Karnival Sains KMPh 2023
Karnival Sains KMPh 2023 telah berlangsung dengan jayanya bermula 7 Oktober sehingga 21 Oktober 2023 dengan tema Membudayakan Sains Teknologi, Alam Lestari. Pelbagai pertandingan telah dianjurkan bagi tujuan pelajar menerokai sains dan teknologi dengan lebih mendalam.
Berikut adalah acara & pertandingan yang diadakan sepanjang Karnival Sains berlangsung:
7/10/2023 : Pertandingan roket & Parachute
17/10/2023 : Pertandingan Kuiz Sains
17-19/10/2023 : Pertandingan Inovasi Pelajar
20/10/2023 : Malam Lestari Seni Sains
21/10/2023 : Pameran Inovasi Pelajar & Pensyarah
Karnival Sains ini mendapat sambutan yang hangat daripada para pelajar walaupun dalam masa yang sama mereka agak sibuk dengan pelajaran dan aktiviti lain. Mereka dapat menonjolkan kreativiti masing-masing terutamanya dalam pertandingan inovasi dan juga Malam Lestari Seni Sains. Kerjasama daripada semua pensyarah jabatan sains yang padu juga telah memastikan program ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.
Program seperti ini perlu diadakan pada setiap sesi bagi memberikan kelainan kepada pelajar selain daripada menumpukan bidang akademik semata-mata, mereka juga dapat berkreativiti dan meneroka bidang sains dan teknologi dengan lebih mendalam.
Karnival Sains 23
aa.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Karnival_Sains_23/aa.jpg
aad.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Karnival_Sains_23/aad.jpg
bb.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Karnival_Sains_23/bb.jpg
cc.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Karnival_Sains_23/cc.jpg
cd.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Karnival_Sains_23/cd.jpg
cds.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Karnival_Sains_23/cds.jpg
fg.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Karnival_Sains_23/fg.jpg
jk.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Karnival_Sains_23/jk.jpg
pp.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Karnival_Sains_23/pp.jpg
qw.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Karnival_Sains_23/qw.jpg
ssa.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Karnival_Sains_23/ssa.jpg
tt.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/Karnival_Sains_23/tt.jpg
PROGRAM HARI TERBUKA
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG TAHUN 2023
Program Hari Terbuka Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) 2023 telah diadakan dengan jayanya pada 20-21 Oktober 2023. Objektif Hari Terbuka KMPh 2023 adalah untuk mempromosi dan mendekati masyarakat luar dalam menyebarkan maklumat tentang Program Matrikulasi KPM. Hari Terbuka KMPh 2023 yang berskala besar dan mesra masyarakat mampu menarik minat dan memberi impak yang tinggi kepada orang ramai melalui penglibatan secara aktif dalam aktiviti yang dianjurkan secara tidak langsung meningkatkan enrolmen permohonan pelajar ke Program Matrikulasi KPM.
Hari Terbuka KMPh 2023 merupakan gabungan dari empat karnival besar iaitu Karnival Akademik, Karnival kokurikulum, Karnival Sains dan Karnival Keusahawanan. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan sepanjang program ini. Antaranya ialah pameran dari jabatan akademik KMPh, pameran dari agensi kerajaan dan luar, pelbagai jenis gerai jualan, pertandingan pidato, robomatik, pertandingan memancing, pertandingan orienteering, slow pitch soft ball , woodball, colour war, supa dupa, persembahan dari kumpulan Anak Kayan, persembahan Malam Lestari Seni Sains, pelancaran buku, jalinan strategik dengan agensi luar, dan pelbagai aktiviti menarik lagi.
Majlis Penutupan Hari Terbuka KMPh 2023 telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Yusof bin Samad, Timbalan Pengarah Sektor Akademik Bahagian Matrikulasi KPM. Diharapkan program ini mampu memberi impak positif kepada pelajar dan ibubapa di luar sana untuk menjadikan KMPh pilihan utama untuk melanjutkan pelajaran bagi lepasan SPM.
PROGRAM THE EXPERTS : EDUCATIONAL LEADERSHIP
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG TAHUN 2023
Program “The Experts : Educational Leadership” telah diadakan dengan jayanya pada 19 Oktober 2023 di bawah anjuran Jawatankuasa Pemikir Strategik Kolej Matrikulasi Pahang. Program ini melibatkan 67 orang peserta yang terdiri daripada Pensyarah gred DG52 dan DG54, serta penceramah jemputan, Dr Sukor bin Beram, Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial, Kolej Matrikulasi, Perak.
Melalui program ini, peserta mendapat pendedahan mengenai asas pengurusan dan kepimpinan serta kemahiran- kemahiran yang penting sebagai pengurus dan pemimpin sesebuah organisasi, pengurusan kurikulum dan peranannya sebagai pemimpin instruksional serta kemahiran tentang pengurusan dalam pendidikan.
Bersesuaian dengan peranan sebagai peneraju perubahan dan pemikir strategik di dalam sesebuah organisasi, diharapkan program ini mampu memberi impak positif kepada peserta dalam menjamin kehendak dan keperluan organisasi dapat dicapai.
PROMOSI PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEPADA MURID ASLI DI NEGERI PAHANG
Skuad Promosi Kolej Matrikulasi Pahang melaksanakan tanggungjawab sosial mereka hari ini di Program Seminar Potensi Cemerlang Program Pendidikan Murid Asli (PEDULI) anjuran Yayasan Pahang, Bangunan Karantina, Maahad Tahfiz Neger Pahang. Slot kali ini di hadiri oleh 32 orang pelajar orang asli yang cemerlang daripada beberapa buah sekolah di sekitar Daerah Rompin Pahang. Penerangan berkaitan Program Matrikulasi ini disampaikan oleh Tn Hj Suhaimi Bin Ismail Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar 2 dan En Nasrul Isyam Bin Abdul Hamid, Ketua Unit Pangajian Am Matrikulasi, Kolej Matrikulasi Pahang. Ini adalah sebahagian inisiatif Pihak Bahagian Matrikulasi KPM menyantuni pelajar orang asli bagi memberi pendedahan menyambung pelajaran ke Program Matrikulasi, untuk mengubah destinasi hidup mereka melalui pelajaran.
#ProgramMatrikulasi
#matrikulaspilihanutama
#yayasanpahang
#peduliyayasanpahang
#orangasliorangkita
Program Commaths Fest 2023 anjuran Jabatan Matematik telah dilaksanakan dengan jayanya pada 23 September 2023. Program ini melibatkan 800 orang pelajar dan bertempat di bilik tutoran, dewan kuliah, makmal komputer dan Dewan Mat Kilau .
Program ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam mengintegrasikan Matematik dan Sains Komputer dalam proses penyelesaian masalah secara berkesan. Ia telah membuka peluang kepada pelajar untuk meneroka ilmu Matematik dan Sains Komputer di luar bilik darjah melalui pertandingan dan permainan. Antara aktiviti-aktiviti menarik tersebut adalah Running Math, Rubic King, Senpai Sudoku, 60s Video Challenge, e-Poster, Compute Conquest, Egg Parachute, Master Maths 2023 dan e-Football Tournament. Bagi memeriahkan lagi program, aktiviti teka berat kacang untuk pensyarah serta aktiviti mewarna bagi anak-anak pensyarah juga turut diadakan.
Program ini juga telah mendapat impak yang positif dengan adanya integrasi antara Matematik dan Sains Komputer dalam kehidupan seharian kerana telah membantu pelajar bagi mengurangkan keresahan berkenaan kursus Matematik dan Sains Komputer melalui aktiviti-aktiviti santai di luar bilik darjah dan secara tidak langsung dapat menarik dan memupuk minat pelajar terhadap kursus-kursus ini di samping melatih pelajar meletakkan Matematik dan Sains Komputer sebahagian daripada proses fikir dalam aktiviti yang dilaksanakan.
PERANAN BELIA MENYAHUT CABARAN MALAYSIA MADANI
Gambang 25 Ogos 2023 8.30 malam. Program ini telah di takwimkan dan telah dilaksanakan oleh Unit Pengajian Am Matrikulasi, Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial. Tujuan program ini menanamkan semangat patriotik dan cintakan negara bagi membentuk future ready-leader yang akan menjadi tonggak kepimpinan pelbagai sektor pada masa hadapan. BICARA TOKOH : DIRGAHAYU NEGARAKU SIRI 2 ( PERANAN BELIA MENYAHUT CABARAN MALAYSIA MADANI) ini akan dapat membentuk pelajar yang mencapai karamah insaniah. Program ini juga dengan kerjasama Rakan Strategik KMPH, iaitu Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS Pahang) yang menampilkan dua orang ahli panel. Program ini juga merupakan serampang dua mata, iaitu membina jaeingan dan jalinan antara jabatan kerjaan dan juga NGO Belia.
Objektif program ini adalah untuk, meningkatkan rasa cinta pada negara dikalangan pelajar serta memahami konsep Malaysia Madani satu gagasan yang diaspirasikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia bagi menghadapi cabaran masa hadapan. Selaian iyu dapat membantu pelajar meningkatkan kefahaman berkaitan kenegaraan serta dapat menyemai rasa kasih dan sayang terhadap negara. Menjadikan program ini sebagai wahana bagi melahirkan pelajar yang mencapai tahap karamah insaniah bagi memastikan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia Madani menjadi satu realiti.
Program ini diharapkan dapat meningkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan pelajar yang hidup dalam masyarakat berbilang kaum, supaya hidup dengan lebih aman dan harmoni melalui aktiviti kemasyarakatan. Bersama mensyukuri keamanan negara yang kita kecapi. Di samping memupuk semangat jatidiri sebagai warganegara Malaysia dan bertekad bersama-sama menjaga keamanan dan keselamatan negara kita. Akhirnya menjadi pelajar yang komprehensif dari segi ilmu pengetahuan, emosi, rohani,jasmani dan sahsiah serta patriotik.
Bicara Tokoh ini, menampilkan 2 orang ahli panel Ybhg En Mu’azamir Bin Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dan En Wan Muhammad Hafizzul Bin Wan Ismail, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Pahang (GPMS Pahang) merangkap Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Pahang. Moderator forum ialah En Nasrul Isyam Bin Abdul Hamid , Ketua Unit Pengajian Am Matrikulasi Pahang.
Program ini mencatatkan kehadiran seramai 917 orang peserta dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar yang hadir. Antara topik yang dikupas selain falsafah dan konsep Malaysia Madani, ialah penekanan kepada 3 perkara penting untuk pelajar memberi nilai tambah dalam kemahiran mereka. Pertama Kemahiran Komunikasi, Kedua Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Kemahiran Berfikir secara Kritis. Selain meliputi nilai tambah dalam ilmu pengetahuan berkaitan sosio budaya, penerapan agama dan nilai serta ledakan maklumat terkini seperti Big Data, Artificial Intelligent, Internet Of Think dan Revolusi Industri 4.0 bagi mendepani cabaran masa hadapan.