- Details
-
Last Updated: 06 September 2021
-
Hits: 48234
PERANAN DAN FUNGSI
Bertanggungjawab kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang ke atas perkara-perkara berikut:
1- Menguruskan sistem di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh)
- Mengurus sistem-sistem pengurusan yang digunakan di Kolej iaitu:
- Sistem Maklumat Matrik (Matrix Information System / MIS)
- Sistem Nota Atas Talian Pelajar (SNAP)
- Sistem Pengurusan Buku Perpustakaan (KOHA)
- Sistem Tempahan Bilik (STB)
- Sistem Aduan ICT
- Sistem Aduan Infrastruktur & Elektrik
- eCerT.my
- eReport
- Sistem Kertas Cadangan (eKC)
- Sistem Pengurusan Dokumen (eDoT)
- eMasa
- Mengurus kebolehsediaan sistem-sistem yang digunakan dalam urusan pentadbiran dan kewangan.Mengendalikan urusan pengemaskinian / mempertingkatkan kemampuan sistem-sistem yang digunakan mengikut arahan dan keperluan teknologi semasa.
- HRMIS
- 1GFMAS
- E-Perolehan
- E-Terimaan
- Menguruskan pemasangan sistem-sistem baru. (sekiranya perlu)
2- Menyelenggara peralatan dan rangkaian ICT
- Mengurus aktiviti-aktiviti yang melibatkan harta modal dan inventori ICT iaitu:Mengurus dan menyelia operasi penyelenggaraan dan pemasangan peralatan ICT
- Perolehan baru
- Inventori ICT
- Penyelenggaraan
- Pelupusan
- Pinjaman
- Mengurus dan menyelia sistem rangkaian di Kolej.
- Mengurus dan mengendalikan aduan berkaitan ICT.
- Menyimpan/ mengemaskini / dokumentasi rekod sistem, peralatan dan rangkaian dibawah pentadbiran Unit ICT
- Mengurus dan menyelia Bilik Server yang menempatkan sistem, rangkaian, peralatan dan data utama Kolej.
3- Memastikan keselamatan sistem dan data
- Menyelia pengujian, pentadbiran dan pengendalian ‘backup/recovery’ untuk perisian dan data di kolej.
4- Memberi khidmat nasihat kepada Pengarah berkaitan dengan pembangunan sistem
- Mengkaji dan menyediakan keperluan bagi menaik taraf atau keperluan baru bagi kemudahan pengguna berkaitan ICT. Kertas kerja JPICT (Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian).
- Memperakui pembelian peralatan dan perisian bagi keperluan baru bagi kemudahan pengguna berkaitan ICT.
5- Mengurus dan menyelia perkhidmatan e-mel
- MyGovUC, DeLiMa, Microsoft 365
6- Mengurusetia mesyuarat-meyuarat yang melibatkan ICT di Kolej dan menjadi wakil Kolej ke mesyuarat-mesyuarat atau aktiviti luar Kolej yang berkaitan ICT
7- Menguruskan latihan dalaman dan khidmat nasihat berkaitan ICT