- Details
-
Last Updated: 01 September 2021
-
Hits: 46134
PERANAN & FUNGSI
Unit Peperiksaan KMPh bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berdasarkan tanggungjawab tersebut, maka di antara fungsi dan peranan unit ini adalah:
A. Pengurusan Peperiksaan dan Ujian Program Matrikulasi
- Mengurus pendaftaran mata pelajaran pelajar bagi Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), Sistem Dua Semester (SDS) dan Sistem Empat Semester (SES).
- Merancang, mengurus dan menyelia penyediaan pusat peperiksaan PSPM SDS dan SES.
- Merancang, mengurus dan menyelia penyediaan dokumen dan bahan peperiksaan PSPM SDS dan SES.
- Merancang dan mengurus pelantikan petugas peperiksaan PSPM SDS dan SES.
- Menyelia pelaksanaan peperiksaan PSPM SDS dan SES.
B. Pengurusan Data Peperiksaan Program Matrikulasi
- Merancang, mengurus dan mengendalikan markah Penilaian Berterusan (PB).
- Mengurus pengumuman keputusan peperiksaan PSPM SDS dan SES.
- Menyediakan data analisis keputusan peperiksaan PSPM SDS dan SES.
C. Pengurusan Bilik Kebal/Bilik Keselamatan dan Stor Peperiksaan
- Mengurus, menyelia dan memantau bilik kebal/bilik keselamatan.
- Mengurus, menyelia dan memantau stor peperiksaan.
D. Pengurusan Peperiksaan/Ujian Luar
Merancang mengurus dan mengendalikan tugas berkaitan peperiksaan/ujian luar yang melibatkan pelajar Program Matrikulasi seperti Malaysia University English Test (MUET) & peperiksaan yang melibatkan pihak Universiti atau UPU.