20 September 2019, Jumaat-Kolej Matrikulasi Pahang telah menerima lawatan seramai 25 orang yang terdiri daripada Jawatankuasa Sistem Pengurusan Kualiti (JK SPK MS 9001: 2015) dari Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt). Hadir bersama Wakil Pengurusan Tertinggi JK SPK KMKt iaitu Tuan Timbalan Pengarah En. Khairudin bin Nozari.
KMPh dijadikan sebagai penanda aras bagi perkongsian serta perbincangan SPK MS ISO 9001:2015. Lawatan bertujuan dapat menjalinkan kerjasama dalam membantu memantapkan kefahaman dan keupayaan JK dalam MS ISO 9001:2015. Fasilitator daripada KMPh yang terdiri daripada Pengurus Kualiti, Setiausaha Kualiti, Pengurus Kualiti, Ketua Dokumentasi, Ketua Juru Audit, KK Perkhidmatan Pengurusan Pencapaian Akademik, KK Perkhidmatan Penilaian Peperiksaan dan KK Perkhidmatan Pengurusan Latihan Pembagunan Staf yang terlibat dalam perbincangan serta semakan pada dokumen SPK KMKt agar lebih mantap. Hadir bersama dalam aktiviti perkongsian adalah Pengurusan Tertinggi KMPh iaitu Tn Hj. Abd Rashid bin Mohd Ali dan En. Hasanuddin bin Yahaya serta PPU Pengurusan Akademik, En. Hamizi bin Taib. JK SPK KMPh juga merakamkan ribuan terima kasih kepada JK atau semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti perkongsian in.
MUET SEMINAR 2019
MUET Seminar 2019 was organised by the English Unit on 21 September 2019. The seminar aimed at helping PST students to be more prepared for the coming MUET Listening (800/1), Reading (800/3) and Writing (800/4) exam papers in November 2019. Madam Shafinas binti Sharifuddin, a MUET master trainer, was invited to conduct the seminar. The students learned valuable strategies and were often in stitches with her humour. Madam Hawa binti A. Hamid & Mr Mohd Sukri bin Salleh coordinated the seminar.
Â
ENGLISH REPORT WRITING WORKSHOP 2019
On the 6th of September 2019, Madam Rosaliza binti Muhammad shared her expertise on assessing MUET Reports in a workshop for all English Unit lecturers. Being an experienced MUET examiner, Madam Rosaliza's insightful advice was certainly of great help to the lecturers.
Seminar Pemuafakatan Pensyarah Kanan 2019
JK Kumpulan Pemuafakatan DG52/54 KMPh telah mengadakan seminar seperti butiran di bawah
Tajuk : Seminar Pemuafakatan Pensyarah Kanan 2019
Tarikh : 23 Ogos 2019 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Kuliah Pusat Sumber (DKPS)
Bengkel ini melibatkan bilangan peserta seramai 74 orang. Penceramah terdiri daripada En Abd Rashid bin Mohd Ali (Pengarah Kolej), Pn Norsaadah binti Ab Hamid (SME Matematik), Pn Nor Ezah binti Jamaluddin (SME Fizik) dan Ms Cheong Lai Wah (Pensyarah Kanan).
Objektif Seminar ini dilaksanakan adalah untuk
Bengkel ini dilaksanakan dengan jayanya hasil dari pemuafakatan yang utuh dari semua ahli jawatankuasa dan penceramah.
Semoga dengan pelaksanaan bengkel ini semua peserta dapat meninggkatkan mutu dan kualiti kerja ke tahap yang lebih cemerlang.
AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) MS ISO 9001:2015 KMPh
Â
audit dalaman
audit6.jpg
audit4.jpg
audit3.jpg
audit1.jpg
audit2.jpg
PICAudit.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Audit/PICAudit.jpeg
PICAuditI.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Audit/PICAuditI.jpeg
KMPh telah melaksanakan Audit Dalaman selaras keperluan klausa 9.2 pada 12-26 Julai 2019 bagi memantau pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) adalah memenuhi keperluan standard ISO 9001:2015 terutama bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan serta pihak berkepentingan. Audit juga merangkumi isu-isu dalaman dan luaran yang berkaitan dengan konteks organisasi serta pelan strategik KMPh sebagai sebuah institusi pendidikan pra universiti di Malaysia menjelang tahun 2020.
           Seramai 31 orang juruaudit dalaman KMPh dilantik yang diketuai oleh Ketua Juru Audit iaitu En. Nizam Haidzat bin Ebna Kasim bertindak melaksanakan audit merangkumi aktiviti Pengurusan, PdP dan Sokongan. Secara keseluruhannya dari penemuan audit membuktikan KMPh telah melalui proses menilai pencapaian prestasi terhadap objektif kualiti seterusnya dasar kualiti organisasi dengan baik dan konsisten. Pencapaian objektif kualiti yang cemerlang ini adalah atas kesungguhan dan komitmen bersepadu semua peringkat iaitu fokus pihak pengurusan KMPh, dedikasi tenaga pengajar dan kakitangan yang komited. Dan diharapkan perkara-perkara yang disarankan oleh Audit Dalaman sebagai teguran dalam pelaksanaan SPK dapat dihayati dan membantu kerja semua warga KMPh.
Â
 Bengkel Keselamatan Makmal Jabatan Sains 2019
Jabatan Sains KMPh telah mengadakan Bengkel Keselamatan Makmal Jabatan Sains 2019 pada 9 Mei 2019 di Dewan Kuliah Besar 2, Kolej Matrikulasi Pahang. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Suraini Mat Yasin dari Jabatan Kimia Malaysia, Negeri Pahang.Â
Peserta yang terlibat adalah semua pensyarah Jabatan Sains dan pembantu makmal. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang risiko kemalangan di dalam makmal dan cara menguruskan risiko kemalangan. Selain dari itu, bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan pengurusan peralatan dan bahan berbahaya dilaksanakan mengikut kaedah yang betul.
Diharapkan dengan adanya bengkel seperti ini pensyarah dan pembantu makmal dapat meningkatkan pengetahuan dalam usaha menjamin keselamatan diri dalam menjalankan tugas.
Bengkel Keselamatan Makmal Jabtan Sains 2019
a.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/bengkel_keselamatan2/a.jpeg
b.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/bengkel_keselamatan2/b.jpeg
c.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/bengkel_keselamatan2/c.jpeg
d.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/bengkel_keselamatan2/d.jpeg
e.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/bengkel_keselamatan2/e.jpeg
f.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/bengkel_keselamatan2/f.jpeg
g.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/bengkel_keselamatan2/g.jpeg