Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015
Kolej Matrikulasi Pahang telah berjaya mengadakan Audit dalaman bagi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2015. Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman telah dilakukan pada 23 Okt 2020 Proses audit berlangsung dr 23 okt - 6 nov 2020. Audit dalaman dilakukan bagi memenuhi keperluan MS ISO 9001-2015 sblm audit sebenar yang akan dilakukan pihak SIRIM. Setelah hampir dua minggu menjalankan audit tiada ketidakakuran (NCR) ditemui bagi semua proses yg diaudit. Mesyuarat Penutupan Audit Dalam pula telah dilakukan pada 6 Nov 2020. Kesemua warga kolej memberikan komitmen yg amat baik dlm menjayakan aktiviti ini. Proses audit telah dilakukan oleh 27 org juruaudit yang berpengalaman.
PERASMIAN PELAN STRATEGIK KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
(2018 – 2022)
Majlis Perasmian Pelan Strategik Kolej Matrikulasi Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia (2018 – 2022) telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Tajuddin Bin Gezai, Pengarah Kolej Matrikualsi Pahang pada 23 Oktober 2020 di Dewan Mat Kilau, Kolej Matrikulasi Pahang.
Pelan Strategik Kolej Matrikulasi Pahang telah menetapkan sebanyak empat (4) Perspektif, empat (4) Key Result Area (KRA), 16 Objektif dan 31 Key Performance Indicator (KPI) seperti berikut:
Perspektif 1 : Pihak Berkepentingan Dan Pelanggan
KRA 1 : Pemerkasaan kualiti perkhidmatan bagi menjamin
kepuasan pelanggan dan pihak berkepentingan.
yang cekap
Perspektif 2 : Kehendak Dalaman
KRA 2 : Peningkatan pengurusan perkhidmatan pra
universiti yang berkualiti.
Perspektif 3 : Kehendak Pengajaran Dan Inovasi
KRA 3 : Pemerkasaan keupayaan pembangunan modal
insan berkualiti melalui pengurusan tadbir urus
yang cekap, prasarana dan persekitaran ilmu
yang baik.
Perspektif 4 : Kewangan
KRA 4 : Pemantapan tadbir urus kewangan yang cekap,
berhemat dan memberi pulangan nilai.
pelanstrategik2
st5.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/pelan_strategik/st5.jpg
st1.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/pelan_strategik/st1.jpg
st4.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/pelan_strategik/st4.jpg
st3.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/pelan_strategik/st3.jpg
st2.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/pelan_strategik/st2.jpg
Kunjungan Hormat ke atas YAB Menteri Besar Pahang
Dato Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail
Pada 12 Oktober 2020 yang lepas pengurusan tertinggi Kolej Matrikulasi Pahang telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Mentei Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail, En Ahmad Tajuddin Bin Gezai Pengarah diiringi oleh, En Mohd Azeli bin Abdul Latif, Ketua Jabatan Pengurusan Palajar. En Muhamad Izham bin Zakaria, Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas. En Nasrul Isyam bin Abdul Hamid, Ketua Unit Pengajian Am Matrikulasi .
YAB Menteri Besar Pahang juga mengalukan kunjungan hormat Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang ke atas beliau antara tulisan YAB Menteri Besar dalam facebook dan instagram beliau, “Selamat bertugas saya ucapkan kepada Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang yang baharu, Encik Ahmad Tajuddin bin Gezai. Terima kasih juga atas kunjung hormat di pejabat saya pada petang ini. Semoga Kolej Matrikulasi Pahang terus maju jaya dan menjadi sebuah institusi pendidikan yang melahirkan para siswa siswazah yang bukan sahaja cemerlang akedemiknya, malahan budi pekertinya.”
Hasil daripada kunjungan hormat tersebut YAB Menteri Besar Pahang sangat cakna dan prihatin terhadap beberapa permasalahan pelajar di Kolej Matrikulasi Pahang terutama berkaitan kebajikan pelajar yang kurang berkemampuan.
lawatanMB
mb3.jpg
mb4.jpg
mb1.jpg
mb7.jpg
mb8.jpg
mb5.jpg
Program Borak Santai Orang Muda
Baru-baru ini Sekreteriat Rukun Negara KMPh, telah mengadakan Program Semarak Kemerdekaan Peringkat Kolej Matrikulasi Pahang. Antara Program yang dijalankan ialah “Jom Borak Santai Orang Muda Kemerdekaan Apakah Pengisiannya?” yang disampaikan oleh Ustaz Hamizi Bin Yaakub, Ketua Pegawai Khas Pejabat YAB Menteri Besar Pahang.
Antara objektif Program Semarak Kemerdekaan adalah:
2.1 Meningkatkan semangat patriotisme dan memupuk perpaduan dalam kalangan ahli Sekretariat Rukun Negara,
2.2 Memberi kesedaran kepada ahli Sekretariat Rukun Negara mengenai kehidupan masyarakat pelbagai kaum,
2.3 Melahirkan kesedaran kepada ahli Sekretariat Rukun Negara mengenai kehidupan masyarakat pelbagai kaum,
2.4 Melahirkan ahli SRN yang prihatin, penyayang dan bersikap terbuka kepada masyarakat pelbagai kaum yang memerlukan bantuan dan sokongan,
2.5 Mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum sejajar dengan kehendak konsep Rukun Negara.
Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar. Program juga diadakan mengikut SOP yang telah di tetapkan.
Wacana Rukun Negara dan Patriotisme Bersama Pemimpin Muda Negeri Pahang
KUANTAN, 07 SEPTEMBER 2020, Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail merasmikan Wacana Rukun Negara dan Patriotisme Bersama Pemimpin Muda Negeri Pahang Sempena Hari Kebangsaan Ke-63 di Yayasan Pahang disini hari ini. Ybrs Tn Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang En Ahmad Tajuddin Bin Gezai turut menyertai wacana tersebut. Golongan muda disaran supaya menghayati rukun negara dalam usaha melahirkan masyarakat yang harmoni dalam berbilang kaum di negara ini.
Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, golongan muda bukan sahaja perlu patuh kepada rukun negara malah mereka perlu mendalami dan memahami kelima-lima rukun tersebut sebelum menggunapakai di dalam kehidupan seharian.
“Bagi melahirkan rakyat yang cintakan negara, kita semua sebagai rakyat Malaysia haruslah berpegang kepada satu prinsip iaitu prinsip rukun negara sebagai panduan dalam memupuk semangat perpaduan di dalam negara berbilang kaum seperti di Malaysia,” katanya.
Antara tetamu dan peserta yang hadir ke Wacana Rukun Negara dan Patriotisme Bersama Pemimpin Muda Negeri Pahang.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Wacana Rukun Negara dan Patriotisme Bersama Pemimpin Muda Negeri Pahang Sempena Hari Kebangsaan Ke-63 di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang di sini, hari ini.
Program tersebut turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman, Naib Canselor Universiti Kolej Yayasan Pahang (UCYP), Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Zainuddin dan Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman.
#SayangiKolejMatrikulasi
#JomMasukMatrik
Covid-19: Impact To The Logistics Industry And Road To Recovery After Post-MCO
Pelajar universiti perlu mengambil peluang menceburi bidang logistik dan penggunaan platform digital bagi memperkasa industri logistik di negara ini seiring dengan hasrat negara Malaysia yang bakal menjadi hab logistik utama di wilayah Asia Tenggara.
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan PKT Logistic Group Sdn. Bhd., Dato’ Michael Tio berkata, pihaknya melihat keperluan tenaga kerja dalam bidang logistik akan bertambah dan memerlukan kerjasama dari institusi pendidikan bagi menyediakan individu berkemahiran tinggi untuk bekerja dalam sektor ini.
“Paling penting sikap (attitude), cekap bertindak dan budaya kerja bersungguh-sungguh (hard working culture) untuk bersaing dalam dunia yang lebih kompetitif.
“Gunakan masa sebaiknya untuk menimba ilmu pengetahuan dan ambil peluang bekerja untuk mendapatkan pengalaman. Pastinya kita boleh berjaya,” katanya dalam Program Siri Syarahan Profesional anjuran Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (ICoN) dengan kerjasama PKT Logistic Group Sdn. Bhd. di Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang (UM), Kampus Gambang.
Program bertajuk ‘Covid-19: Impact to the Logistic Industry and Road to Recovery After Post- MCO’ itu dikendalikan Profesor Madya Dr,. Yudi Fernando dari Fakulti Pengurusan Industri sebagai moderator.
Menurut Dato’ Michael, berdepan dengan situasi pandemik Covid-19 ini juga memberi kesan kepada rangkaian bekalan dan logistik yang menjadi pihak ketiga kepada penjual dan pembeli.
“Secara tidak langsung, ia memberi isyarat penting kepada peranan rangkaian bekalan dan logistik.
“Sebagai petugas barisan hadapan ketika berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini, pihaknya juga telah mewujudkan kepelbagaian dan fleksibiliti terhadap rantaian bekalan untuk terus beroperasi,” katanya.
Jelas beliau lagi, peluang ini juga menjadikan mereka lebih berinovasi dalam memberikan kemudahan dan memperkenalkan teknologi baharu dalam operasi syarikat.
“Selain itu juga, kami turut menjalankan Tanggungjawab Sosial korporat (CSR) seperti tatkala musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kami mengagihkan ‘Lemang Kiah’ kepada para pekerjanya selain dapat membantu peniaga kecil-kecilan.
“Malah, sebagai tanda keprihatinan terhadap staf dan masyarakat setempat, kami juga melaksanakan program lestari seperti program ‘Anak Belajar Ibu Bekerja’ dan ‘Jom Bekerja Sambil Belajar’,” ujarnya.
Pada masa yang sama turut berlangsung majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMP dan PKT Logistic Group Sdn. Bhd. yang memberi peluang kedua-dua pihak merangka pembangunan akademik, penyelidikan, latihan industri, program keusahawanan dan penajaan.
Majlis menyaksikan UMP diwakili Naib Canselornya, Profesor Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ts. Dr. Mohd Rosli Hainin.
Manakala pihak PKT Logistic Group Sdn. Bhd. diwakili Pengarah Urusannya, Dato’ Michael Tio dan Ketua Pegawai Teknikal, Balakrishnan Muthukaruppan.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Dato’ Sri Norolazali Sulaiman dan Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat Kementerian Pengajian Tinggi, Mohd Sharil Abdullah yang juga merupakan ahli Lembaga Pengarah UMP turut menyertai program En Ahmad Tajuddin Bin Gezai, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang.
#SayangiProgramMatrikulasi
#JomMasukMatrik