AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) MS ISO 9001:2015 KMPh
Â
audit dalaman
audit6.jpg
audit4.jpg
audit3.jpg
audit1.jpg
audit2.jpg
PICAudit.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Audit/PICAudit.jpeg
PICAuditI.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Audit/PICAuditI.jpeg
KMPh telah melaksanakan Audit Dalaman selaras keperluan klausa 9.2 pada 12-26 Julai 2019 bagi memantau pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) adalah memenuhi keperluan standard ISO 9001:2015 terutama bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan serta pihak berkepentingan. Audit juga merangkumi isu-isu dalaman dan luaran yang berkaitan dengan konteks organisasi serta pelan strategik KMPh sebagai sebuah institusi pendidikan pra universiti di Malaysia menjelang tahun 2020.
           Seramai 31 orang juruaudit dalaman KMPh dilantik yang diketuai oleh Ketua Juru Audit iaitu En. Nizam Haidzat bin Ebna Kasim bertindak melaksanakan audit merangkumi aktiviti Pengurusan, PdP dan Sokongan. Secara keseluruhannya dari penemuan audit membuktikan KMPh telah melalui proses menilai pencapaian prestasi terhadap objektif kualiti seterusnya dasar kualiti organisasi dengan baik dan konsisten. Pencapaian objektif kualiti yang cemerlang ini adalah atas kesungguhan dan komitmen bersepadu semua peringkat iaitu fokus pihak pengurusan KMPh, dedikasi tenaga pengajar dan kakitangan yang komited. Dan diharapkan perkara-perkara yang disarankan oleh Audit Dalaman sebagai teguran dalam pelaksanaan SPK dapat dihayati dan membantu kerja semua warga KMPh.
Â
 Bengkel Keselamatan Makmal Jabatan Sains 2019
Jabatan Sains KMPh telah mengadakan Bengkel Keselamatan Makmal Jabatan Sains 2019 pada 9 Mei 2019 di Dewan Kuliah Besar 2, Kolej Matrikulasi Pahang. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Suraini Mat Yasin dari Jabatan Kimia Malaysia, Negeri Pahang.Â
Peserta yang terlibat adalah semua pensyarah Jabatan Sains dan pembantu makmal. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang risiko kemalangan di dalam makmal dan cara menguruskan risiko kemalangan. Selain dari itu, bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan pengurusan peralatan dan bahan berbahaya dilaksanakan mengikut kaedah yang betul.
Diharapkan dengan adanya bengkel seperti ini pensyarah dan pembantu makmal dapat meningkatkan pengetahuan dalam usaha menjamin keselamatan diri dalam menjalankan tugas.
Bengkel Keselamatan Makmal Jabtan Sains 2019
a.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/bengkel_keselamatan2/a.jpeg
b.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/bengkel_keselamatan2/b.jpeg
c.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/bengkel_keselamatan2/c.jpeg
d.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/bengkel_keselamatan2/d.jpeg
e.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/bengkel_keselamatan2/e.jpeg
f.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/bengkel_keselamatan2/f.jpeg
g.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/bengkel_keselamatan2/g.jpeg
KURSUS PENGURUSAN STRES JSI 2019
PENYELARAS: PUAN AMELIA HALINA BINTI FAUZI & PUAN NORHASLINA BINTI NORUDIN
Kursus Pengurusan Stres anjuran Jabatan Sastera Ikhtisas telah diadakan pada 15 Jun 2019 di Dewan Mini Oxford, KMPh. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk mengenali ciri-ciri, punca dan tahap stres serta terapi menangani stres. Peserta kursus terdiri daripada pensyarah-pensyarah Unit Bahasa Inggeris, Unit Perakaunan, Ekonomi, Pengurusan Perniagaan, Pengajian Am Matrik, dan Unit Pendidikan Islam & Moral. Antara pengisian kursus adalah Inventori Stres IPSK-UTM, Stres & Anda, dan Terapi Seni. Pengisian dan aktiviti kursus telah disampaikan oleh Pn Asmawati binti Mohd Ali & Puan Noraihan binti Ismail, pensyarah Kolej Matrikulasi Pahang.Â
JSI-KsusStres-15jun2019
JSI-stres1.PNG
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_BInggeris/JSI-KsusStres-15jun2019/JSI-stres1.PNG
JSI-stres2.PNG
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_BInggeris/JSI-KsusStres-15jun2019/JSI-stres2.PNG
JSI-stres3.PNG
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_BInggeris/JSI-KsusStres-15jun2019/JSI-stres3.PNG
JSI-stres4.PNG
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_BInggeris/JSI-KsusStres-15jun2019/JSI-stres4.PNG
JSI-stres6.PNG
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_BInggeris/JSI-KsusStres-15jun2019/JSI-stres6.PNG
JSI-stres7.PNG
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_BInggeris/JSI-KsusStres-15jun2019/JSI-stres7.PNG
JSI-stres8.PNG
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_BInggeris/JSI-KsusStres-15jun2019/JSI-stres8.PNG
JSI-stres9.PNG
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_BInggeris/JSI-KsusStres-15jun2019/JSI-stres9.PNG
JSI-stres5.png
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_BInggeris/JSI-KsusStres-15jun2019/JSI-stres5.png
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KMPh TAHUN 2019
Â
               Satu seminar penyelidikan yang bertajuk “Seminar Penyelidikan Pendidikan KMPh Tahun 2019†telah berlangsung di Kolej Matrikulasi Pahang melibatkan Bilik Mesyuarat Utama, Bilik Mesyuarat Eksekutif dan Dewan Mini Oxford. Dengan bertemakan “ Pentaksiran Berintegriti Melonjakkan Pencapaian Pelajarâ€, seminar tersebut telah diadakan pada 24 Mei 2019 dari 8.00 pagi hingga 4.45 petang. Seramai 39 orang pembentang kertas kajian dari semua unit akademik telah membentangkan kertas penyelidikan masing-masing merangkumi jenis kajian tindakan dan kajian asas di slot 1.
               Seramai 3 penilai luar dari Kolej Matrikulasi Selangor iaitu Dr. Aszunarni binti Ayob, Dr. Sumathi A/P Subramaniam dan Puan Siti Rohaida binti Hashim dilantik sebagai penilai manakala 2 orang penilai dari Kolej Matrikulasi Pahang dilantik iaitu Puan Asmawati binti Mohd Ali dan Puan Nor Ezah binti Jamaludin bagi melicinkan lagi proses penilaian kertas penyelidikan.
               Antara objektif program ialah:
i)Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Meningkatkan kemahiran serta pengetahuan para pensyarah dalam pelaksanaan kajian penyelidikan.
ii)Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Memupuk budaya ilmu melalui perkongsian pengalaman serta amalan penyelidikan dalam kalangan pensyarah pelbagai unit.
iii)Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â menambahbaik serta menilai kembali kertas penyelidikan yang dihasilkan agar ia berada pada landasan yang betul.
iv)Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Mempertingkatkan kualiti penghasilan kajian penyelidikan berasaskan rubrik BMKPM.
Â
Â
               Majlis penyampaian sijil dan cenderahati kepada penilai telah disempurnakan oleh timbalan pengarah Kolej Matrikulasi Pahang Tuan Hasanuddin bin Yahaya yang berlangsung di akhir slot 2. Selepas rehat dan solat jumaat para peserta berkumpul di slot 3 di mana wakil penilai telah membentangkan dapatan daripada penilaian secara keseluruhan. Selesai itu, acara diteruskan dengan majlis perasmian penutupan oleh pengarah Kolej Matrikulasi Pahang iaitu Tuan Haji Abd Rashid bin Mohd Ali.
               Diharapkan semoga dengan adanya seminar seperti ini bidang penyelidikan di Kolej Matrikulasi Pahang akan terus berkembang dan mencapai tahap yang membanggakan dengan penglibatan aktif para pengkaji di kalangan pensyarah dan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan akademik di kalangan pelajar di Kolej Matrikulasi Pahang khususnya dan di Bahagian Matrikulasi secara umumnya.
Â
seminar RnD KMPh
9.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Biologi/9.jpeg
8.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Biologi/8.jpeg
6.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Biologi/6.jpeg
1.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Biologi/1.jpeg
2.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Biologi/2.jpeg
4.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Biologi/4.jpeg
3.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Biologi/3.jpeg
5.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Biologi/5.jpeg
10.jpeg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Biologi/10.jpeg
Â
Â
SYARAT / PERATURAN PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1. Calon yang ingin memohon semakan semula keputusan peperiksaan hendaklah melengkapkan borang Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan BMKPM/SS/PSPM yang boleh diperolehi di kolej, di pejabat Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya atau melayari laman web di alamat http://www.moe.gov.my .
2. Makluman dan kaedah permohononan boleh didapati disini.
Â
Taklimat OBE & MQA Kolej Matrikulasi Pahang
Â
Â
Â
Â
Taklimat OBE & MQA telah dilaksanakan pada hari Jumaat, 10 Mei 2019 bertempat di DKB2. Taklimat ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada semua pensyarah tentang Outcome Based Education OBE dan pengakreditasian MQA. Penceramah jemputan untuk taklimat ini ialah, En. Zahari bin Mat Diran, Pn Jaharanita binti Hussin@Kusin dan Pn Nor Ezah binti Jamaluddin. Bengkel bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari.