PROGRAM DIRGAHAYU MALAYSIAKU BERJAYA MENARIK SERAMAI 1154 ORANG PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI PAHANG MENYERTAINYA
Gambang 17 Ogos 2023 8.45 malam: Program Dirgahayu Malaysiaku, Merupakan satu program sempena, Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) merupakan kesinambungan pelaksanaan Bulan Bahasa Kebangsaan yang diperkenalkan pada tahun 1999 bagi menyahut seruan kerajaan untuk memperkasakan bahasa Melayu. Pelbagai akiviti kebahasaan dan kesusasteraan dijalankan di seluruh negara bagi memperkasakan dan memartabatkan bahasa kebangsaan.
Penganjuran bertujuan untuk membincangkan peranan bahasa Melayu sebagai medium penyampaian ilmu sama ada melibatkan bahasa, perubatan, ekonomi mahupun hiburan. Aktiviti ini bertepatan Program Dirgahayu Malaysiaku dengan usaha KPM untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Malaysia. Selain memartabatkan bahasa Melayu, forum ini dapat meningkatkan kemahiran berkaitan kenegaraan dan semangat cintakan negara.
Program Dirgahayu Malaysiaku ialah satu daripada aktiviti kebahasaan yang dilaksanakan sempena Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan (MSDBKSP) Tahun 2023 yang bertemakan Bahasa Jiwa Bangsa. Aktiviti yang akan dilaksanakan adalah forum, aktiviti kebahasaan bersama pelajar kolej dan persembahan kebudayaan. Ahli panel yang terlibat dalam forum ini terdiri daripada pelbagai latar belakang akademik dan kerjaya. Program ini mendapatkan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP).
Program Dirgahayu Malaysiaku dapat membantu pelajar meningkatkan kefahaman berkaitan kenegaraan serta dapat menyemai rasa kasih dan sayang terhadap negara, melalui pengunaan bahasa Melayu yang menjadi alat perpaduan dalam kepelbagaian masyarakat di Malaysia
Program ini diharapkan dapat meningkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan pelajar yang hidup dalam masyarakat berbilang kaum, supaya hidup dengan lebih aman dan harmoni melalui aktiviti kemasyarakatan. Selain daripada itu, program ini dapat memupuk semangat jati diri sebagai warganegara Malaysia dan dapat melahirkan pelajar yang komprehensif dari segi ilmu pengetahuan, emosi, rohani, jasmani dan sahsiah.
Tema forum ialah Bahasa Melayu Asas Perpaduan Masyarakat MADANI. Kandungan forum memfokuskan kepada kepentingan sastera dan Bahasa Melayu dalam aspek kehidupan masyarakat yang berkait rapat dengan unsur perpaduan. Ahlu panel forum adalah terdiri daripada, Prof Emeritus Dato’ Dr Hj Mohd Mansor@ Ismail bin Abdullah (Panel), Ketua Satu Dewan Persuratan Melayu Pahang. YH Dato Dr Haji Munawar Bin Hj Abd Jalil Timbalan Ketua Satu DPMP. Puan Nor Azah Abd Jalil ,Ketua Jabatan Akaun Universiti Islam Sultan Ahmad Shah/ DPMP. Encik Saruchi bin Sawal ,Ketua Penolong Pengarah Bahasa Melayu Jabatan Pendidikan Negeri Pahang selaku Munsyi Dewan DBP. Encik Ahmad bin Noh Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial Kolej Matrikulasi Pahang. Encik Nasrul Isyam bin Abdul Hamid selaku Moderator merupakan, Ketua Unit Pengajian Am Matrikulasi Kolej Matrikulasi Pahang
Pelajar juga turut melakukan aktiviti, Kuiz Kenegaraan .Kuiz ini diadakan adalah untuk memupuk semangat patrotisme dalam kalangan pelajar matrikulasi, meningkatkan pengetahuan am pelajar serta merangsang pelajar dalam membaca dan mengetahui sejarah Malaysia. Selain itu Pertandingan Menulis Puisi Melayu (Gurindam) turut dijalankan, Pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat yang terpendam pelajar, selain membina keyakinan dan keberanian di khalayak ramai.
Program dimeriahkan lagi dengan persembahan, Encik Noor Azman bin Norawi @ Man Kayan merupakan anak seni kelahiran negeri Pahang yang aktif dalam bidang seni muzik tradisional Pahang. Selain terlibat dalam bidang nyanyian lagu rakyat, beliau juga banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan untuk memperkenalkan irama lagu rakyat Pahang, Antara lagu puisi yang didendangkan Antara Biola dan Senjata karya oleh Nazri Sham dan Lagu Lemak Manis karya Roslan Madun.
Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang Puan Latiza Bt A Latif, turut hadir memberi sokongan dan dokongan yang amat padu bagi memastikan program ini terlaksana dengan baik. Beliau amat berpuashati dengan kelancaran program dan “ Jika diberi peluang sekali lagi pihak Kolej Matrikulasi Pahang sedia bekerjasama dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan Dewan Persuratan Melayu Pahang untuk menganjurkan program berbentuk sastera dan program memartabatkan Bahasa Melayu” katanya.
Gerakan Sastera dan Bahasa Melayu wajar mengambil kedudukan yang strategik dengan perencanaan yang kreatif dan imaginatif untuk memperkukuhkan perpaduan Masyarakat Malaysia Madani.Karya sastera yang halus olahannya tetapi kuat ideologinya perlu disuburkan dan dijadikan sarana pembinaan sahsiah anak muda.Dalam kata lain, sastera dan Bahasa Melayu harus diberi tempat yang sewajarnya dalam membina jatidiri dan ideologi membina Bangsa Malaysia Madani. Penyelaras program En Nasrul Isyam Bin Abdul Hamid, berkata semoga sastera dan Bahasa Melayu terus menjadi WAHANA dalam membentuk PERPADUAN NASIONAL bangsa Malaysia tercinta.
MAJLIS PERSARAAN
&
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2022
Majlis Persaraan dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 merupakan satu acara bagi menghargai warga kerja yang telah lama berkhidmat di KMPh dan penghargaan kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Majlis ini telah dilaksanakan pada hari jumaat, 28 Julai 2023 (2.30 – 4.30 petang) di Dewan Mini Oxford, Kolej Matrikulasi Pahang.
Majlis ini diadakan adalah untuk meraikan pensyarah dan staf yang bersara dengan penghormatan daripada warga kolej dan mengiktiraf pensyarah dan staf Kolej Matrikulasi Pahang yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang sepanjang tahun 2022. Acara majlis adalah untuk menyampaikan sijil persaraan dan hadiah bagi pesara, sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sijil Simpanan Pendidikan Nasional berjumlah RM1,000.00 kepada setiap penerima APC. Majlis ini melibatkan semua pensyarah dan staf seramai 276 orang.
Alhamdulillah, majlis ini wajar diadakan untuk menghargai dan mengiktiraf pensyarah termasuk staf yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dan seterusnya menggalakkan perkembangan budaya kerja positif dan berdaya saing dalam pencapaian keseluruhan Kolej Matrikulasi Pahang
Program ‘Bio Nature’
Program ‘Bio Nature’ merupakan satu program bersama yang dianjurkan oleh Unit Biologi, Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) dan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan, Pahang. Program ini telah dilaksanakan pada hari sabtu, 5 Ogos 2023 (8.00 - 1.00 tengahari).
Program ini bertujuan untuk mewujudkan jalinan pintar antara KMPh dan SEMSAS. Di samping dapat mendedahkan pelajar KMPh dalam proses pengecaman spesis serta membina keyakinan diri pelajar KMPh dalam membimbing pelajar SEMSAS untuk memahami serta meminati subjek Biologi. Selain itu, program ini juga berupaya untuk mempromosikan program matrikulasi di kalangan pelajar sekolah. Program ini melibatkan 28 pensyarah biologi KMPh bersama-sama dengan 38 pelajar KMPh dan 72 pelajar tingkatan empat SEMSAS.
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah perkongsian manfaat Program Matrikulasi KPM, pengecaman spesis, pengumpulan spesimen dan 'Mini Exploration' yang melibatkan 6 eksperimen yang berbeza.
Alhamdulillah, maklum balas yang positif telah diberikan oleh para peserta, fasilitator serta pihak SEMSAS.
Webinar: SEMBANG PROGRAM MATRIKULASI 2.0
Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) akan mengadakan webinar bersempena Pendaftaran Pelajar Baharu Program Matrikulasi secara dalam talian (YouTube Live)
Moderator:
webinar: SEMBANG PROGRAM MATRIKULASI 1.0
Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) akan mengadakan webinar bersempena Pendaftaran Pelajar Baharu Program Matrikulasi secara dalam talian (YouTube Live)
Moderator:
PROMOSI PERMOHONAN BAHARU PROGRAM MATRIKULASI BERSAMA RADIO RTM PAHANG FM
Antara perkara yang dikongsikan adalah latar belakang Program Matrikulasi KPM.
• Seperti yang kita sedia maklum, Program Matrikulasi KPM ini telah diwujudkan sejak tahun 1999 lagi. Penubuhan ini adalah hasil daripada keputusan Memorandum Jemaah Menteri pada 10 Mac 1999, bertujuan untuk membekalkan pelajar Bumiputera lepasan SPM ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti awam, dalam bidang STEM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik serta Perakaunan.
• Mulai sesi 2003/2004, pengambilan pelajar telah dilaksanakan mengikut dasar 90% pelajar Bumiputera dan 10% pelajar bukan Bumiputera.
• Sehingga kini jumlah lulusan Program Matrikulasi KPM adalah lebih daripada 426,000 orang. Mereka telah menyambung pengajian dalam pelbagai bidang di Universiti Awam, Universiti Swasta dan Universiti luar negara telah berjaya dalam bidang kerjaya masing- masing.
• Pelajar yang berjaya nanti akan ditawarkan tempat ke 15 buah kolej matrikulasi KPM dan dua buah kolej MARA yang terdapat di seluruh Malaysia.
• Ini menunjukkan Program Matrikulasi ini adalah satu program yang dijamin oleh Kerajaan Malaysia.
Perkongsian secara ringkas maklumat jurusan yang ditawarkan di
• Program Matrikulasi KPM menawarkan empat (4) jurusan. Jurusan Sains menawarkan Sains Hayat, Sains Fizikal dan Sains Komputer.
• Bagi Jurusan Kejuruteraan pula, kursus yang ditawarkan adalah Asas Kejuruteraan, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.
• Dua (2) jurusan yang lain adalah Jurusan Perakaunan dan Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro).
• Bagi struktur pengajian di Jurusan Sains, terdapat dua (2) struktur pengajian iaitu Sistem Dua Semester dan Sistem Empat Semester.
• Manakala bagi Jurusan Kejuruteraan, Jurusan Perakaunan dan JPPro, pengajian dijalankan dalam dua semester sahaja.
Bersiaran selama 30 minit di Pahang FM bersama DJ Azah Aziz.