Sistem Gred, Mata Nilaian & Purata Nilai Gred (PNG)
1. Keputusan akhir semua mata pelajaran pengkhususan dinyatakan dalam bentuk gred seperti yang
dinyatakan dalam jadual. Gred C merupakan gred lulus minimum manakala gred C- dan ke bawah adalah gagal.
Jadual Gred
GRED MATRIK | JULAT MARKAH MATRIK | MATA NILAIAN MATRIK | TARAF |
A | 80-100 | 4.00 | CEMERLANG |
A- | 75-79 | 3.67 | |
B+ | 70-74 | 3.33 | |
B | 65-69 | 3.00 | KEPUJIAN |
B- | 60-64 | 2.67 | |
C+ | 55-59 | 2.33 | LULUS |
C | 50-54 | 2.00 | |
C- | 45-49 | 1.67 | GAGAL |
D+ | 40-44 | 1.33 | |
D | 35-39 | 1.00 | |
F | 0-34 | 0.00 |
2. Gred keputusan mata pelajaran English, Pendidikan Islam, Moral, Kemahiran Dinamika dan Kokurikulum adalah berdasarkan jadual berikut:
GRED MATRIK | TARAF |
A | Cemerlang |
B, C, D | Kepujian |
E | Lulus |
F | Gagal |
3. PNGS dan PNGK dikira berdasarkan gred yang diperoleh daripada semua mata pelajaran teras. Gred yang diperoleh diberikan mata nilaian seperti yang dinyatakan dalam jadual dan PNGS dan PNGK dikira mengikut kaedah berikut:
Mata = Unit kredit mata pelajaran x mata nilaian
PNGS = _____________ Jumlah mata_______________
Jumlah unit kredit bagi semester yang berkenaan
PNGK = __Jumlah mata keseluruhan__
Jumlah unit kredit keseluruhan