PUSAT SUMBER Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) mula beroperasi pada tahun 2003. Bangunan Pusat Sumber ini meliputi 2 tingkat utama iaitu:

Aras Bawah - Bahagian Rak Terbuka

Bahan yang ditempatkan di aras ini merupakan bahan yang boleh dipinjam oleh pengguna dengan mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Ruang bacaan yang luas memberikan keselesaan yang penuh kepada pengguna tanpa mengabaikan penjarakan fizikal yang telah ditetapkan.


Aras 1 - Bahagian Rujukan (red spot)

Bahan yang ditempatkan di aras ini merupakan bahan rujukan yang hanya boleh diakses di aras yang sama sahaja. Terdapat kemudahan-kemudahan seperti Bilik STEM, Digital Classroom, dan Dewan Kuliah Pusat Sumber di aras ini


Secara keseluruhannya, Pusat Sumber turut berperanan sebagai sebuah unit yang berteraskan perkhidmatan bagi menyokong aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sebuah institusi akademik.

Pusat Sumber KMPh dalam pembangunan yang pesat bagi mewujudkan dan memenuhi persekitaran pembelajaran yang sesuai.

Penerima APC 2021

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/