Pinjaman buku hanya diberi kepada semua warga Kolej Matrikulasi Pahang sahaja.
Pengguna hendaklah menggunakan kad matrik sendiri semasa membuat peminjaman buku/bahan.
Pengguna hendaklah bertanggungjawab terhadap buku/bahan yang dipinjam.
Setiap buku/bahan yang hilang dan rosak hendaklah dimaklumkan kepada kakitangan Pusat Sumber.
Peminjam yang tidak menjelaskan denda tidak akan dibenarkan meminjam buku/bahan seterusnya.
Buku/bahan yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada atau sebelum tarikh/masa yang ditetapkan bagi megelakkan denda.
Sebarang pinjaman buku hendaklah direkodkan di kaunter pinjaman.
Tempoh pinjaman buku/bahan Pusat Sumber bagi setiap kategori telah ditetapkan dan peraturan ini mesti dipatuhi setiap masa :
- Pelajar    – 3 naskah buku selama 2 minggu - Pensyarah    – 5 naskah selama 4 bulan - Kakitangan Sokongan – 3 naskah selama 2 minggu
Pembaharuan pinjaman dibenarkan sekali sahaja selama 2 minggu untuk setiap judul buku yang dipinjam. Buku/bahan perlu dibawa ke kaunter pinjaman untuk dikemaskini.