Bicara Cendekiawan Mulia UMP
"Merdeka Dalam Perlembagaan Malaysia"
Dengan merakyatkan perlembagaan dapat memberi pemahaman kepada orang ramai dan masyarakat tentang apa yang terkandung dalam Perlembagaan. Contohnya isu berkaitan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, Islam dan bahasa Melayu. Masyarakat juga perlu didedahkan dengan segenap aspek Perlembagaan seperti perundangan, sejarah, budaya, agama, politik dan hubungan etnik.
Antaranya kerjasama etnik ketika menuntut kemerdekaan atau ketika menggubal Perlembagaan, rasionalnya sesuatu peruntukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan. Selain itu, semangat dan falsafah Perlembagaan bukan sahaja berbentuk perundangan semata-mata, ianya juga mempunyai unsur tradisi.
Profesor Dr Shamrahayu Abdul Azizi , Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu / Pakar Perlembagaan hadir dalam Program Bicara Cendekiawan Mulia UMP :”Merdeka Dalam Perlembagaan Malaysia" anjuran UMP.
Program dikendalikan Kapten Imaduddin bin Abidin , Pensyarah Pusat Sains Kemanusiaan yang bertindak sebagai moderator. Turut hadir Naib Canselor UMP, Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff.
Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang En Ahmad Tajuddin Bin Gezai, Ketua-Ketua Unit Akedemik dan Pensyarah PAM dan PIM.