Bicara Cendekiawan Mulia UMP
"Merdeka Dalam Perlembagaan Malaysia"
Dengan merakyatkan perlembagaan dapat memberi pemahaman kepada orang ramai dan masyarakat tentang apa yang terkandung dalam Perlembagaan. Contohnya isu berkaitan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, Islam dan bahasa Melayu. Masyarakat juga perlu didedahkan dengan segenap aspek Perlembagaan seperti perundangan, sejarah, budaya, agama, politik dan hubungan etnik.
Antaranya kerjasama etnik ketika menuntut kemerdekaan atau ketika menggubal Perlembagaan, rasionalnya sesuatu peruntukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan. Selain itu, semangat dan falsafah Perlembagaan bukan sahaja berbentuk perundangan semata-mata, ianya juga mempunyai unsur tradisi.
Profesor Dr Shamrahayu Abdul Azizi , Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu / Pakar Perlembagaan hadir dalam Program Bicara Cendekiawan Mulia UMP :”Merdeka Dalam Perlembagaan Malaysia" anjuran UMP.
Program dikendalikan Kapten Imaduddin bin Abidin , Pensyarah Pusat Sains Kemanusiaan yang bertindak sebagai moderator. Turut hadir Naib Canselor UMP, Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff.
Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang En Ahmad Tajuddin Bin Gezai, Ketua-Ketua Unit Akedemik dan Pensyarah PAM dan PIM.
Jawatankuasa R&D Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) berusaha meningkatkan kemahiran pensyarah dalam penyelidikan pendidikan dalam usaha memperkasakan profesionalisme pensyarah serta pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui penghasilan kertas laporan penyelidikan yang berkualiti. Justeru itu, Jawatankuasa ini telah menganjurkan Bengkel Pengenalan Kaedah Penyelidikan Asas yang diadakan pada 22 Ogos 2020 bertempat di DKK3, KMPh yang telah dihadiri seramai 40 orang pensyarah akademik Kolej Matrikulasi Pahang yang ingin meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam memilih reka bentuk dan kaedah penyelidikan yang tepat dan sesuai dengan topik/bidang yang hendak dikaji. Para peserta telah diberikan input oleh penceramah luar iaitu Dr. Muhammad Ashraf bin Fauri@ Fauzi dan Dr. Zetty Ain Kamaruzzaman, pensyarah Fakulti Pengurusan Industri, Universiti Malaysia Pahang (UMP). Bengkel yang berlangsung pada hari sabtu dari pukul 8.30 pagi – 4.30 petang memberikan impak terhadap pensyarah untuk lebih berkeyakinan dalam menjalankan penyelidikan masing-masing dan menghasilkan pelaporan penyelidikan yang berkualiti yang menepati ciri-ciri penyelidikan yang digariskan oleh Bahagian Matrikulasi, KPM.
Lawatan Timbalan Menteri Pendidikan I
Yang Berhormat Tuan Muslimin bin Yahya
Yang Berhormat Tuan Muslimin bin Yahya sudi meluangkan masa ke Kolej Matrikulasi Pahang, bagi meninjau dan menyantuni pelajar-pelajar baharu ke Program Matrikulasi bagi sesi 2020/2021. Kehadiran beliau bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan bersama-sama warga Kolej Matrikulasi malah kesempatan itu juga diambil untuk beramah mesra bersama-sama ibu bapa serta pelajar-pelajar baharu yang datang mendaftar di Kolej Matrikulasi Pahang. Yang Berhormat sempat memberi motivasi kepada pelajar baharu di sesi latihan dalam kumpulan pelajar baharu.
Terima kasih atas lawatan dan ingatan YB terhadap kami di sini.
Bengkel Penulisan Pelaporan R&D 2020
Bengkel Penulisan Pelaporan R&D Tahun 2020 telah dilaksana bagi memenuhi objektif meningkatkan kualiti penghasilan kertas pelaporan R&D dalam kalangan pensyarah KMPh. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh 36 peserta dari setiap unit. Para peserta diberi pendedahan dan teknik penulisan abstrak oleh penceramah Dr. Asmawati binti Mohamad Ali yang berlangsung pada 28 Februari 2020 di Dewan Seminar Harvard, Pusat Sumber KMPh. Manakala slot Bengkel Penulisan Pelaporan R&D Tahun 2020 yang disampaikan oleh Dr. Saiful Anuar bin Alias dilaksanakan secara dalam talian melalui pautan Google Meet pada 26 Jun 2020. Bengkel Penulisan Pelaporan R&D Tahun 2020 adalah anjuran JK Penyelidikan & Pembangunan (R&D) KMPh.
SHARING SESSION LALUAN PENSYARAH CEMERLANG KMPh
Penyelaras: Pn Ainunazli binti Abdul Rahman
Sharing Session Laluan Pensyarah Cemerlang Kolej Matrikulasi Pahang telah dilaksanakan pada 9 & 10 Julai 2020 bertempat di Dewan Mat Kilau, KMPh. Program ini dianjur oleh Jabatan Sastera Ikhtisas & Sains Social (JSISS) untuk memberikan pengetahuan dan pendedahan strategi laluan Pensyarah Cemerlang kepada pensyarah DG44 & DG48. Puan Khalipah Mastura binti Khalid, Pensyarah Cemerlang Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah merupakan penceramah jemputan khas. Beliau berjaya kongsi pengalaman dan Best Practices tentang pengurusan fail dan dokumentasi Pensyarah Cemerlang. Semoga para pensyarah yang telah mengikuti program ini lebih berpengetahuan dan berkeyakinan dalam persediaan untuk memohon jawatan Pensyarah Cemerlang.