Program Commaths Fest 2023 anjuran Jabatan Matematik telah dilaksanakan dengan jayanya pada 23 September 2023. Program ini melibatkan 800 orang pelajar dan bertempat di bilik tutoran, dewan kuliah, makmal komputer dan Dewan Mat Kilau .
Program ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam mengintegrasikan Matematik dan Sains Komputer dalam proses penyelesaian masalah secara berkesan. Ia telah membuka peluang kepada pelajar untuk meneroka ilmu Matematik dan Sains Komputer di luar bilik darjah melalui pertandingan dan permainan. Antara aktiviti-aktiviti menarik tersebut adalah Running Math, Rubic King, Senpai Sudoku, 60s Video Challenge, e-Poster, Compute Conquest, Egg Parachute, Master Maths 2023 dan e-Football Tournament. Bagi memeriahkan lagi program, aktiviti teka berat kacang untuk pensyarah serta aktiviti mewarna bagi anak-anak pensyarah juga turut diadakan.
Program ini juga telah mendapat impak yang positif dengan adanya integrasi antara Matematik dan Sains Komputer dalam kehidupan seharian kerana telah membantu pelajar bagi mengurangkan keresahan berkenaan kursus Matematik dan Sains Komputer melalui aktiviti-aktiviti santai di luar bilik darjah dan secara tidak langsung dapat menarik dan memupuk minat pelajar terhadap kursus-kursus ini di samping melatih pelajar meletakkan Matematik dan Sains Komputer sebahagian daripada proses fikir dalam aktiviti yang dilaksanakan.
1. Sebutharga Penyelenggaraan (31/05/2023)