr. hadir dan memberikan nasihat dalam menjalankan PdP secara hibrid di kolej.