Bengkel Juru Audit Dalaman dan Pemurnian Dokumen Manual Sistem Pengurusan Kualiti (MSPK)
Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) telah mengadakan Bengkel Juru Audit Dalaman dan Pemurnian Dokumen Manual Sistem Pengurusan Kualiti (MSPK) pada 25 dan 26 Februari 2022. Bengkel yang dihadiri oleh 70 orang peserta iaitu 38 orang auditor lama termasuk 20 orang auditor yang baru dilantik. Turut bersama menyertai bengkel ini adalah barisan ketua-ketua jabatan, ketua-ketua koordinator dan pihak yang terlibat secara langsung dengan proses pengauditan Standard MS ISO 9001:2015 iaitu antaranya Pegawai Eksekutif Kanan, Ketua Pustakawan, Ketua Pembantu Tadbir dan wakil daripada Jawatankuasa Pelan Strategik. Objektif penganjuran adalah untuk memantapkan kemahiran proses pengauditan MS ISO 9001:2015 dalam kalangan Juru Audit Dalaman KMPh dan juga untuk menambahbaik dokumen MSPK KMPh. Dalam usaha mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) bagi mengawal penularan wabak COVID-19, bengkel ini telah diadakan dengan jayanya secara hibrid buat julung kali. Pihak Kolej dengan berbesar hati menerima kehadiran Ybrs Dr Hj Shahanif bin Hj Hassan yang merupakan Senior Auditor SIRIM dari Kolej Matrikulasi Pulau Pinang sebagai penceramah bagi mengemudi pengisian ilmu sepanjang dua hari program ini diadakan. Pihak penganjur, Jawatankuasa Audit Dalaman kolej juga dengan tangan yang terbuka luas menerima serta mengucapkan tahniah kepada semua peserta terutamanya auditor baharu atas kesudian menyertai pasukan ini dan lulus dalam ujian yang diadakan pada akhir kursus. Dengan berakhirnya bengkel ini, diharapkan ilmu yang dipelajari akan menjadi panduan kepada semua juruaudit termasuk JK Induk SPK dalam menjalankan proses audit dalaman bagi membantu pemantauan pematuhan piawaian MS ISO 9001: 2015 dalam kalangan warga KMPh dan dijadikan penanda aras bagi kolej Matrikulasi yang lain.
Bengkel Kajian & Pembangunan Item Soalan
Bengkel Kajian & Pembangunan item soalan yang dianjurkan oleh JK Pemikir Strategik KMPh telah berlangsung pada Jumaat (11/2/22) dan Sabtu (12/2/22).
Banyak perkongsian yang bermanfaat telah disampaikan oleh Dr. Asmawati Mohamad Ali iaitu salah seorang pensyarah Pengajian AM di KMPh.
Bengkel ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan majlis penutupan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah KMPh iaitu En. Azeli bin Abdul Latif.
KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA KMPh 2022
>>Rangkuman aktitivti hari pertama
>>Rangkuman aktiviti hari kedua
>>Rangkuman aktiviti hari ketiga
>>Rangkuman aktiviti hari keempat
Program Sumbangan Buah Limau Mandarin Sempena Tahun Baru Cina 2022 Bersama NGO Pahang
Anjuran Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar (JPP) KMPh kerjasama Unit PAM KMPh
Sempena Tahun Baru Cina, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP) dengan kerjasama Unit PAM KMPH berjaya sekali lagi menganjurkan program sumbangan Buah Limau Mandarin kepada pelajar Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh). Program pada tahun ini dijayakan dengan sumbangan dari NGO Pahang iaitu Persatuan Belia XIan Liang Pahang dan Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang. Sumbangan dari Persatuan Belia Xian Liang telah disampaikan oleh En. Ray Chay Tong Seng manakala Tee Choon Ser yang merupakan Ahli Majlis Bandaraya Kuantan mewakili Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang kepada Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang, Puan Latiza bt A Latif.
Pasca Banjir 21 Disember 2021
Bagi meringankan beban yang ditanggung Pensyarah Matrikulasi yang rumahnya dilanda banjir , Team cuci-cuci JSI Cakna KMPH mengambil inisiatif untuk turun membantu membersihkan rumah Puan Wahida, Pensyarah Unit Bahasa Inggeris pada hari ini.
Setinggi penghargaan kepada Ustazah Rohimah,En.Izham, En.Nasrul, Pn. Azlin dan suami, Pn. Zuraishah, Pn. Amie dan Pn. Aminah yang turun membantu.
Lawatan pensyarah Unit Kimia, KMPh ke Tapak Pelupusan Sanitari Belenggu, Temerloh, Pahang.
Pada 25 November 2011, seramai 20 orang pensyarah Unit Kimia melalui Program Exposure To 3R bersama SWCorp telah melakukan lawatan tapak ke Tapak Pelupusan Sanitari Belenggu, Temerloh, Pahang.
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan awam (SWCorp) ditubuhkan sebagai pelengkap bagi menjayakan Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Secara amnya, dasar ini bertujuan untuk mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal yang menyeluruh, bersepadu, kos efektif dan lestari yang dikehendaki oleh masyarakat yang mementingkan pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan awam.
SWCorp ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Perbersihan Awam (Akta 673). Peranan SWCorp adalah untuk memastikan perkidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih efisien dan bersepadu di samping memberikan kepuasan yang lebih baik kepada pengguna dari segi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Pensyarah unit Kimia telah diberikan taklimat awal tentang pengoperasian Tapak Pelupusan Sanitari Belenggu. Lawatan ke kawasan pengoperasian seluas 40 hektar ini mengambil masa selama 2 jam. Pensyarah diberikan penerangan tentang proses yang berlaku disetiap kawasan termasuk proses secara biologi dan rawatan kimia.
Lawatan ini telah memberikan kesedaran tentang kepentingan pengasingan sisa domestik yang sebenarnya bermula daripada rumah. Kesedaran ini perlu disebarluas kepada semua warga kolej khasnya dan masyarakat amnya. Kerjasama yang dijalinkan antara pihak KMPh dan SWCorp ini juga diharap dapat membantu pihak kolej menambahbaik kaedah pengurusan sisa pepejal dan barangan terpakai dengan lebih optimum dan efisien kea rah kelestarian alam sekitar.
Tapak Pelupusan Sanitari Belenggu, Temerloh, Pahang.
a.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Lawatan_SWcorp/a.jpg
ad.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Lawatan_SWcorp/ad.jpg
aq.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Lawatan_SWcorp/aq.jpg
as.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Lawatan_SWcorp/as.jpg
aw.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Lawatan_SWcorp/aw.jpg
b.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Lawatan_SWcorp/b.jpg
c.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Lawatan_SWcorp/c.jpg
d.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Lawatan_SWcorp/d.jpg
e.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Lawatan_SWcorp/e.jpg
f.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Lawatan_SWcorp/f.jpg
fe.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Lawatan_SWcorp/fe.jpg
h.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Lawatan_SWcorp/h.jpg
hh.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Lawatan_SWcorp/hh.jpg
i.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Lawatan_SWcorp/i.jpg
j.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Lawatan_SWcorp/j.jpg
g.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Lawatan_SWcorp/g.jpg