Bengkel CHEMCoach Tahun 2021 Siri 1, 2 & 3

 

Bengkel CHEMCoach Tahun 2021 Siri 1, 2 & 3 merupakan satu program khas yang dianjurkan oleh Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Pahang. Bengkel ini bertujuan melengkapkan para peserta iaitu pensyarah Unit Kimia agar mempunyai kompetensi yang sewajarnya dalam penulisan kajian penyelidikan serta inovasi terutama dalam bidang pengajaran dan pembelajaran (PdP). Selain itu bengkel ini juga diadakan bagi memberi ruang dan peluang pensyarah kanan Unit Kimia yang terdiri daripada pensyarah gred 52 dan 54 untuk menjadi Coach kepada beberapa orang pensyarah pelbagai gred (Coachee) bagi membantu dan mengupaya penulisan kajian/projek inovasi bagi mewakili unit dalam Konvensyen KonPPI Tahun 2021 dan 2022.

/*
*/