PENDAHULUAN

Subjek Kemahiran Dinamika terdiri daripada 3 komponen iaitu:

1. Pengurusan Kendiri

2. Kemahiran Interpersonal dan Kemahiran Berpasukan

3. Negara dan Kewarganegaraan

Subjek ini digubal dengan tujuan untuk membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,emosil,rohani dan intelektual selaras

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

MATLAMAT

Matlamat subjek Kemahiran Dinamika adalah untuk memantapkan pembinaan sahsiah pelajar dari sudut afektif,kognitif dan kemahiran generik

sebagai persediaan melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.Sukatan ini juga bertujuan untuk melahirkan warganegara yang

berketerampilan,mempunyai semangat patriotisme,berfikiran positif dan mendukung wawasan pembangunan negara.

 

OBJEKTIF

Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar :

a. mengukuhkan kemahiran berfikir secara  positif dalam penyelesaian masalah

b. meningkatkan pengetahuan tentang asas-asas kenegaraan Malaysia

c. menguasai kemahiran berkomunikasi dan bekerja secara berkumpulan

d. mengembangkan kemahiran insaniah (generik)

e. menganalisis dan merumuskan isu-isu tentang negara dan kewarganegaraan

f. menghayati kepentingan kepimpinan sebagai daya pembangunan dalam masyarakat

g. memperteguh rasa tanggungjawab sebagai warganegara yang bersedia menyumbang tenaga kepada pembangunan negara

 

PENILAIAN BERTERUSAN (PB)


Penilaian di jalankan secara berterusan meliputi semua aspek iaitu :

a. KUIZ (30%)         - ujian aneka pilihan

b. TUGASAN (30%) - pengurusan dan pengendalian majlis

c. PENAMPILAN DIRI (20%)

d. KOMITMEN (20%)

 

 

/*
*/