KARNIVAL HALATUJU PELUANG PENDIDIKAN LEPASAN SPM DAN STPM DAERAH KEMAMAN TAHUN 2023
10-11 Jun 2023
Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan
1. Membuka reruai
2. Taklimat program matrikulasi
3. Makluman terkini permohonan baharu prog matrikulasi
4. Permohonan baharu fasa 2 (8-12 Jun 2023)
Pegawai Terlibat
1 Kamarozita binti Kamarudin
2 Nurhusna binti Bahrin
3 Farizah Binti Ali
4 Muhamad Izham bin Zakaria
5 Nasrul Isyam Bin Abdul Hamid
6 Asnirul Azrulhaini bin Ahmad
MAJLIS JAMUAN JALINAN BUDAYA SESI 2023
Majlis Jamuan Jalinan Budaya sesi 2022/2023 telah diadakan dengan jayanya pada hari Jumaat 12 Mei 2023 dibawah anjuran Jabatan Pengurusan Pelajar KMPh. Program ini melibatkan semua pelajar seramai 2022 orang. Selain itu, majlis ini dimeriahkan dengan pelbagai pertandingan seperti pertandingan rumah raya tercantik, pertandingan pelbagai juadah, pertandingan selfie/ welfie tercantik serta pertandingan baju raya paling seragam.
Majlis Jamuan jalinan Budaya diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan antara pelajar berlainanan kaum dan agama, mengeratkan ukhuwah antara pelajar dengan pelajar dan antara pelajar dengan kakitangan bersesuaian dengan moto kolej ‘ Kreatif, Madani, Progresif dan Harmoni’ yang ingin mengeratkan semangat perpaduan, muhibah dan kasih sayang. Selain itu, program seperti ini adalah satu cara bagi merealisasikan misi dan visi Kolej Matrikulasi Pahang. Program ini telah dapat dijayakan dengan jayanya hasil kerjasama semua pihak
Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik PSPM 1 Sesi 2022/2023 ini adalah di bawah anjuran Jawatankuasa Program Kecemerlangan Akademik. Ianya dijalankan pada hari Jumaat, 24 Mac 2023. Program ini melibatkan 305 penerima anugerah PNGS 4.0 serta 21 anugerah kelas terbaik.
Program ini dirasmikan oleh Pengarah KMPh, Pn Latiza Binti A Latif yang seterusnya sudi menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Selain itu, Timbalan Pengarah KMPh, Em Mohd Azeli Bin Abdul Latif serta kesemua ketua-ketua jabatan turut menyampaikan anugerah. Buat pertama kalinya, majlis ini dipancarkan secara langsung melalui laman facebook KMPh.
Objektif utama program ini adalah untuk penghargaan kepada pelajar – pelajar yang telah memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam PSPM 1 serta memberi motivasi dan perangsang kepada pelajar-pelajar lain untuk berusaha lebih gigih bagi mendapat keputusan yang lebih baik di dalam PSPM 2 nanti.
Program ini telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Kerjasama yang amat baik ditunjukkan oleh jawatankuasa pengelola serta para pelajar. Diharap program ini dapat memberikan impak yang berkesan kepada para pelajar dalam pembelajaran sepanjang semester 2 dan dapat membaiki keputusan yang lebih baik dalam PSPM 2 akan datang.
PROGRAM JALINAN KOLEJ MATRIKULASI PAHANG DENGAN SWCORP PAHANG
Unit Kimia Kolej Matrikulasi Pahang telah mengadakan projek jalinan kerjasama dalam pelupusan sisa pepejal melalui projek inovasi dalam kalangan pelajar, Pertandingan 3R Science Art and Innovation. Projek ini berlangsung bermula 15 Februari 2023 sehingga 22 Mac 2023. Majlis penutup Pertandingan 3R Science Art and Innovation telah berlangsung pada 22 Mac 2023, dihadiri oleh Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang, Pn. Latiza binti A Latif, Timbalan Pengarah SWCorp Pahang, Pn. Hajidah binti Md. Noh dan Penyelia Operasi Alam Flora, En. Hazdlin bin Nazri bertempat di Dewan Mat Kilau, Kolej Matrikulasi Pahang. Pertandingan ini disertai sebanyak 73 buah kumpulan iaitu melibatkan 355 orang pelajar dan menawarkan hadiah berjumlah RM 1600 tajaan Alam Flora Pahang kepada 13 buah kumpulan pemenang.
PROGRAM SENTUHAN HATI
Program Sentuhan Hati merupakan salah satu program anjuran Jawatankuasa Program Kecemerlangan Akademik Kolej bagi semester 2, sesi 2022/2023. Program ini telah dijalankan pada hari Sabtu, 18 Mac 2023. Program ini melibatkan 100 orang pelajar dari jurusan sains dan perakaunan. Tiga orang kaunselor KMPh telah dilantik sebagai penceramah bagi program ini.
Objektif utama program ini adalah untuk memberikan kesedaran dalaman kepada pelajar terlibat dan memberi motivasi serta semangat kepada mereka untuk meningkatkan keyakinan diri bahawa mereka boleh berjaya seperti orang lain dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam PSPM 2.
Program ini telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Penglibatan pelajar amat memuaskan dalam setiap slot aktiviti yang telah disediakan. Diharap program ini dapat memberikan impak yang berkesan kepada para pelajar dalam pembelajaran sepanjang semester 2 dan dapat membaiki keputusan yang lebih baik dalam PSPM 2 akan datang.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID CALON SPM SMK CLIFFORD
Pada 14 Januari 2023,seramai 63 orang pelajar dari SMK Clifford telah menyertai lawatan sambil belajar ke Kolej Matrikulasi Pahang.Lawatan ini juga disertai oleh 7 orang guru pengiring yang terdiri daripada Ketua Bidang, Guru Bimbingan, Guru Kaunseling dand Guru Mata Pelajaran. Lawatan yang bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan aktiviti-aktiviti pelajar matrikulasi serta mendapat informasi berkenaan kursus-kursus serta kemudahan yang terdapat di Kolej Matrikulasi. Para pelajar telah dibawa melawat sekitar kawasan Kolej Matrikulasi, Dewan Kuliah, Perpustakaan, Makmal, Bilik Tutoran dan Asrama pelajar.
Taklimat telah disampaikan oleh Tn.Hj. Suhaimi bin Ismail , Penolong Pengarah HEP dan En. Nasrul Isyam bin Abd Hamid, Ketua Unit Pengajian Am.
#MatrikulasiDihatiku
#matrikulasi1stchoice
#KolejMatrikulasiPahang
#pamkmph
#bahagianmatrikulasikpm