MINI SIMPOSIUM PEER-ASSISTED LEARNING (PAL)
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
SESI 2023/2024
Mini Simposium Peer-Assisted Learning (PAL) telah dilaksanakan pada 8 Mac 2024(Jumaat) bertempat di Kolej Matrikulasi Pahang. Program ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan akademik pelajar dalam suasana pembelajaran yang lebih berfokus.Selain itu,ia juga sebagai satu platform perkongsian berkenaan amalan terbaik sesi perkongsian PAL. Melalui program ini,kita akan diperlihatkan bagaimana PAL leaders membangunkan kemahiran insaniah melalui perancangan, penganjuran, pengurusan masa dan hubungan komunikasi sesama rakan-rakan pelajar. Di simposium ini, setiap peserta yang terdiri dari PAL leaders dapat berkongsi idea dan pandangan berkenaan kaedah bimbingan tunjuk ajar dan teknik-teknik yang membantu mereka menangani dan seterusnya melancarkan penyampaian perkongsian dalam satu-satu perbincangan. Program ini memberi ruang pelajar untuk membuat jalinan jaringan dengan pelajar lain yang membantu mereka kelak dalam membantu komuniti di peringkat Universiti.
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK PSPM 2 SESI 2022/2023 dan PSPM 1 SESI 2023/2024
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
SESI 2023/2024
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik PSPM 2 Sesi 2022/2023 dan PSPM 1 Sesi 2023/2024 telah diadakan pada hari Khamis, 7 Mac 2024 di bawah anjuran Jawatankuasa Pemikir Strategik, KMPh. Anugerah ini telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah KMPh, Encik Noorhisam bin Samsuddin.
Objektif utama majlis ini adalah untuk memberi penghargaan kepada pensyarah, unit dan jabatan yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang di dalam PSPM 2 Sesi 2022/2023 dan PSPM 1 Sesi 2023/2024. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi motivasi dan perangsang kepada semua pensyarah untuk berusaha dengan lebih gigih untuk memperolehi keputusan yang lebih baik dalam PSPM 2 Sesi 2023/2024 nanti.
Sebanyak 323 anugerah telah berjaya disampaikan mengikut kategori iaitu Anugerah Indeks Pencapaian Prestasi Akademik (IPPA) Tertinggi, Anugerah IPPA Gemilang, Anugerah IPPA Terbilang, Anugerah Peratusan Tertinggi Band 4.5 dan ke atas MUET sesi 3/2023, Anugerah Khas, Anugerah Unit Melepasi Min BMKPM. Anugerah Berlian Kursus Gemilang dan Terbilang dan Anugerah Jabatan Terbaik untuk setiap sesi tersebut.
Majlis ini telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Kerjasama yang amat baik ditunjukkan oleh jawatankuasa pengelola serta semua pensyarah. Majlis ini diharapkan dapat memberikan menyuntik semangat kepada semua pensyarah untuk memberikan prestasi yang terbaik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar dalam PSPM 2 Sesi 2023/2024 yang akan datang.
anugerah kecemerlangan 2024
a.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/anugerah_24/a.jpg
b.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/anugerah_24/b.jpg
c.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/anugerah_24/c.jpg
d.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/anugerah_24/d.jpg
e.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/anugerah_24/e.jpg
f.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/anugerah_24/f.jpg
g.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/anugerah_24/g.jpg
h.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/anugerah_24/h.jpg
i.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/anugerah_24/i.jpg
j.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/anugerah_24/j.jpg
k.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/anugerah_24/k.jpg
l.jpg
http://www.kmph.matrik.edu.my/web/images/Unit_Kimia/anugerah_24/l.jpg
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR (PSPM 1)
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
SESI 2023/2024
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (PSPM 1) ini adalah di bawah anjuran Jawatankuasa Program Kecemerlangan Akademik yang diadakan pada hari Jumaat, 1 Mac 2024. Program ini melibatkan 604 penerima anugerah PNGS 4.0. Anugerah ini telah disampaikan oleh Pengarah KMPh, Pn Latiza Binti A Latif.
Objektif utama majlis ini adalah sebagai penghargaan kepada pelajar – pelajar yang telah memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam PSPM 1. Majlis ini dilaksanakan adalah untuk menyuntik semangat kepada pelajar – pelajar yang cemerlang ini untuk terus berusaha memberikan komitmen dan fokus dalam semester 2 agar dapat mengekalkan kecemerlangan di dalam PSPM 2. Selain itu, majlis ini diharapkan dapat memberi motivasi dan perangsang kepada pelajar-pelajar lain untuk berusaha lebih gigih bagi mendapat keputusan yang lebih baik di dalam PSPM 2 nanti.
Majlis ini telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Kerjasama yang amat baik ditunjukkan oleh jawatankuasa pengelola serta para pelajar. Diharap program ini dapat memberikan impak yang berkesan kepada para pelajar dalam pembelajaran sepanjang semester 2 dan dapat membaiki keputusan yang lebih baik dalam PSPM 2 akan datang.
KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 2024
Maklumat lanjut sila layari :
https://sites.google.com/view/karnivalpendkerjayakmph/pengenalan