LAWATAN PENANDA ARAS AKADEMIK KE KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG
Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) telah melaksanakan Lawatan Penanda Aras ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) pada 26 Mei hingga 28 Mei 2022 (Khamis hingga Sabtu). Bilangan peserta yang terlibat ialah seramai 12 orang iaitu terdiri daripada Timbalan Pengarah KMPh, Ketua Jabatan Sains, Ketua Jabatan Matematik, Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial, Ketua-ketua unit subjek teras Program Matrikulasi dan Penyelaras JK Kecemerlangan Akademik KMPh.
Tujuan lawatan ini diadakan bertujuan untuk mengadakan sesi perbincangan dari segi akademik, pengurusan dan infrastruktur yang sedia ada sebagai penanda aras dalam membuat penambaikan yang diperlukan oleh Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh). Diharapkan , perkongsian idea dan kepakaran daripada pensyarah senior KMPP ini dapat memacu Kecemerlangan KMPh pada masa akan datang. Diharapkan objektif lawatan ini iaitu berkongsi idea dan kepakaran dengan pensyarah KMPP serta meningkatkan pengetahuan dan pengalaman pensyarah dan barisan pengurusan dapat dicapai dan dilaksanakan demi kecemerlangan bersama.
LawatanKMPP
mainpic.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/LawatanKMPP/mainpic.jpeg
P10.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/LawatanKMPP/P10.jpeg
P1.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/LawatanKMPP/P1.jpeg
P2.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/LawatanKMPP/P2.jpeg
P3.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/LawatanKMPP/P3.jpeg
P4.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/LawatanKMPP/P4.jpeg
P5.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/LawatanKMPP/P5.jpeg
P6.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/LawatanKMPP/P6.jpeg
P7.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/LawatanKMPP/P7.jpeg
P8.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/LawatanKMPP/P8.jpeg
P9.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/LawatanKMPP/P9.jpeg
P12.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/LawatanKMPP/P12.jpeg
P13.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/LawatanKMPP/P13.jpeg
P14.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/LawatanKMPP/P14.jpeg
P15.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/LawatanKMPP/P15.jpeg
P19.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/LawatanKMPP/P19.jpeg
P18.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/LawatanKMPP/P18.jpeg
P17.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/LawatanKMPP/P17.jpeg
P16.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/LawatanKMPP/P16.jpeg
P11.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/LawatanKMPP/P11.jpeg
BENGKEL PEMBENTANGAN KERTAS CADANGAN KMPh TAHUN 2022
Bengkel pembentangan kertas cadangan KMPh tahun 2022 telah berlangsung pada 13 Mei 2022 pada pukul 2.30 petang melalui dua saluran YOUTUBE LIVE. Bengkel pembentangan kertas cadangan ini bertujuan mempertingkatkan kualiti penghasilan kertas pelaporan R&D serta meningkatkan kemahiran serta pengetahuan para pensyarah dalam pelaksanaan kajian penyelidikan. Di samping itu, bengkel ini juga bole memupuk budaya ilmu melalui perkongsian pengalaman serta amalan penyelidikan dalam kalangan pensyarah pelbagai unit. Selain itu, bengkel ini menjadi nilai tambah bagi para penyelidik untuk menilai kembali kertas cadangan penyelidikan yang dihasilkan agar ia berada pada landasan yang betul. Sebanyak 24 kertas kajian dibentangkan dalam bengkel ini yang melibatkan penyertaan daripada 84 orang pensyarah dari pelbagai unit. Pembentangan ini telah dinilai oleh 6 orang panel penilai yang sangat berpengalaman dalam bidang masing-masing.
Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Ko-Akademik telah berlangsung pada 13 Mei 2022 bertempat di Dewan Mat Kilau, Kolej Matrikulasi Pahang adalah anjuran Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik. Majlis ini diadakan untuk menaikkan semangat pelajar cemerlang untuk menghadapi Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Semester 2 dan meraikan kejayaan pelajar-pelajar yang mendapat PNGK 4.00 dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Semester 1. Majlis ini juga turut memberi penghargaan kepada pelajar yang meraih kejayaan dalam pertandingan melibatkan aktiviti ko-akademik.
Majlis dimulakan pada pukul 2.15 petang dengan sesi motivasi yang telah disampaikan oleh 2 orang Kaunselor KMPh iaitu Puan Nurhusna binti Bahrin dan Puan Kamarozita binti Kamarudin. Pelbagai tips belajar dan teknik menjawab peperiksaan telah dikongsikan dalam sesi ini dan pelajar kelihatan begitu bersemangat dalam memberikan reaksi semasa sesi motivasi ini.
Pengarah KMPh, Puan Latiza A. Latif telah menyertai majlis pada pukul 3.10 petang bersama Timbalan Pengarah dan Ketua-ketua Jabatan. Beliau memberikan ucapan alu-aluan dengan mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah dan mengharapkan agar pelajar terus berusaha untuk mencapai kejayaan dalam PSPM Semester 2 nanti.
Penyampaian anugerah dimulakan pada pukul 3.30 petang. Seramai 433 orang pelajar dengan PNGK 4.00 dalam PSPM Semester 1 yang mendapat anugerah kecemerlangan akademik yang terdiri daripada 240 orang pelajar Jurusan Sains Hayat, 57 orang pelajar Jurusan Sains Fizikal, 11 orang pelajar Jurusan Sains Komputer dan 125 orang pelajar Jurusan Perakaunan. 94 orang pelajar pula menerima anugerah ko-akademik berdasarkan kejayaan dalam pelbagai pertandingan anjuran pihak luar seperti Clash of Mathematicians, Karnival Matematik dan Sains Komputer, Pembangunan Aplikasi dan Permainan Internet of Things (IoT) Robomatics Soccerbot, Pertandingan Cyberhunt (Perakaunan) MECar 2023, Pertandingan Action MECar 2022, Matriculation Entrepreneurship Carnival 2022 (MECar 2022), MASTECC Matriculation STEM Comic Challenge 2021, Stematric Innovative Challenge:Home-Based Experiment (STEMEXP 2022), MASCAR 2021 dan EDGII 2021.
Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu rasmi KMPh, Peneraju Kecemerlangan serta lagu Sekolahku Sejahtera dan sesi bergambar beramai-ramai bersama Pengurusan Kolej dan penerima anugerah. Semoga majlis ini dapat menyuntik semangat pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih supaya dapat mencapai kejayaan dalam PSPM Semester 2 nanti.
SEMBANG SANTAI PENGURUSAN KMPh BERSAMA PELAJAR PNGK 4.00 (PSPM 1)
JK Kecemerlangan Akademik Kolej Matrikulasi Pahang telah mengadakan Program Sembang Santai Pengurusan KMPh Bersama Pelajar PNGK 4.00 (PSPM 1) pada 8 April 2022. Seramai 411 daripada 434 orang pelajar yang mendapat PNGK 4.00 dalam PSPM I telah menyertai program ini yang dilaksanakan secara dalam talian iaitu menggunakan medium Google Meet. Turut bersama menyertai program ini adalah barisan ketua-ketua jabatan dan juga pensyarah daripada ahli JK Kecemerlangan Akademik Kolej Matrikulasi Pahang. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar bagi menghadapi PSPM II akan datang. Program ini dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin oleh En Mohammad Syahrul. Puan Latiza bt A. Latif selaku Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada anak-anak pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan PNGK 4.00 dalam PSPM I yang lalu. Puan Pengarah juga turut mengingatkan pelajar akan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar supaya mereka tidak lalai. Puan Pengarah turut memberi kata-kata nasihat dan semangat buat para pelajar supaya mereka dapat mengekalkan keputusan cemerlang dalam PSPM II akan datang. Semoga program ini dapat membangkitkan semangat pelajar untuk terus berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam PSPM II akan datang.
Ceramah Berintegriti Modal Insan Berkualiti 2022
Jawatankuasa Pemikir Strategik KMPh telah menganjurkan satu ceramah 'Berintegriti Modal Insan Berkualiti' pada 18 Mac 2022 (Jumaat) melalui platform Google Meet. program ini bermula pada pukul 2.30 dan berakhir pada pukul 4.45 petang petang. Ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Maizatul Idzwie binti Mat Ali iaitu salah seorang Penguasa SPRM Cawangan Pendidikan Masyarakat. Semua warga kolej dijemput untuk meyertainya dan peserta digalakkan menggunakan akaun KMPh. Sebelum ceramah dimulakan, Moderator Program iaitu Cik Wahidah binti Zakaria meminta Tuan Yusnizi bin Tuan Sukri untuk mengetuai bacaan doa bagi memohon keberkatan majlis. Sesi ceramah ini berjalan dengan lancar dan diselang selikan dengan sesi soal jawab. Diharapkan ceramah ini memberikan input dan manfaar kepada semua peserta.