Pelajar Kolej Matrikulasi Pahang terkesan banjir menerima bantuan
Baru- baru ini melalui Unit Hal Ehwal Pelajar telah membuat bancian terhadap pelajar dimana rumah mereka terkesan oleh bencana banjir. 35 orang pelajar telah menyatakan rumah mereka terkesan oleh bencana banjir. Pihak HEP telah menerima sumbangan bantuan berbentuk barang makanan dan kewangan daripada YB. Dato' Abd Rahim bin Muda, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang merangkap Ahli Undangan Dewan Negeri (Adun Lepar).Turut serta memberi sumbangan ialah Badan NGO, Pn Atina Ahmad, Pengerusi Wanita Islam Cawangan Mahkota Putra , yang memberi sumbangan makan tengahari , Peralatan keperluan diri bagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan serta wang saku, kepada kumpulan pelajar KMPh yang terkesan oleh banjir. Terima kasih, kepada semua yang menyumbang.
#KolejMatrikulasiPahangPrihatin
#kitajagakitaAllahjagakita
#FastabiqulKhairat
#matrikulasidihati
#JomMasukMatrik
1. Tawaran Sebut Harga Perkhidmatan Dobi ( 22/7/2024)
2. Tawaran Sebut Harga Sewaan Mini Market (25/7/2024)
3. Tawaran Sebut Harga Kafeteria (25/7/2024)