TAHNIAH !
KEPADA BAKAL PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI PAHANG SESI 2021/2022
Pihak KMPh mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan saudara dan saudari terpilih mengikuti pengajian Program Matrikulasi Sistem Dua Semester (SDS) dan Program Matrikulasi Empat semester (SES) Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2021/2022 dan akan menjadi sebahagian warga di Kolej Matrikulasi Pahang.
PENTING : Sila baca dengan teliti dan ambil tindakan berikut.
Pelajar-pelajar yang telah ditawarkan ke Kolej Matrikulasi Pahang dikehendaki join Telegram Rasmi KMPh SESI 2021/2022 (official) untuk mengikuti semua maklumat rasmi daripada pihak kolej.
TINDAKAN 1 : (Pelajar join Group Telegram Rasmi Kolej Matrikulasi Pahang)
Klik link : https://t.me/kmph_rasmi2021_2022 atau scan QR Code dibawah
TINDAKAN 2 : PROSES PENDAFTARAN/DOKUMEN
Lengkapkan semua dokumen pendaftaran pelajar mengikut Panduan Pendaftaran Pelajar Program Matrikulasi, KPM tahun 2021 yang telah dicetak selepas anda klik SETUJU TERIMA. *Klik Panduan Pendaftaran Kolej dan mengisi google form perakuan pelajar yang disediakan dalam telegram rasmi KPMh sahaja. Sila baca dengan teliti dan patuhi tatacara tindakan.
TINDAKAN 3 : PENDAFTARAN ONLINE
Pelajar Kolej Matrikulasi Pahang dikehendaki mendaftar secara atas talian. *Klik panduan pendaftaran pelajar online. Pendaftaran Pelajar Secara Atas Talian (online) akan dibuka bermula 12 Julai 2021 jam 12.01 tengahari Sehingga 26 Julai 2021 jam 11.59 malam sahaja (tertakluk kepada perubahan). Sila baca dengan teliti dan patuhi tatacara tindakan.
TINDAKAN 4 : MINGGU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU (MPPB)
Mengikuti Jadual Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (Orientasi Pelajar) Pada 26 HINGGA 27 JULAI 2021 dengan menonton video mengikut jadual MPPB (tarikh dan masa) yang disediakan dalam laman web kolej.Klik pada menu MPPB.
TINDAKAN 5: KELAS PDPR (28 JULAI 2021)
Pastikan pelajar menyemak jurusan dan kelas masing-masing mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan dalam Sistem eReport yang disediakan dalam laman web Kolej. *Klik Panduan Sistem eReport dan *klik Carta Alir PdPR. Baca dengan teliti dan patuhi tatacara tindakan.
1. Tawaran Sebut Harga Perkhidmatan Dobi ( 22/7/2024)
2. Tawaran Sebut Harga Sewaan Mini Market (25/7/2024)
3. Tawaran Sebut Harga Kafeteria (25/7/2024)