AKTIVITI PELAJAR

KEMBALI MEMBAWA BAKTI 2.0
(KBM 2.0)

Unit Perakaunan Jabatan Sastera Ikhtisas telah mengadakan satu program kecemerlangan bagi pelajar perakaunan semester 2 sesi 2013/2014 iaitu “Kembali Membawa Bakti”.  Program ini adalah salah satu program untuk mengekalkan kesinambungan kecemerlangan akademik di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) yang terkenal dengan moto “Peneraju Kecemerlangan”.

KMPh terus mengorak langkah ke hadapan dengan mengatur perancangan dan melaksanakan program-program yang telah dikenalpasti bagi mengekal serta mempertingkatkan lagi prestasi pencapaian akademik pelajar.

 

 

Program ini  adalah bertujuan untuk meningkatkan bilangan pelajar Perakaunan yang bakal mendapat 4.00 dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi II sesi 2013/2014. Selain itu, Objektif program ini juga adalah perkongsian maklumat terkini dan  bidang-bidang yang berada di universiti-universiti khususnya peluang dalam bidang Perakaunan. 

Program ini juga dapat memberikan motivasi bagi merangsang minat belajar pelajar sebelum menempuh alam universiti di samping penerapan nilai-nilai murni yang perlu dimiliki sebagai pelajar yang cemerlang.

 

Program ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 18 dan 19 Januari 2014 di Kolej Matrikulasi Pahang. Program ini telah melibatkan semua pelajar Jurusan Perakaunan iaitu seramai 563 orang. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah Soal selidik & Potensi Diri, Eksplorasi Nilai, Taklimat Program Fasilitator dan Train Of Trainer.

Program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada peserta program. Peserta program boleh menimba pelbagai ilmu pengetahuan bersama fasilitator sepanjang program. Diharapkan program ini dapat memberikan info yang sangat berguna kepada pelajar.

 

 

 

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/